Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Projek Kecil VS Projek Besar

Projek Kecil (Projek Cepat Siap) = $$$ cepat

Projek Besar (Projek Lambat Siap) = $$$ ???

Agak-agak anda, mana yang patut diutamakan? Projek kecil atau yang besar? Projek cepat siap yang dapat memberikan hasil / keuntungan yang tinggi, ATAU projek yang lambat siap, tapi juga akan mendapat sambutan?

Jawapannya terserah kepada anda, tetapi bagi saya, mulalah kecil-kecil dahulu, barulah yang besar kemudian. Jangan bermain api…

Jika anda mempunyai wang yang sedikit sahaja, cukup untuk makan minum pada bulan ini sahaja, tapi anda asyik tumpu dan mengharap kepada projek yang besar semata. Siapnya tak tahu lah bila, jadi atau tak, belum pasti. Apa-apa pun boleh berlaku. Jadi, adakah anda sanggup menghadapi masalah kewangan akibat dari tangan anda sendiri? Lebih-lebih lagi anda adalah usahawan internet sepenuh masa seperti saya… hehe.. Maka, adakah patut anda masih bertumpu HANYA kepada projek besar yang entah bila akan terealisasinya?? Maksudnya tiada perniagaan / projek lain yang memberikan sumber pendapatan berterusan kepada anda?

Jadi jawapan kepada persoalan di atas adalah, utamakanlah dahulu projek-projek kecil yang dapat memberikan hasil yang cepat. Selepas anda memiliki beberapa perniagaan atau sekurang-kurangnya satu, ia akan menyara kehidupan anda di samping usaha menyiapkan projek yang mengambil masa untuk siap itu. Ini adalah penting terutama kepada usahawan-usahawan sepenuh masa yang baru. ;) Dan inilah yang saya lakukan sekarang. Dengan melakukan perkhidmatan membangunkan laman web dan lain-lain, saya dapat menanggung kehidupan seharian saya sementara menunggu beberapa projek lain siap. :) Saya hanya guna apa yang saya tahu untuk buat duit!! Nak mengharap beberapa projek lain, masih dalam pembangunan, huuh, entah bila dapat menuai hasilnya. Maka, lakukanlah beberapa idea yang kecil, mudah dan lebih bagus apa yang anda tahu.

Jangan buat silap, jika tidak merana hidup anda! Kalau anda bujang tak per lagi, tapi kalau dah beranak-pinak? Cari nahas namanya..

Tamat topik kali ini..

============
TAHUKAH ANDA?
============

Tahukah anda? Mitos atau kepercayaan yang paling bahaya dan teruk adalah buat duit dengan goyang kaki di internet dan terus boleh meletak jawatan bagi kerja anda di peringkat permulaan?? Itu adalah ajaran sesat! Hati-hati.

Dan tahukah anda? Kebanyakan atau hampir 99% pelaburan mata wang asing di internet adalah TIDAK SAH DAN HARAM di sisi undang-undang? Tak tahu? Atau tahukah anda apakah hukuman dan tindakan oleh pihak berkuasa?? Sebat, penjara, rotan sampai nangis?? Juga tak tahu?? Tak per, nanti smartusaha bagitahu di post seterusnya yer.. hehe, tungguuu!!! ;)

Incoming search terms:

  • idea projek kecil
  • pelaburan ke banyak projek kecil adalah bagus
  • projek-projek kecil

“yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..”

Pertama sekali, betulkan jika saya salah dalam pepatah di atas. Kot-kot ada salah eja perkataan ke.. hehe.

Ok, kali ini saya ingin menyatakan sesuatu yang tak patut dilakukan oleh mereka yang ingin melakukan bisnes menggunakan internet. Kebanyakan saya melihat, tidak ada fokus. Kejap buat tu, kejap buat ini, tidak ada yang satu diutamakan. Percayalah, jika anda berterusan begini, satu sen pun susah untuk anda hasilkan. Atau sekurang-kurangnya, bisnes anda akan hidup segan, mati tak nak. Atau dalam bahasa ekonominya, graf pencapaian bisnes anda sentiasa mendatar dan terus turun tak naik-naik. ;)

Mengikut teknik yang disyorkan oleh pakar, anda perlu membina satu perniagaan internet anda dahulu sehingga berjaya, dan kemudian barulah membuka atau mewujudkan perniagaan yang lain, di samping mengekal dan meningkatkan lagi prestasi perniagaan internet yang sebelumnya. Apabila yang kedua sudah berjaya, buat yang ketiga, dan seterusnya di samping mengekal dan menambah-baikkan mutu perniagaan yang pertama dan kedua tadi.. Inilah cara yang sepatutnya anda lakukan. Barulah fikiran tidak kacau. Dan barulah anda tidak termasuk di dalam maksud peribahasa di atas.

