Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

567

Bengkel ASAS Perniagaan Internet : Edisi Pantai Timur

Kepada penduduk pantai timur khususnya, satu bengkel asas perniagaan internet akan diadakan pada 19 Ogos 2006, bersamaan hari Sabtu, di Kuantan Pahang. Namun, kepada mereka yang berada di pantai barat seperti di KL, Johor dan lain-lain juga boleh menyertai jika beminat.

Program ini dianjurkan oleh MHL Techno Art Sdn Bhd dan fasilitator yang dijemput adalah saya sendiri dan Sham RajaAdsense. ;)

Saya akan menyampaikan modul perniagaan internet dan juga pemasaran internet. Manakala Sham akan mengajar para peserta mengenai adsense dan affiliate.

InsyaAllah, saya akan menyampaikan langkah demi langkah agar semua yang baru ingin bermula mudah memahami. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman web berikut:

http://www.ebizmalaysia.com

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak penganjur.

Incoming search terms:

  • usahawan sebagai pencari maklumat
  • usahawan pencari maklumat
  • pencari maklumat usahawan
  • pencari maklumat keusahawanan
  • pencari maklumat dalam perniagaan
  • pencari maklumat dalam keusahawanan
  • definisi pencari maklumat usahawan
  • pencari maklumat sebagai usahawan
  • contoh usahawan sebagai pencari maklumat
  • contoh maklumat usahawan

SEO Secara Mudah

Ramai yang bertanya saya. “Zul, macam mana blog awak dan juga bebarapa laman web yang awak buat dapat top ten bagi carian menggunakan keyword pilihan ramai?”.

Sebelum saya menjawab, saya ingin nyatakan bahawa, kadang-kadang saya berasa pelik juga dengan enjin carian, kerana benda yang kita tidak sangka kekadang boleh berlaku dan di luar pengetahuan kita. Ok, kita lupakan dulu perkara pelik ini.

Saya akan kongsikan beberapa tip dan teknik SEO yang begitu mudah! Kebanyakan orang dah tahu benda ni, cuma mungkin laman web saya ada kelebihan lain kot. hehe..

Tip 1# Title Tag Laman Web

Title atau tajuk laman web ADALAH ‘rahsia’ saya selama ini. Ya, betul! Tak tipu. Bahagian inilah yang saya utamakan setiap kali proses pembangunan sesebuah laman web. WAJIB!! Tetapi timbul persoalan di sini. “Zul, saya dah buat, tapi kenapa still tak dapat top ten atau at least page 2 dan 3 di senarai carian?”. Jawapan saya mudah, title tag hanya satu bahagian sahaja. mari kita tengok bahagian penting yang lain.

Satu laman web di mana content-nya berbahasa inggeris yang saya buat untuk partner saya, top ten di yahoo dan kadang-kadang di google. Dapat bersaing dengan laman web bahasa melayu yang lain. Saya hanya optimize title tag dan meta tag sahaja. Kandungannya adalah english! Tapi kenapa boleh bersaing dengan web berbahasa melayu lain yang penuh dengan content atau kata kunci bahasa melayu? Sebab web lain tak ada title keyword tersebut. ;)

Tip 2# Nama Domain

Huhu, nama domain smartusaha.com langsung tak ada keyword ‘perniagaan internet’. Tapi bila search di google dan yahoo, kenapa blog saya yang nama domainnya tak ada pun kata kunci itu boleh berada top ten di enjin carian? Tapi tak apa, kepada yang baru nak beli domain, pastikan nama domain anda sama dengan topik atau niche anda.

Sebuah laman web client saya, yang tidak ada apa-apa artikel (cuma sales letter), tapi top ten di yahoo dan google. MENGAPA?? Sebab nama domain. Tapi ingat, kalau setakat ada nama domain tapi lain-lain aspek seperti kandungan anda tidak masukkan, jangan harap nak dapat tangga top ten. ;)

Tip 3# Kerapkan penggunaan kata kunci yang KERAP orang gunakan di enjin carian.

Sebagai contoh, ‘perniagaan internet’ digunakan lebih dari 300 carian sebulan di yahoo atau mungkin 3 kali ganda di google. Tetapi ingat, jangan terlampau-lampau menggunakan kata kunci yang sama. Berpadalah.. Cara saya, setiap kali saya menulis artikel / post di blog ini, saya akan ulang beberapa kali keyword tersebut.

