Assalamu’alaikum para pembaca semua,
Semasa saya sedang menulis post ini, saya sedang berada di bengkel perniagaan internet di UKM, Bangi. Kepada para peserta semua, semoga anda memahami teknik dan panduan yang saya berikan. InsyaAllah, saya akan membantu anda untuk menjana pendapatan di internet.
Juga sebagai motivasi, ketika saya sedang mengajar, kita juga ‘sedang berniaga’ kerana orang membeli produk kita walaupun di mana kita berada dan apa yang sedang kita lakukan. Sebagai contoh, ketika saya sedang mengajar para peserta di bengkel ini, duit tetap masuk ke akaun bank saya tanpa disedari. Sedikit perkongsian, saya baru sahaja menyemak pesanan ebook saya dan menyemak baki akaun bank saya. :p
Penutup post ringkas ini, jika anda ingin merasa apa yang saya dan juga usahawan internet lain rasakan, maka mulakan langkah pertama anda dengan menuntut ilmu dan faham cara yang praktikal dan sebenar.
Kata-kata hikmah kali ini, “membina sebuah perniagaan memerlukan kesabaran dan pengorbanan. Tidak mudah untuk senang, tapi segalanya tidak mustahil untuk dicapai”.
Wassalam, jumpa lagi.
Incoming search terms:
- kelas buat blog bangi
- kursus bisnes online di bangi
- kursus perniagaan internet di bangi
- program keusahawanan ukm
Komen Terkini