Persoalan: Kenapa perkara ini sering terjadi terutama kepada newbie? Jawapannya mudah, tidak ada kajian dan perancangan.

Satu lagi persoalan: Mengapa tiada kajian dan perancangan?? Hehe, jawapannya juga mudah! Sebab anda tidak tahu bukan? Tak tahu apakah titik mulanya. Tak tahu bagaimana untuk bermula!!

Tambah lagi satu persoalan: Mengapa tidak tahu? Nak tahu jawapannya? Mudah jer, sebab anda tidak merujuk, membaca dan memahami.

Hmm, nak tambah satu soalan lagi boleh? Sebab apa anda tak baca? Tak merujuk yang dah berjaya (buku, bengkel, seminar..)? Jawapannya juga mudah saudara dan saudari, sebab mungkin anda tiada usaha yang bersungguh!!

Pepatah melayu mengatakan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau anda nak, usahalah. Beli buku, tanya yang berpengalaman, labur sedikit duit untuk ke seminar ( jangan labur ke tempat lain jer.. ;) ) dan rajin-rajinlah berforum seperti di wangcyber.com. Ramai internet marketer di sana sudi berkongsi ilmu. FREE lak tu. Dalam bahasa Melayu lagi.

Tapi kan, muncul pula satu persoalan lain!!

“Zul, saya dah baca banyak sangat ebook, buku, baca blog, forum, artikel, semualah! Tapi tak faham-faham. Blank. Tak tahu nak mula kat mana.”.

Aikk, sepatutnya kalau dah baca banyak, mestilah banyak ilmu dan yang tahu kan? Agak-agak kenapa yer? Apa masalah dengan dia ni? Macam-macam buku dan ebook dia baca. Tapi tak tahu nak mula pun.

Saya pun jawab kat dia:

“Awak pergi jumpa doktor pakar. Kot-kot ada kabel terputus ke dalam badan awak. Atau ada litar-pintas ke kat sel-sel otak tu…”. Haha, gurau jerr..

Jawapan yang selalu saya berikan adalah:

“Bergurulah, dan kekal dengan guru itu sehingga awak berjaya.”

“Ohh, saya tak ada duit lah nak join seminar..”.

“Ehh, jangan salah sangka lak. Saya tak suruh pun awak pergi seminar atau bengkel. Tapi pergi lebih baik. Maksud saya, rujuk sistem yang dia ajarkan. Kan awak dah beli macam-macam buku orang yang dah berjaya. Pilih satu model usahawan internet yang dah berjaya, beli buku dia, dan follow step by step. Jangan hiraukan sumber rujukan lain di peringkat awal. Lainlah kalau awak jenis yang boleh mengatur keutamaan.”.

Dalam kes di atas, contoh yang diberikan adalah dia telah dilanda penyakit information overload, atau limpahan maklumat. Perlu saya tegaskan, lain orang, lain cara. Nak berjaya, anda kena menggunakan satu formula sahaja dulu. Anda sebagai newbie, biasanya tidak akan mampu mencipta atau menggabungkan semua formula yang ada. Maka, cara yang terbaik adalah mengikut sistem yang telah dirumuskan oleh internet marketer dan buat sehingga berjaya. Punca limpahan maklumat adalah anda tidak dapat menapis dan membuat rumusan apa yang anda baca dan tidak tahu untuk meng-integrasikan dengan pengetahuan yang telah anda baca sebelumnya. Maka, berlakulah percanggahan maklumat, akhirnya anda rebah tersungkur, sehingga naik pitam. hehe.. Gurau jer. Namun, itulah punca information overload. Penyakit yang amat berbahaya.

Rata-rata buku asas perniagaan internet sudah memadai untuk anda memulakan bisnes anda terutama buku Irfan Khairi dan Saifulsham. Dan, tak cukup untuk anda membaca dan mengkaji berseorangan, bertanyalah mereka. Seperti SaifulSham, mereka siap turun padang lagi di forum wangcyber.com. Malah, siap bagi tips dan pengalaman mereka lagi di blognya. Tak cukup dengan itu, anda boleh tanya lagi macam-macam kepada mereka melalui saluran yang telah mereka berikan. Tak cukup lagi? Mereka buat follow-up lagi melalui emel newsletter jika anda mendaftar di saudagar.com.my. Semuanya FREE!! Tapi ikhlas saya beritahu, nak tahu lebih dan yang lebih secret, serta mendapat bimbingan berterusan dan berjadual, sertailah seminar mereka. ;) Kalau diaorang beritahu semua kat blog, forum, etc, habis kat seminar diaorang nak ajar apa lagi? hehe..