Note: Jangan syok sendiri dengan kata-kunci ciptaan dan rekaan sendiri. Kalau nama domain anda akupunyasukalah.com dan anda cari di google menggunakan kata kunci ‘aku punya suka lah’, confirm anda no 1 (biasanya). Tapi percayalah, anda sorang je yang guna keyword tu. Lainlah jika domain anda adalah jenama anda yang sudah terkenal seperti amazon, maybank, adidas dan lain-lain.

Tip 4# Bold-kan kata kunci

Jika anda perasan, saya kekadang bold-kan atau tebalkan kata kunci di dalam penulisan saya, seperti: perniagaan internet. Apabila kita lakukan sebegini, enjin carian akan menganggap kata-kunci itu adalah perkara penting yang ingin disampaikan oleh content tulisan kita.

Tip 5# Kurangkan artikel atau tulisan orang lain

Sepanjang yang saya tahu, enjin carian boleh tahu artikel di laman web anda asli milik anda atau sekadar copy & paste. Cara saya, jika saya ingin menulis mengenai sesuatu, saya akan membuat ulasan pendek sendiri dan akan link-kan jika perlu ke laman artikel berkaitan. Mengapa perlu kurangkan? Jawapan saya adalah soalan ini: Berapa ramai yang menggunakan artikel yang sama tersebut untuk laman web mereka? Itu adalah pesaing laman web anda! Bukan tidak boleh letak artikel orang lain, malah kadang-kadang digalakkan. Pendek kata, berpada-pada. ;)

Tip 6# Niche

Hehe, tak habis-habis niche. Penting sangat ke benda tu? Ya, tak penting. TAPI TER-SANGAT PENTING!! Buat laman web yang kurang orang buat bagi sesuatu topik. Inilah RAHSIA TERBESAR kejayaan ramai usahawan internet –> NICHE. Seperti contoh yang saya ceritakan, seorang client saya mempunyai sebuah laman web yang niche. Hehe, carian keyword tu amat banyak juga. Dan… Laman web dia sentiasa top ten dan setiap hari ada orang subscribe newsletter di laman web beliau. ;) Sebab dia sorang jer betul-betul fokus pada topik tu kat Malaysia ni.

Tip 7# Jangan main ILMU HITAM

hehe, orang kata, jangan main api kalau takut terbakar. Ya, anda jangan gunakan teknik SEO yang menjadi pantang enjin carian. Sekali dikesan, mereka boleh terus ban atau sekat kemasukan laman web anda ke dalam database carian mereka selama-lamanya! Jangan buat hidup anda merana dan menangis tak ber-air mata.. Apakah contoh teknik hitam tersebut? Anda boleh cari di google. ;)

Tip 8# Apabila sudah niche, jangan ‘main’ benda lain

Laman web Cik Ayu sudah niche, pasal nasi lemak jer. Tapi Cik Ayu rajin menulis. Semua ditulisnya. Pasal bola, pasal artis, pasal filem, macam-macam. Semua ada.. Elakkan hal ini. Blog saya 90% sentiasa berkaitan dengan perniagaan internet. 10% lagi perkara lain namun saya buat twist sikit. Twist? hehe, harap2 betullah ejaan tu yer.. Yup, kalau saya sentuh pasal sadaqah katakan, saya akan kaitkan dengan usahawan internet yang sejati. Ya lah, usahawan yang baik, dia tak lupa ber-sedekah bukan? ;) Saya tetap gunakan kata kunci yang berkaitan dengan keusahawanan internet di dalam topik yang tidak berkaitan.

Berbalik kepada tip no 8 ni, cik ayu rajin sangat. Walau nama domain dia katakan nasilemakmelayu.com, dia dah pilih niche nasi lemak melayu jer, namun kasihan. Kenapa susah nak dapat top ten yer? “Tu la kak ayu, nama domain nasi lemak, tapi yang pi citer pasal artis, huburan, filem, gosip, kenapa?”. Tak ada kaitan langsung dengan nasi lemak”. Hehe, cik ayu tu nama rekaan saya jer. Mengapa anda perlu fokus pada niche anda dalam penulisan, sebab keyword yang berkaitan dengan niche akan membantu laman web anda terpilih di hati enjin carian. ;) Enjin carian adalah bijak!! Ia boleh tahu laman web mana yang banyak content yang berguna untuk orang yang sedang mencari bagi keyword tertentu.

