Ibu bertanya, “Nak, dah cari kerja ke?”.
Anak menjawab dengan nada sedih, “dah cari mak, tapi tak dapat…”.
Ayah pula menambah, “kalau susah sangat, pergilah daftar maktab atau ambil KPLI. Jadi cikgu”.
Anak pula berkata, “Sekarang ni pun beribu-ribu lepasan maktab dan KPLI belum dapat panggilan tempat (sekolah)..”.
Dalam situasi lain, seorang ibu bertanya, “Man (bukan nama sebenar), kau buat apa sekarang?”.
Man menjawab dengan bersungguh, “saya buat bisnes mak..”.
Ibu membalas, “Laa, kau ada degree, mintaklah kerja kerajaan ke. Semua dapat, elaun, bonus, mudah nak itu dan ini. Alih-alih buat bisnes yang entah apa hujung pangkalnya.”.
Man hanya diam sahaja, kerana dia tahu di minda pemikiran ibunya, masih tertanam pegangan orang-orang lama. Dulu betullah yang kerja makan gaji petik jari pun sudah boleh dapat, tapi sekarang lain. Lagipun, Man seorang yang berfikiran jauh dan sudah terbukti, jalan ‘kekayaan’ atau kebebasan kewangan yang sebenar adalah melalui perniagaan dan keusahawanan. Kalau hanya kerja makan gaji sahaja, kalau gaji RM800, tolak sana tolak sini, berapa jer yang tinggal untuk belanja? Lain dengan bisnes, RM10,000 sebulan pun boleh buat. Guna internet saja pulak tu. Ia tidak mustahil..
Dalam hati Man, “Ayah, ibu, maafkan Man sebab tidak mengikut suruhanmu berdua. Man buat semua ini untuk merubah nasib kita. Nak tak nak hanya melalui bisnes sahaja Man dapat bantu mempercepatkan lagi ‘perubahan’ pada keluarga kita.”.
Adakah anda dapat membezakan dua watak anak yang berbeza di atas? Satu mencari-cari kerja. Satu lagi begitu komited dan yakin dengan bisnesnya. Yang anak pertama tadi hanya tahu merungut dan tidak tahu adanya peluang lain iaitu perniagaan, tetapi anak kedua iaitu Man sudah menemui peluang yang lebih dapat membantu ekonomi beliau dan keluarganya.
Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah terutama kepada mereka yang sedang menganggur. Pelbagai sebab dan faktor dinyatakan, pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan, tetapi belum-belum juga selesai. Namun, hakikatnya terdapat satu penyelesaian yang selama ini dipandang sebelah mata oleh yang menganggur.
Sebelum saya terus menulis, ingin saya nyatakan, kali ini saya akan bertegas sedikit atau dalam bahasa kasar, akan menjentik anda yang sedang menganggur, maafkan saya.
Hanya satu jalan penyelesaian sahaja untuk anda sekarang : PERNIAGAAN
Mesti ada yang menjawab, “oh tidak, saya malu nak berjumpa dan bersemuka dengan orang!”
“Zul, saya tak sesuai. Saya bukan business minded”.
“huhu, sorilah yer, it’s not my taste.” –> jawapan ni eksyen gilerr..
Realitinya, segala jawapan di atas adalah benar, bukan rekaan saya. Biar saya jawab satu persatu.
1. Malu ker? haha.. Mesti awak takder hidung kan? Gurau jer. Jawapan saya mudah sahaja, malu tidak bertempat TAK BERGUNA. Malu dalam melakukan kesalahan itulah yang patut DIJAUHI. Pengalaman saya, dahulu saya seorang yang amat pemalu terutama dengan kaum hawa, hehe dan juga di hadapan orang ramai. Tetapi, selepas saya melakukan bisnes, nak tak nak kita kena buang sifat itu. Alhamdulillah, biarlah seribu sejuta orang pun di hadapan saya, saya boleh bercakap dengan yakin. InsyaAllah. Nak seribu daya. Jangan berbuat-buat alasan! Malu tak bertempat, hanya merugikan diri sendiri..
2. Anda bukan business minded? Anda berkata berdasarkan apa? Hanya berdasarkan perasaan semata-mata? Tahukah anda, bisnes itu banyak cabangnya. Setiap orang boleh memilih salah satu yang sesuai dilakukannya. Yang perlu anda lakukan adalah analisis diri, perkara apa yang anda minat dan mampu dilakukan.
3. “It’s not your taste??”. Habis apa citarasa anda yer? Kalau bisnes bukan citarasa anda, pergilah cari kerja.
Kita tengok siapa sampai ke garisan penamat dulu..
Ingat yer, tulisan ini saya sampaikan kepada yang sedang menganggur. Yang tak menganggur pun boleh baca. Dan tulisan ini bukan sesekali nak mengatakan kerja makan gaji itu tidak perlu, tetapi apa yang ingin dimaksudkan sekarang adalah, SUSAHNYA NAK DAPAT KERJA. Maka cara terakhir nak tak nak adalah BERNIAGA!!
Dalam konteks perniagaan internet, ia amat ‘mudah’ untuk dilakukan. Anda hanya perlu ada domain name, hosting, talian internet, beberapa perisian dan sudah semestinya komputer. Mengenai produk, banyak model di dalam perniagaan internet. Jika anda malas untuk memikirkan produk sendiri, anda boleh menggunakan model affiliate, adsense atau drop ship. Tidak perlu memikirkan simpanan inventori produk yang besar, tak perlu ada stor pun.
Jika ingin buat produk sendiri, dan anda malas untuk membungkus dan ke pejabat pos / kurier, maka produk digital pilihan terbaik untuk anda seperti perisian dan ebook. Anda hanya perlu menghantar ebook / software tersebut melalui emel atau dengan menggunakan sistem yang sudah diautomasikan. Jika anda mempunyai kepakaran tertentu, anda boleh membuka ruangan membership site yang berbayar. Kalau tak mahu buat laman web, anda boleh menggunakan portal lelongan seperti ebay. Apa lagi?? Internet menjanjikan 1001 cara menghasilkan pendapatan. TAPI jika anda masih ber-alasan itu ini, saya rasa anda telah melakukan kesilapan yang besar. Anda lebih rela menghabiskan masa yang ada (menganggur) daripada mahu menghasilkan duit. Ok, jika anda ingin juga kerja makan gaji, teruskan, tetapi di dalam masa yang sama, lakukan bisnes kecil-kecilan di internet atau apa-apa usaha yang boleh mendatangkan pendapatan sementara dalam usaha mencari kerja. Ingat, bukan skim cepat kaya ok!
Maka, dengan jahatnya saya ingin menjentik telinga anda yang sedang menganggur dan MEMBERIKAN ALASAN itu ini. Ingatlah, anda ada tanggungjawab kepada ibu dan ayah anda. Kepada ahli keluarga juga. Mereka telah menghabiskan banyak wang untuk membesarkan anda, takkanlah nak menyusahkan mereka lagi sekarang? Anda sudah berumur, dah dewasa.. Sanggupkah anda ingin berhutang di situ dan di sini? Akhirnya kawan pun akan jadi lawan dan lari dari anda. Anda jangan jadi orang yang memberikan masalah kepada orang lain.
Maka saya mengajak anda semua, rebutlah peluang perniagaan yang disediakan oleh internet. Banyak cara menghasilkan wang (pendapatan). Hanya menunggu langkah pertama anda sahaja. Sekali anda mula melangkah, saya yakin anda akan sukar untuk berhenti.
Peluang perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar dan tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya mahupun perlu kerap berjumpa dengan pelanggan.
Maaf jika sedikit bertegas, kerana sekarang bukan masa untuk bermanja-manja lagi. Wake up!!
PS. Lepas ni mesti ada yang bertanya, bagaimana nak mula zul? Caranya mudah, anda belilah buku asas perniagaan internet. Murah jer. Melaburlah sedikit yer.. Atau anda boleh membaca di blog-blog atau laman web tertentu seperti:
http://www.saifulsham.com –> setiap hari saya masuk.
ehem, blog saya pun boleh jugak.
dan sertai forum:
Banyak lagi sumber lain, tapi tak boleh banyak2 sangat, information overload pulak nanti.






















Komen Terkini