Oklah buat masa ni, sebenarnya tips di atas tak abis lagi. Cuma kesimpulannya:

1. Follow step / formula yang dirumuskan oleh mentor / model anda dengan baik sehingga anda benar-benar faham dan berjaya

2. Bina perniagaan internet anda satu-persatu. Jangan tamak.

Incoming search terms:

  • maksud peribahasa yang dikejar yang digendong berciciran
  • peribahasa yang dikejar
  • maksud yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
  • maksud yang dikejar
  • peribahasa yang dikejar x dapat
  • YANG DI KEJAR TAK DAPAT YANG DI KENDONG BERCICIRAN
  • yang dikejar tidak dapat
  • pepatah yang dikejar tak dapat yang digendung berciciran
  • peribahasa melayu yang digendong tak dapat
  • yang dikejar tak dapat yg digendung berciciran maksud

Tips untuk blogger & usahawan internet

Saya nak kongsi sikit beberapa tips yang amat perlu anda miliki dan amalkan. Ini adalah untuk kesihatan jiwa, emosi dan motivasi anda. Agar, anda tidak patah semangat, putus-asa, bersedih, kecewa dan sebagainya.. ;)

1. Jangan layan kata-kata mereka yang tidak selari dengan usaha anda. Kalau anda buat A, tapi ada orang kata buat B lagi bagus, anda teruskan dengan A. Dengan syarat, A tu perkara baiklah. Contohnya, jika anda berpendapat sekian-sekian, pegang teguh pendapat anda itu. Ini penting agar kredibiliti anda tidak jatuh kerana jika anda mudah beralih arah, ia menunjukkan anda tidak ada strategi dan perancangan dalam melakukan sesuatu. Pendek kata, anda adalah seorang yang suka ikut arah angin!

2. Kadang-kadang datang kepada anda komen samada melalui emel, di forum, atau komen di blog, usah pedulikan komen-komen yang negatif dan yang paling penting jangan paparkan komen negatif itu kepada umum (pembaca lain). Lebih baik di-delete sahaja. hehe, itulah yang saya buat. Sebab saya tidak suka kata-kata yang negatif! Sebab ia adalah karat!!

3. Anda tahu tak resepi kejayaan mereka yang telah berjaya? Ya, mereka fokus. Fokus sepenuhnya dan 100% pada usaha mereka. Mereka tidak endahkan orang lain sebab mereka yakin apa yang mereka lakukan adalah tidak salah. Datanglah 1001 halangan, kata-kata negatif, komen pedas, mereka teruskan usaha mereka sebab..?? Kerana mereka fokus, yakin, percaya diri sendiri dan yang penting, HANYA ALLAH Yang Lebih BERKUASA. ;)

4. Setiap sesuatu mestilah berperancangan. Percayalah, jika hari ini anda buat beberapa buah blog untuk adsense tanpa ada plan, esok lusa ia akan terbiar begitu sahaja. Tak percaya cubalah. Anda buat tanpa ada perancangan, dan tengok apa hasil dia.

5. Manusia secara lumrah suka orang susah seperti dia. Ya, inilah hakikatnya. Apabila kita telah berjaya, dicarinya 1001 titik lemah kita agar kita jatuh tersungkur atau sekurang-kurangnya melemahkan semangat kita. Jadi, pastikan anda sentiasa bersedia menempis segala ‘peluru’ yang ditembak oleh mereka. Bagaimana? Jauhi diri daripada mereka, lebih-lebih lagi anda jenis yang mudah patah semangat. Jangan salah sangka, bukan putus silaturrahim, tapi jauhi diri. Ia untuk kebaikan anda juga. Pendek kata, pilih orang yang sesuai untuk anda bergaul.