Tip 9# Meta-Tag

Maaf, sepatutnya saya letak tip ni paling awal. hehe.. Tapi saya dah sentuh sikit kat awal tulisan ni pasal meta-tag. Ada orang kata, tak buat meta-tag pun takper, buat pun boleh. Tapi saya lebih suka buat, sebab walau 1% sahaja kesannya, ia tetap membantu bukan? Contoh:

<meta name="description" content="Nasi Lemak Melayu Johor">
<meta name="keywords" content="nasi lemak, melayu, johor, resepi, petua, tips">  

Letak di dalam tag <'head> dan <'/head> di dalam kod HTML laman web anda. Hehe, belajarlah HTML yer. ;)

Tip 10# Isi kandungan / artikel / tulisan

Banyakkan contents / kandungan di dalam laman web anda. Ya, pepatah ada mengatakan, sehari selembar benang, lama-lama jadi bukit. Blog saya telah melebihi 100 lebih tulisan dan 600 lebih komen, berkisarkan perniagaan dan keusahawanan internet. Penulisan bermula September 2005. Sebab tu google dan yahoo sukakan blog ni. :lol: Saya ulang sekali lagi, fokus dan tumpu pada keyword yang berkaitan dengan niche anda sahaja dan banyakkan kandungan / artikel.

Itulah beberapa tip dan ‘rahsia terpendam’ saya, mungkin di lain kali boleh cerita cara-cara lain. Anda cuba 10 cara di atas, dan beritahu hasilnya kepada saya nanti. Pokok pangkal, bersabar! Jangan main kotor.. ;)

Wassalam.

PS. 10 tip di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin ia tidak tepat atau tidak useful? Mungkin anda lebih pakar dan tahu daripada saya. Dan ingin saya tekankan, saya hanya berkongsi, dan bukan menjanjikan sesuatu. Tak salah mencuba, tapi salah kalau tak mencuba. :)

Cara Alternatif Keluar Duit Dari Paypal

Makluman: Artikel ini sudah tidak relevan kerana duit dari akaun paypal sudah boleh terud dipindah-masuk ke akaun kad debit / kredit Visa. Harap maklum.

Mungkin kawan-kawan yang bergiat aktif sebagai usahawan internet menghadapi masalah yang sama dengan usahawan internet yang lain iaitu masalah untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal. Begitu susah dan cerewet sekali bukan?

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan wang itu seperti membuka akaun bank di Singapura atau US, trader dan menggunakan wang tersebut untuk membeli sesuatu di internet. Namun, terdapat satu cara alternatif lain.

Alang, usahawan internet kita yang berjaya, telah menulis cara tersebut malah telah sendiri melakukannya. Dan hasilnya??

Sila teruskan membaca tulisan beliau di: PANDUAN PERCUMA KELUAR DUIT DARI PAYPAL

PS. Kalau belum ada akaun paypal, sila daftar dahulu di sini sebelum membaca panduan tersebut. ;)

TERKINI: Ketahui berita terkini mengenai Accent Card. Klik di sini.

Incoming search terms:

  • cara guna paypal
  • bawa duit keluar dalam paypal
  • buku keluar masuk duit
  • buku keluar masuk perniagaan
  • cara keluar duit dari paypal
  • free download buku keluar masuk wang perniagaan
  • kuar duit swisscash di singapura
  • Wang percuma dari paypal

Yahoo!! ;)

Alhamdulillah (ucapan pertama sepatutnya bagi seorang Islam bila mendapat sesuatu), sebanyak 3 website saya berada di tangga top ten di yahoo search engine dengan menggunakan satu keyword famous dan kerap digunakan oleh pencari maklumat. Apakah keyword itu? Siapa yang selalu baca blog saya, tahulah apa keyword itu. Carilah yer.. hehe.. ;)

Mengapa saya gembira sangat, sebab semalam saya menyemak kedudukan ranking portal utama saya dengan keyword tersebut, adoii, tangga 18. Saya beritahu shuth kat blog dia pada topik keyword yang dia tulis:

“Shuth, portal utama saya dah jatuh mendadak kat yahoo ni. Tapi tak apa, saya tahu cara nak naikkan balik…”.

BOOM!! Selepas buat cara tu, portal saya smartusaha.com terus naik tangga ke-3 dengan carian keyword tersebut. Mengapa saya menggunakan yahoo sekarang, sebab google tidak begitu stabil, tapi blog saya tetap no. 1 dengan kata kunci itu di google. :) Selain itu, yahoo search hasil cariannya lebih baik berbanding google.

Apakah caranya? Apakah kata kunci itu? Dan satu berita gembira juga buat saya, satu website bisnes saya yang selama ini entah tangga berapa, sekarang berada di no 5 di senarai carian yahoo. :) Mengapa boleh terjadi begitu? Kemungkinan satu perubahan yang saya telah lakukan pada laman web itu.. Betullah kata pakar, kalau anda biarkan website anda begitu sahaja dan tidak ada improvement dari segi design atau SEO, begitulah anda dapat. Dan semakin anda tak improve atau tambah sesuatu pada laman web anda, semakin teruk dan jatuh ranking anda di enjin carian.

