Apakah perasaan anda apabila bertemu dengan internet marketer yang telah berjaya? Dan mengapa perlu bertemu dengan mereka secara bersemuka? Ini adalah penting jika anda ingin berjaya kerana dengan bertemu dan mengenali mereka dengan lebih dekat, anda akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai kejayaan.
Tapi, tidak kurang juga ada yang menganggap, siapalah mereka, tak diiktiraf pun oleh mana-mana pihak. Betul, tapi tidak tepat. Mengapa?
Kita sendiri sudah melihat dan mengetahui kejayaan mereka. Untuk mengiktiraf kejayaan mereka, tidak perlu ada badan rasmi untuk pengiktirafan sebegitu, cukuplah kita sebagai saksinya. Namun, bukankah baru-baru ini Irfan Khairi telah mendapat anugerah dan seterusnya mendapat title Dr? Orang luar nampak kejayaan orang-orang kita, tetapi rata-rata ,asih ramai meragui kejayaan orang-orang kita sendiri. Ah, biarkan saja mereka yang berperinsip sebegitu, amat sukar untuk menerima kejayaan orang lain, mungkin dengki? Tak suka? Benci? Tak suka tengok orang berjaya? Biarkan mereka, sebab itu hak mereka. Sebaliknya, mereka lebih suka dan berkompromi dengan mereka yang melakukan perkara yang sebaliknya seperti skim pelaburan dan piramid. Pelik bukan?
Ok, berbalik kepada topik kali ini. Saya ingin berjumpa dengan mereka yang telah berjaya, memburu mereka dan mendapatkan motivasi untuk mencapai kejayaan. Sabtu lepas, Allah telah memakbulkan dan memudahkan saya untuk bertemu dengan SaifulSham. Dapat berbincang dan berbual dengan mereka, bertukar info dan yang penting mendapat insider secrets mereka.
InsyaAllah, sabtu ini pula saya akan ke KL. Untuk mengikuti kelas adsense yang mana kidino dan shuth akan menjadi tenaga pengajar. Kedua pemuda ini mempunyai kekuatan tersendiri. Bahkan di kelas itu nanti, turut hadir adalah Gobala Krishan dan Sunny Tan. Gobala adalah penulis ebook Chapter-M dan Sunny Tan pula pemilik tips.com.my dan beliau juga ada menulis ebooknya sendiri. Mereka semua mempunyai pengalaman tersendiri dan inilah yang mahalnya..
Ogos tahun lepas, saya telah bertemu dengan irfan khairi. InsyaAllah ada modal, saya akan bertemu beliau pula di workshopnya kelak. InsyaAllah. Semasa berbual dengan Osman Affan sabtu lepas di seminar saifulsham, osman menyatakan bahawa, Irfan sentiasa terlajak waktu akibat begitu banyak yang beliau ingin sampaikan kepada para peserta. Rebutlah peluang ini. Jangan begitu berkira. Kalau anda betul-betul bersungguh, modal yang anda laburkan untuk kelas, seminar atau bengkel akan anda dapat kembali melalui perniagaan anda. Percayalah, jika anda betul2 ada usaha yang kuat.
Berjumpalah dengan mereka yang telah berjaya. InsyaAllah, anda mendapat semangat berganda-ganda.. Namun pesan saya, anda perlu pandai mengekal semangat anda, kerana setiap hari, mesti ada mereka yang ingin melihat kita jatuh dan gagal..
JOM KE KELAS ADSENSE Sabtu ini – 15 Julai 06!! Jangan lepaskan peluang!Â





















Komen Terkini