Archive for September, 2006

Perniagaan Internet : Produk vs Servis

Saturday, September 30th, 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Kepada anda yang telah atau akan (dalam perancangan) menjana pendapatan di internet, mungkin anda memikirkan, apakah cara ‘terpantas’ untuk membuat banyak duit dalam masa yang singkat. Ehem, singkat di sini bergantung kepada keadaan tertentu ok (disclaimer nih, hehe).

Ada dua jenis model bisnes yang boleh anda buat di internet iaitu PRODUK dan PERKHIDMATAN (servis). Yang mana satukah dapat memberikan keuntungan yang besar dalam masa yang ’singkat’?

(more…)

Popularity: 33%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Cerita Ghairah : ZuL vs Shuth!

Saturday, September 30th, 2006

Hohoho, entry atau tulisan ini hanya selingan sahaja.. Cuma nak habaq sikit bahawa blog saya juga kini sudah menjadi blog yang mengghairahkan seperti blog shuth.. hehe.. :lol:

Ehem shuth, nampaknya shuth yang kena support saya kawin. hehe, kenapa? Cuba klik dan tengok imej ni:

cerita ghairah

* Kalau imej tak keluar, sila gunakan link ini:

http://img84.imageshack.us/img84/4463/zulvsshutham0.png

Hehe, blog saya no 1 kalau taip “cerita ghairah” kat google. Kadang2 no 2. Tapi xperlah, at least blog saya boleh kejar-mengejar blog shuth yang selama ini sentiasa bertakhta di hati google untuk keyword cerita ghairah tu.

Bagaimana saya melakukannya? Just a simple SEO technique jer. :)

Dan di tulisan ini pun, saya rasa akan menambahkan dan mengukuhkan lagi kedudukan saya di google jika orang taip / cari cerita ghairah, sebab saya praktikkan beberapa teknik SEO yang mudah yang pernah saya sampaikan dulu kat blog ni.

Takper shuth, blog kita ‘ghairah’ mencari duit, bukan ghairah yang salah tu… ;) Hehe..

Pokok ceritanya, testing atau ujian teknik SEO saya menjadi dan terbukti.

PS. Shuth, bila nak naik no 1 untuk keyword ‘perniagaan internet’?? Tak sabar nak support shuth kawin lagi satu nih. hahaha.. Tapi, jangan lupa mintak izin yang orang rumah no 1 tu dulu yer.. ;)

Popularity: 40%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

BCB –> CIMB = :)

Friday, September 29th, 2006

Sekadar makluman untuk anda semua, mungkin masih ada yang belum mengetahui bahawa, bank commerce berhad (BCB) kini telah dikenali sebagai CIMB.

Maka, jika dulu laman web bank BCB adalah di http://www.bcb.com.my, maka kini anda sudah boleh mengakses laman web dan sistem yang berkaitan di http://www.cimbbank.com.my.

Bagi pengguna channel-e, kini ia dikenali sebagai CIMBClicks. Anda boleh mengakses sistem ini di http://www.cimbclicks.com.my. Apa yang saya perhatikan, hanya interface / design laman web sahaja yang berubah, tetapi sistem cimbclick lebih kurang sama dengan interface sebelum ini di channel-e.

Ada yang bertanya, bagaimana dengan kad debit mastercard sebelum ini? Adakah ada perubahan polisi atau sebagainya? Saya belum mendapat tahu lagi akan hal ini dan jika saya dah tahu, saya akan maklumkan di sini.Wassalam.

PS. Jangan lupa tukar nama bank BCB kepada CIMB di form order produk anda. ;)

Popularity: 45%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Lubuk Emas $$$ dan Idea Produk - Wajib Baca ;)

Thursday, September 28th, 2006

*Contoh yang diberikan di dalam artikel ini mungkin sudah tidak ‘relevan’ lagi pada masa ini. Ambil isi artikel ini iaitu mengenai mencari pasaran/permintaan. 

Kali ini, saya akan membawakan satu kaedah mudah untuk kita menentukan produk apa yang boleh kita jual di internet. Ingat keypoint utama di dalam menentukan produk:

ADA PERMINTAAN

Ya, pastikan produk yang anda ingin jualkan di internet itu ada sambutan atau permintaan yang tinggi. Dalam bahasa orang putihnya dipanggil demand. Ya lah, jika anda jual sesuatu yang tak ada atau sikit orang yang memerlukannya, maka sudah pasti sales (jualan) anda sikit bukan? Maka, pastikan anda mengikut ‘peraturan’ utama ini jika anda ingin betul-betul membuat wang di internet dengan menjual produk atau servis.

Ok, produk di sini tidak kisah samada fizikal ataupun digital mahupun perkhidmatan, ia dapat ditentukan oleh anda sendiri berdasarkan masalah atau permintaan para pengguna internet. Salah satu cara untuk kita mengenalpasti apakah perkara yang dihadapi oleh kelompok orang yang tertentu adalah menggunakan forum. Bagaimana?