6. Jangan paparkan kelemahan anda dan baikinya SECEPAT yang mungkin. Tidak semua orang mahu membantu, tetapi ramai juga yang akan menggunakannya untuk mengaibkan anda! Hati-hati.. ;)

7. Untuk blogger (blogger biz), jangan layan komen SPAM, komen yang negatif dan komen yang berunsur iklan. Mengapa? Komen yang negatif, hanya akan memanjang-manjang cerita dan menghabiskan masa untuk anda layan. Yang berunsur iklan, hmmm, habis anda nak biarkan pelawat web anda lari ke laman web lain? Ini adalah bisnes.. Kalau anda jenis tabah, delete sahaja komen sebegitu. hehe.. Jahatnya. ;)

Hmm, rasanya ok dah kot petua dan tips dari saya. Itu adalah tips dari pengalaman saya lah. Satu contoh, ada sorang penggiat skim piramid yang tak puas hati dengan saya, tulis komen panjang-panjang, tapi saya tak publishkan komen dia. Saya delete jer..

Tujuh tips di atas adalah amat praktikal, bukan hanya teori semata. Dan tidak semestinya sesuai untuk anda semua. Tepuk dada, tanya iman dan selera.. ;)

Aktiviti Terkini SmartZul

Hehe, saya kadang-kadang terkeliru diri sendiri, nak guna nickname mana satu, smartzul ke atau smartusaha? Huhuhu, keliru.. hehehe, relaks…. Saya akan gunakan kedua-duanya. Sebab? Sebab orang dah tahu siapa itu smartzul atau smartusaha. :lol: Tutup cerita.

Ok, sedikit informasi terkini dari saya. Sekarang saya agak sibuk sikit, tapi saya tak mahu menjadikan ia satu alasan bagi saya. Saya perhatikan, dah ada nak tiru konsep Dr Irfan tulis blog. Satu hari satu post, 1 minit. Hehe, silakan. Tapi jangan tiru mentah-mentah jer.. Dr tu tak apalah, orang kuat membaca dan banyak ilmu.. ;) Bukan apa, walau kita guna formula yang hebat pun, tapi kalau tak dirancang dan difahami dengan baik, tak ada maknernya.. :lol: Ishh, lari topik lakss..

Ok, selain daripada mendapat tempahan servis yang saya tawarkan kepada orang ramai, saya juga kini menggunakan sebahagian masa saya untuk membuat kajian bagi menentukan produk atau servis untuk melebarkan bisnes ke peringkat luar. Rata-rata peserta seminar saifulsham tempoh hari sedang sibuk mencari idea dan topik masing-masing yang mana akan di-review sendiri oleh saifulsham. Ehem, kami semua sedang dilatih dan dibimbing secara terus di ruang support yang SECRET. Nak masuk ke situ, kenalah beli kunci dia dulu. hehe.. Apa? Oh, tak faham yer. Sertailah seminar diaorang, baru dapat masuk ke ruangan bimbingan tu.

Di ruangan itu, anda bukan sahaja boleh tanya apa sahaja, malah boleh minta apa-apa yang tak dapat anda cari sendiri SELAGI saifulsham mampu lah. Tapi, apa yang mereka janjikan di laman web mereka, semuanya dikotakan. Macam-macam diberi, tapi kejayaan itu yang menentukan adalah para peserta sendiri. Saifulsham hanya memberikan support, ilmu, panduan, tips, petua dan dorongan sahaja. Selebihnya adalah usaha kita.

Jadi minggu ini saya berharap akan dapat menentukan topik yang niche bagi perniagaan internet yang sedang diusahakan ini. Oh ya, lupa nak beritahu. Para peserta seminar tersebut dapat manuskrip pelan 30 hari membina perniagaan internet. Dalam pelan tersebut, diberikan langkah demi langkah bagi setiap hari. Very practical steps!

InsyaAllah, kejayaan idea perniagaan yang dicari ini kelak, akan membuktikan pelan perniagaan serta ilmu yang mereka curahkan terbukti BERKESAN!

Anda bagaimana? Jangan jadikan bisnes internet anda seperti sebiji bola yang terlantung ke sana sini. Hidup segan mati tak nak. Anda perlu serius! 8) hehe.. Saya? Ya, perniagaan internet adalah periuk nasi cerek air saya.. haha..

Semoga anda berjaya!!

saifulsham

Keyword TopTen Blog SmartUsaha

Post ini ringkas sahaja, untuk berkongsi dengan anda, bagaimanakah pelayar internet boleh ‘tersesat’ masuk ke laman web saya melalui carian di laman enjin carian GOOGLE.

