AWAS:
Tulisan kali ini hanya untuk mereka yang berani menyahut cabaran dan berani untuk berjaya sahaja…
Apa khabar pembaca blog smartusaha? Moga sihat selalu..
Baiklah, terus kepada tajuk, kita selalu mendengar pepatah mengatakan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Tapi, bagi saya, saya tukar bukit tu kepada gunung.. hahaha… ok ok, kali ni saya bukan nak cerita pasal pepatah atau peribahasa, tetapi mengenai kesabaran, kesungguhan, kepercayaan dan keyakinan.
Fuuh, macam motivator lakkss. hehe… Ya, saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya sahaja. Bagaimana saya pandai dalam bidang komputer ni? “sebab zul budak sains komputer lah”. ho ho ho…. (ketawa cara shuth)..
Salah sama sekali. Walaupun saya budak IT, namun anda perlu lari dari kepercayaan karut yang mengatakan budak IT adalah pandai komputer dan internet. Mengapa? Sebab, segalanya bermula dan mesti ada minat. Rata-rata yang saya perhatikan, kebanyakan pelajar atau mahasiswa belajar adalah untuk LULUS A++ dalam setiap subjek, bukan untuk menggunakan ilmu bagi kehidupan, atau mengaplikasikannya. Sebaliknya, habis belajar, hati lega, “aku nak lari dari dunia IT, susah!!”. Itulah dilema kebanyakan pelajar IT. Kebanyakan kalau disuruh format komputer, install windows, ‘lawan’ pakcik makcik virus, troubleshooting perkakasan walau masalah kecil, semuanya tidak dapat dilakukan atau hanya separuh jalan… Maaf dipinta, inilah kebenaran. Ia bukan direka-reka atau nak menunjukkan saya ni tahu semuanya, tidak sama sekali. Apa yang ingin disampaikan adalah, minat dan usaha. Nak atau tak nak sahaja..
Oklah, dah ada minat, belum cukup untuk berjaya atau pandai dalam sesuatu perkara. Anda perlukan kesungguhan, kesabaran, percaya yang anda akan bercaya (selagi Allah menghendaki) dan anda yakin anda boleh melakukan! KETAHUILAH, hanya ALLAH sahaja yang boleh ‘menghalang’ anda!!
Sedikit sedutan kisah saya yang lalu, semasa di awal tahun pengajian, saya amat sedih sebab rakan sendiri tidak mahu mengajar saya membina website yang simple. “Tak apa, aku boleh belajar sendiri…”. