Saya baru sahaja pulang daripada memberikan ceramah / talk ringkas kepada para pelajar UTM Skudai mengenai peluang perniagaan internet. (Selasa, 29/8/06, 9.00pm).
Apa yang saya perhatikan, ramai juga yang tidak mengetahui peluang sebenar tetapi sebaliknya hanya tahu gitu-gitu sahaja. Padahal, dengan internet mereka boleh menjana pendapatan sampingan dengan bermodalkan jumlah wang yang kecil sahaja.
Di kebanyakan universiti ataupun IPT di negara ini, saya yakin semua ada kelengkapan komputer dan internet samada broadband ataupun hotspot. Di dalam kes UTM Skudai, terdapat banyak tempat-tempat tertentu yang membolehkan pelajar mengakses internet secara percuma! Apabila saya bertanyakan apakah yang dilakukan di internet, ramai yang ketawa apabila saya menyebut mengenai friendster.
Alhamdulillah, kebanyakan daripada peserta ceramah itu memberikan respon yang memberangsangkan dengan beberapa persoalan yang dikemukakan kepada saya. Ternyata, mereka ingin melakukan, tetapi tiada kesempatan atau kemampuan untuk melakukannya. Atau itu hanya satu alasan? Harga sebuah buku perniagaan internet hanya sekitar RM25 hingga RM50, kos domain name dan hosting dalam sekitar bawah seratus. Kebanyakan pelajar banyak membazirkan wang ke arah yang tidak bermanfaat seperti membeli majalah hiburan, VCD, komik dan lain-lain. Ya, itu santapan emosi dan mental, tetapi adakah itu yang akan membantu kejayaan anda?
Semasa saya di IPT, saya banyak invest kepada membeli pelbagai buku motivasi, keagamaan dan perniagaan. Ehem, walaupun ada lagi tak habis baca, tapi at least, semasa kita ada duit, kita beli supaya andaikata kelak kita tidak mampu, maka buku yang dibeli itulah yang akan membantu kita bukan?
InsyaAllah, adalah menjadi satu impian dan perancangan saya untuk menyampaikan kepada para pelajar IPT terutama di UTM ini mengenai peluang yang ada di internet. Bagaimana tanpa mengganggu masa belajar, mereka boleh menjana pendapatan untuk menyara hidup semasa belajar. Saya juga ingin menyatakan kepada mereka, ada sesetengah orang menganggap sesuatu itu sebagai e-dagang, tetapi sebaliknya ia bukan bisnes jangka panjang. InsyaAllah, kemungkinan besar saya akan melakukan sesuatu untuk mereka seperti yang saya rancang dahulu. Samada saya akan membuat kelas kecil mengenai perniagaan internet atau mengadakan bengkel atau seminar perniagaan internet.
Dan ingin saya nyatakan di sini, smartusaha.com kelak akan menubuhkan perniagaan consultant sendiri.
Ops, jangan salah faham, saya bukan ingin membuat duit melalui consultant, tetapi anda sendiri faham bahawa begitu ramai manusia yang tidak berhati perasaan menipu orang ramai sekarang dengan pelbagai skim. Jadi itulah matlamat utama mengapa saya mahu menubuhkan consultant sendiri, insyaAllah. Moga ikhlas hendaknya.
Berbalik kepada kes pelajar IPT, kekadang saya rasa seperti ingin menangis apabila melihat mereka yang masih tercari-cari erti peluang pendapatan di internet, lantas ada pihak mengambil kesempatan kepada mereka. Hati saya amat kecewa dan sedikit hampa kerana pihak yang berpendidikan tinggi sendiri termasuk ke dalam mereka yang mempergunakan para pelajar tadi.
Jika anda adalah pelajar universiti, sebarkanlah kepada rakan-rakan anda, bahawa perniagaan internet bukanlah mencari-cari orang dan bermodalkan sekali, itu bukan bisnes. Itu cari orang namanya. Percayalah, cara sebegitu tidak kekal lama. Percayalah… (macam lagu siti laks..). Perniagaan internet yang sebenar adalah perniagaan yang anda bina sendiri! Ya, itu dia takrifan sebenar perniagaan internet. Bukan cari dua orang atau pasang-pasang..
Saya sedikit tegas dalam hal ini kerana saya tidak sanggup para pelajar yang masih ‘mentah’ pemikiran dan pengetahuan mereka diperkotak-katikkan macam sebiji bola. Tidak sama sekali!
Oklah, jika anda yang sedang membaca ni adalah salah seorang peserta ceramah tu, saya ucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda kepada saya. InsyaAllah, kita akan jumpa lagi. Pasti!
Wassalam.
ikhlas,
smartzul.
PS. Gambar takder, terbawa bateri yang dah weak.. waaaaa…
Takper, nanti saya minta dengan diaorang.. 
Popularity: 23%
Share This
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!