Ya, SEO hanyalah satu teknik. Tapi saya suka teknik ini dan mungkin anda yang sedang membaca sekarang datang ke blog saya hasil daripada carian menggunakan yahoo atau google bukan? ;) Dan insyaAllah blog atau portal saya di senarai top ten bukan?

Baiklah, nanti saya akan berkongsi tips ‘biasa’ tersebut untuk para pembaca semua. :) Beberapa tip atau teknik internet marketing melalui cara SEO.

PS.Pukulan silat yang simple jangan disangka tak dapat pengsankan musuh..”. Cuba fikir apa maksud saya? ;)

Sekali melangkah, jangan toleh ke belakang lagi..

Kalau anda mengaku keturunan Melayu yang gah pada masa dulu, dengan Mat Kilau, Hang Tuah, Tok Janggut, anda tidak wajar berputus asa.. hehe… Relaks relaks, intro jer ni..

Apa yang saya nak tulis ni, ada la juga kaitan dengan pendekar-pendekar kita tu. Bak kata saifulsham, usahawan internet juga perlu ada sifat seperti pendekar melayu. ;) Sila rujuk tulisan dia di blog saifulsham.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah, kekadang kita berasa lemah dan hendak menghentikan apa yang kita sedang lakukan. Ini perkara lumrah dan bukan suatu yang pelik. Umpama bateri yang sudah kehabisan tenaga, kita kena cas balik. Persoalannya, bagaimana untuk mengembalikan motivasi dan semangat kita? Saya akan senaraikan apa yang boleh kita lakukan dan anda para pembaca berikan cadangan sesuatu yang boleh diamalkan.

1. Kena yakin pada diri sendiri

Jika anda tidak yakin dengan diri anda, orang lain juga tidak akan yakin dengan anda. Kekadang, kita tidak tahu di manakah tahap keupayaan dan kebolehan kita sehingga kita mencuba sesuatu perkara itu. Maka, anda perlu yakin dan percaya pada diri sendiri di dalam melakukan sesuatu dan barulah anda tahu bahawa anda memang berbakat dan berkebolehan.

2. Berkawan dengan mereka yang bermotivasi tinggi

Tidak ada cara lain melainkan anda sentiasa berdampingan dengan orang yang sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan diri. Kawan-kawan sebegini bukan hanya dapat memberi kita nasihat, semangat, malah usaha dan matlamat kita lebih mudah dilakukan kerana jika mereka mengkritik pun, mereka mengkritik dengan ‘positif’. Bukan kritikan membunuh.

3. Membaca buku-buku motivasi atau mendengar ceramah / rakaman audio

Cara ini memang berkesan. Dengan penyampaian motivator yang bersemangat, kita juga mula bersemangat di samping dapat mendengar tips dan petua motivasi untuk kehidupan seharian.

4. Yang ke-4 ini sepatutnya DIUTAMAKAN. :)

Dekatkan diri anda dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ini yang biasanya dilupai.. Walaupun telah dilakukan cara lain dan hati masih tidak tenang dan tidak bersemangat, mungkin anda terlupa melakukan cara ke-3 ini. ;) Kerana, segala-galanya datang dariNya. Semangat anda, motivasi, rezeki, keceriaan, gembira, mudah, senang, semuanya ditentukan olehNya. Maka, dekatkanlah diri denganNya melalui amal-amal sunat seperti solat malam, membaca al-Qur’an, berzikir, sentiasa dalam keadaan berwudhu’ dan lain-lain lagi. Amalan fardhu sudah semestinya. ;) Inilah kegiatan ritual kita yang begitu berkesan sekali jika kena caranya.

Anda pula bagaimana? Ada tips untuk dikongsi bersama? Catatkan di ruangan komen. ;)

‘Iklan’ kali ini:

Bersama kita mencari rezeki yang berkat di internet. :)

Incoming search terms:

  • ayat melangkah kehadapan
  • jangan toleh ke belakang teruskan langkahmu
  • kalau melangkah jangan
  • sekali melangkah jangan toleh ke belakang lagi
  • toleh ke hadapan

Pelaburan ‘HARAM’..

Hehe, tarik nafas dulu… Apa yang saya nak citer hari ni bukan fatwa atau hukum syari’at. Saya nak kongsi dari segi hukum undang-undang negara. ;)

Semalam saya sudah berjanji untuk kongsi satu fakta mengenai pelaburan haram mata wang asing di dalam negara kita samada secara online mahupun offline.

Apapun, apa yang akan saya taip ini hanya overview sahaja dan saya akan mengedarkan salinan pdf yang lengkap mengenai hal ini. Ops, ini bukan cerita dongeng saya, tapi saya merujuk kepada satu prospektus oleh bank Negara Malaysia yang saya dapatkan dari bank semasa pergi berurusan beberapa hari lepas.

Jadi, mari kita lihat apa yang dinyatakan dalam prospektus tersebut:

1. Di Malaysia, semua urusan di dalam mata wang asing mesti dibuat dengan atau melalui peniaga mata wang asing yang diberi kuasa. Seseorang (individu atau syarikat) yang bukan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa tidak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan atau berdagang dalam mata wang asing.

2. Berdagang dalam mata wang asing ialah aktiviti pelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, jika anda diajak untuk melabur wang anda dalam mata wang asing, tidak syaklah ia adalah satu sindiket dagangan HARAM mata wang asing.

3. Tindakan ke atas Pedagang haram mata wang asing. Bank Negara Malaysia sentiasa memantau kegiatan dagangan mata wang asing untuk mengesan kegiatan haram. Tindakan yang diambil adalah termasuk menjalankan serbuan dari masa ke semasa ke atas pengusaha haram oleh Unit Penyiasatan Bank Negara Malaysia. Wang yang disita semasa sebuan ini akan dirampas dan pengusaha akan dihukum mengikut saluran undang-undang. 8)

Sumber rujukan:
Prospektus Transaksi Haram Dalam Mata Wang Asing
Program pendidikan pengguna oleh Bank Negara Malaysia dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia.

Komen SmartUsaha:

Bagaimana? Terkesima mendengar cerita best di atas? Satu persoalan saya, adakah FOREX di internet dan juga pelaburan SwissCash termasuk dalam pelaburan haram di atas? Saya bertanya, bukan mengata.. ;)

PS. Kepada yang aktif atau dalam istilah menjadi dalang / ‘kepala’ perdagangan mata wang asing ni, hati-hatilah sebab dalam tak sedar, ada mata-mata manusia yang sedang memerhati kita yang menunggu masa sahaja untuk menyerbuuuu.. hehe. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan akhiri hidup anda di dalam lokap. :)

PPS. Seorang kawan saya menyatakan, di Malaysia hanya beberapa buah pihak sahaja yang dibenarkan oleh bank negara melakukan perdagangan / pelaburan mata wang asing atau FOREX. Tapi katanya amat pelik, begitu banyaknya wujud syarikat atau pihak yang menguruskan pelaburan ini. Mengapa begitu? Hehe, anda sebagai pengguna, berhati-hatilah.

Disclaimer: Segala info di atas adalah mengikut cetakan prospektus dan bukan nasihat rasmi dan tidak boleh dijadikan sebagai rujukan muktamad atau rujukan dalam kewangan dan pelaburan anda. Segala fakta dan maklumat boleh berubah bila-bila masa. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman.

UPDATE TERKINI: Kepada pelabur forex, jangan cepat melenting kerana tulisan ini tak menuju kepada forex. Tulisan ini adalah umum mengenai pelaburan matawang asing yang tidak sah di sisi undang-undang! Cuma, di dalam tulisan ini saya hanya bertanya sahaja mengenai forex! Bukan menuduh dan menuding.. Harap memahami, kerana ada beberapa pelabur forex begitu ‘hot’ dan marah terhadap tulisan ini. Please be profesional.. Jika anda benar, kenapa nak takut kan? ;)

Satu lagi, baca 3 kali part disclaimer tu..

Kalau anda faham apa yang saya nak sampaikan melalui tulisan ini, saya yakin anda tak akan marah-marah. ;)

Puasa dah tak lama.. :lol: So, berbukalah dengan rezeki yang halal dan jelas. InsyaAllah.

Jangan malas untuk bekerja, tiada jalan mudah untuk mudah. Nak seribu daya.

Wassalam.

Incoming search terms:

  • adakah forex itu haram
  • pelaburan mata wang
  • punca kegiatan pelaburan haram
  • pelaburan mata wang asing
  • 1whp adakah sah di sisi bank negara malaysia
  • main forex dengan money changer
  • melabur dalam tukaranwang asing
  • pelaburan bank dalam forex
  • pelaburan haram dalam internet
  • pelaburan melalui internet di luar negeri brunei
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)