SENARAI KEYWORD:

wangcyber
smartusaha – smartusaha makin dikenali? Sebab ramai yg cari ikut enjin carian. :)
raja adsense
rajaadsense – rajaadsense kita dah jadi bualan ramai. :)
ebook percuma
usahawan internet
perniagaan internet
buat duit dengan adsense
smartzul – ada jugak ke orang cari keyword ni? Ada…. :)

SEMUA KEYWORD di atas bukan rekaan saya. Saya guna tools untuk lihat statistik serta yang penting, saya boleh tahu melalui keyword apa yang menyebabkan pelawat blog saya sampai ke blog saya ini.. ;) Dari mana mereka datang, semua saya boleh tahu…

MORAL di sini

1. Untuk bloggers atau pemilik website: Untuk tingkatkan pelawat ke site/blog anda, anda
kena buat kajian sikit bagi hal yang berkaitan. Cari kelemahan dan baiki. Seperti kata saifulsham, kalau anda tak improve web anda, atau setiap hari buat perkara yang sama, anda tak akan ke mana. ;)

2. Saya ada sebab sendiri kenapa menggunakan wordpress. :) Nanti lain kali saya kongsi bersama yer.

Teknik SEO yang saya gunakan bukanlah hanya bertumpu kepada penggunaan keyword semata-mata, atau main-main tulis jer.. Nak menulis bagi mendapatkan ranking terbaik di google juga ada caranya… :)

Pendek kata, tingkatkan ilmu, tambah teknik dan tips, applykan untuk web dan blog anda. Setiap hari jika boleh mesti ada perubahan untuk peningkatan. ;)

Pakej Pengiklanan BERBALOI untuk anda.

Assalamu’alaikum,

Sebelum saya terus menaip, saya ingin memohon maaf kerana tulisan kali ini lebih kepada komersil. Namun, anda MUNGKIN akan mendapat pulangan 200% daripada tulisan komersil ini.

Ehem, baiklah. Terus kepada topik. Setelah berbulan-bulan blog ini wujud, trafik harian begitu tinggi juga. Usah dibandingkan dengan blog lain, sebab blog lain lagi hebat dan berjenama. Namun saya rasa, blog smartusaha.com juga tidak kurang hebatnya. Hehe, kena yakin diri…

Anda perasan tak iklan-iklan banner di sebelah tepi? Banyakkan banner program affiliate dan produk orang? Dah berapa banyak saya dapat duit dari program affiliate tersebut? Oh, bukan ini yang saya mahu kongsikan bersama. Itu hal lain. Sebenarnya, bukan hanya ingin mendapatkan sedikit komisen daripada pelbagai program affiliate itu, tetapi ada tujuan lain.

Apa tujuan itu? Hehe, anda akan tahu jawapannya kelak.. Suspen sikit..

Sehubungan dengan itu (macam surat rasmi lak yer), tunggukan pakej pengiklanan ISTIMEWA dan berbaloi untuk anda! Amat-amat berbaloi dan berguna untuk laman web anda!! Trafik ke laman web anda akan tiba-tiba naik mendadak dalam masa beberapa hari sahaja!! Kalau laman web anda sebelum ini hanya dua tiga kerat sahaja yang masuk, kali ini tidak lagi.. Ia berpanjangan sehingga ke satu masa.. Macam mana tu? Hehe, sekali lagi, tungguuu…

Satu lagi, pakej ini lain dari yang lain. Saya di smartusaha.com bukan hanya menerima bayaran daripada anda sahaja, then biarkan begitu sahaja anda terkontang-kanting! Oh, macam mana tu yer? Jika sebelum ini laman web anda tidak dikenali dan diketahui kewujudannya, selepas ini tidak lagi!! Sebaliknya, anda akan menjana JUALAN yang tinggi dan membina jenama tersendiri dan seterusnya mendapat trafik berterusan!!!! Sekali lagi, tunggguuuu… hahaha… ;)

Banyak persoalanan yang mungkin bermain di kepala anda. Biarkan. Biarlah anda bermain dengan segala persoalan yang timbul itu. :lol:

Tungguukan waktu itu.. Yang pasti, sesiapa sahaja akan terpilih melalui jalan dan cara yang akan ditentukan.

Satu hint daripada saya, pakej ini tiada siapa yang pernah melakukannya sepanjang saya di arena ini…. Lebih-lebih lagi di Malaysia… InsyaAllah.

Tunggguuuuu…

PS. Siapa yang nak buat jualan yang banyak dan mendapat trafik berterusan??? Sila jangan angkat tangan… hehehe.. Gurau jer… ;)

Pernahkah anda memasak roti canai sendiri di rumah bersama keluarga? Apa kata cuba sekali.. :)

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)