Mudah sahaja. Anda masuk ke forum-forum tertentu dan anda lihat, apakah masalah yang paling banyak dibincangkan oleh forumers (ahli forum) tersebut. Banyak di sini bermaksud, perbincangan bagi topik tersebut sentiasa diulang-ulang atau sudah lama dibincangkan. Inilah lubuk emas anda. Betul ke lubuk emas? Hmm, tak percaya tak per. Mari kita tengok satu contoh mudah..

Masalah mengeluarkan duit dari paypal!

Anda masuklah ke ruangan forum ebay Malaysia atau di forum wangcyber.com, topik mengenai masalah ini terus menerus dibincangkan sampai sekarang. Sebelum wujudnya beberapa penyelesaian, masalah ini begitu memuncak, duit di akaun paypal tak dapat atau susah untuk dikeluarkan. Tetapi, mereka yang tahu cepat mengambil peluang baik ini, maka mereka mewujudkan produk atau perkhidmatan mereka sendiri seperti:

1. Ebook Chapter-M, oleh Gobala Krishnan. Ebook yang ringkas, tetapi praktikal menerangkan beberapa cara untuk mengeluarkan duit dari paypal

2. Accent Card. Di Malaysia hanya ada satu agen (jika saya tak salah). Mereka mengeluarkan kad debit yang membolehkan anda mengeluarkan wang terus di mesin ATM.

*Nota terkini 1: Perkhidmatan Accent Card sekarang ramai yang mengadu mempunyai masalah. 

3. Khidmat mendaftarkan akaun bank US. Ini adalah cara penyelesaian pertama jika tidak silap saya untuk masalah ini sebelum wujud produk lain.

*Nota terkini 2: Paypal telah pun menyediakan kemudahan mengeluarkan wang terus ke kad debit/kredit (Visa card).

Dan lain-lain lagi produk atau servis yang telah wujud dan AKAN wujud untuk PENYELESAIAN bagi MASALAH ini. Hmm, anda ada cara lain lagi untuk mengeluarkan duit dari paypal?? ;)

Nampak dan faham dengan jelas? Cuba anda masuk ke forum / ruang komuniti ebay.com.my, dalam banyak2 topik, masalah paypal inilah yang banyak dibincangkan.

Kenapa? Sebab RAMAI yang memerlukan PENYELESAIAN kepada MASALAH mereka!

Sekali lagi, masalah!

Maaf, dalam bahasa yang ‘jahat’ sedikit, mereka (termasuk saya dan kita lah, hehe) yang memerlukan penyelesaian terhadap paypal itu, umpama di dalam keadaan tersangat LAPAR! Hungry kalau kalau dalam bahasa inggerisnya.. Perumpamaan ini tidak pelik jika anda tahu, sebab, sebagai pencari peluang, kita mesti melihat mereka yang sedang amat-amat memerlukan sesuatu untuk memudahkan mereka.

Jadi, selepas anda membaca tulisan saya ini, cuba masuk ke beberapa forum dan lihat, apakah masalah atau perkara yang selalu dibincangkan atau perbincangan itu dah lama dibincangkan tetapi solusinya belum lagi ada. Atau jika dah apa pun, masih diperlukan penyelesaian yang lebih efektif, tersusun dan mudah.

Ehem, saya sekarang dalam proses menyiapkan satu produk yang mana ‘idea’ ini diperolehi daripada forum. Ramai yang memerlukan ‘penyelesaian’ terhadap masalah mereka, maka insyaAllah saya cuba memenuhinya. Masalah mereka sering dibincangkan di forum dan kadang-kadang topik baru dibuka, terutama newbie. Tak cukup di forum, ada juga yang menghantar emel kepada saya memohon bantuan.

Nota terkini 3: Produk itu ialah Pakej Kit Blogger.

Dipendekkan cerita, jika anda dah jumpa lubuk emas tu, jangan menangguh, tetapi rebutlah dengan segera dengan menyediakan produk/perkhidmatan kepada yang memerlukan itu.

Sekian, wassalam.

PS. Ada beberapa cara lagi untuk menentukan ‘hot product’ yang ada demand atau apa yang boleh anda jual di internet.

Popularity: 50%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

“Nak Mula EBiz Tak Perlu Tahu Banyak Pun..”

Tuesday, September 26th, 2006

Dah 3 hari kita berpuasa, kejap je kan masa berlalu? Inilah akhir zaman namanya.. ;)

Ok, kali ni saya nak menyatakan satu ‘penyakit’ kebanyakan newbie, termasuklah saya dulu, iaitu nak mula perniagaan internet. Nak mula punyalah susah, takut, tak yakin, rasa tak cukup ilmu lagi, belum bersedia.. Macam-macam ‘alasan’..

Satu perkara yang menjadi ‘halangan’ kepada yang baru nak bermula adalah perasaan rasa tidak cukup ilmu lagi dan rasa ilmu sikit sangat. Hmm, adakah anda sama seperti apa yang saya nyatakan ini? Jika ya, satu berita gembira untuk anda adalah, “anda tak perlu tahu banyak sangat pun untuk bermula..”. Memadailah dahulu yang asas-asas yang tak advance.. Ya, inilah hakikatnya.

(more…)

Popularity: 31%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!