Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Forum : Bukan Tempat Berjual-Beli @ Iklan

‘Tips’ kali ini biasa sahaja. :) Semua orang dah tahu, tetapi mungkin ada buat-buat tak tahu dan tak nak ambil tahu, atau dalam bahasa yang mudah, “aku peduli apa..”. ;)

Hehe, peduli apa yer.. Tak apa.. Teruskan membaca. :)

Baiklah. Sebelum ini, saya ada menulis mengenai membina ‘kredibiliti’ dan menarik trafik dari forum ke laman web kita dan itulah salah satu ‘kekuatan’ saya selama ini. Namun, ramai yang tersilap langkah dan ingin mencari jalan mudah untuk mempromosikan produk mereka ataupun sesuatu untuk hasil $$$$.. Bagaimana? SPAM!! Ya, forum mempunyai pelbagai topik atau dikenali sebagai thread. Mereka si kaki spam ini, melakukan post (tulisan) yang sama di beberapa ruangan thread samada dalam ayat mempromosi atau tersirat. Bagaimana tersirat??

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Ini Blog Keusahawanan dan Perniagaan Internet :)

Apa khabar anda semua? Semoga sihatlah yer.. Dua tiga hari ni saya melihat perkembangan di internet di Malaysia seperti menurun sedikit, mungkin semua dah mula sibuk nak balik kampung dan beraya kot. hehe.. Apapun, pandu kereta hati-hati dan semoga selamat sampai.

Ok, kali ini saya ingin menyatakan bahawa, blog ini memfokus kepada keusahawanan dan perniagaan internet, dan sebab itulah jika anda perasan, saya amat jarang membincangkan perkara lain lain seperti adsense, affiliate dan cara-cara lain buat duit. Bukan tak akan disentuh langsung, tetapi akan ditulis juga sebagai perkara sampingan.

Mengapa bisnes? Kerana saya sudah katakan di tulisan yang lepas, bisnes sendiri lebih untung tinggi dan tahan lama, tak perlu bergantung harap kepada orang lain sepenuhnya. Walaupun begitu, saya tidak nafikan membuat duit melalui cara lain seperti adsense dan affiliate lebih ‘mudah’, tak perlu susah-susah fikirkan produk. Ya, semuanya ada pro dan kontra, bahkan saya sendiri melakukan benda-benda tu. ;)

Namun, saya ingin pastikan anda dan juga saya sendiri memiliki sekurang-kurangnya satu perniagaan internet sendiri, bukan hanya ‘menumpang’ produk orang lain sahaja. Kita perlu ada satu sumber pendapatan yang mantap, tidak boleh bergantung kepada program sampingan semata-mata.

Dan ingin saya nyatakan, saya tidak sesekali berminat untuk menyentuh mengenai perkara yang saya tidak minat seperti forex. Kenapa saya menyatakan hal ini? Kerana saya ada juga menerima emel yang meminta panduan daripada saya mengenai forex, padahal saya tidak buat pun benda ni.. hehe.. Lantas, saya tak balas pun emel mereka. Jadi, kalau anda orang tu yang hantar emel kat saya tanya pasal forex, saya minta maaf, forex bukan pilihan hati saya dan blog ini tidak akan menyentuh mengenai hal itu sama-sekali.. Maksudnya, saya tak akan ajar atau bagi tips mengenai ‘program-program’ sebegitu.. ;)

Akhir kata, jika anda masih keliru, tak tahu nak bermula ebiz, tak apa. Jangan risau, sebab ia perkara normal, begitu juga saya dulu dan begitu juga dengan mereka yang dah berjaya sekarang. Semuanya bermula dengan kekeliruan dan tak tahu.. Maka, gerakkan langkah anda perlahan-lahan dan penuh sabar. Kelak, insyaAllah anda akan dapat ‘rentak’ yang dicari.

Sekian dahulu daripada saya, jumpa lagi.

P/S: Mencari ruang iklan banner berpotensi? Keterangan lanjut, sila klik di sini.

Pengiklanan Banner SmartUsaha Akan Dibuka – Siri 2

Pertama sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas komen-komen yang membina daripada anda yang telah membaca ebook saya yang dilancarkan semalam. Jika ada kesalahan atau kekurangan, usah segan silu beritahu kepada saya. InsyaAllah, saya akan perbetulkan.

Saya teramat gembira kerana matlamat ebook tersebut hampir mencapai matlamatnya iaitu memudahkan pembaca memahami sesuatu dengan senang dan tidak teknikal. Ada satu bahagian yang amat teknikal iaitu RSS, telah dapat difahami dengan baik oleh pembaca. Jika anda cari di internet, tidak banyak keterangan mengenai RSS di dalam bahasa Melayu dan jika dalam english pun, anda susah memahaminya kerana kebanyakan penerangan amat teknikal. Ada yang dah bagi testimoni seperti, “sebelum ni pernah baca dan dengar pasal RSS, tapi lepas baca ebook zul ni, saya terus faham..”. Di dalam ebook tersebut, saya hanya sentuh secara ringkas sahaja dan mungkin di lain masa saya akan kongsikan lagi. Anda tak tahu apa itu RSS? Kalau nak tahu, download ebook percuma “buat duit dengan blog” sekarang di http://smartusaha.com/news (perlu daftar).

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

“Kek Coklat Sudah Sampai…!” :)

Kek coklat yang anda tunggu-tunggukan sudah sampai…

Ia ada di dalam… Klik untuk ‘menjamu selera..’ ;)

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)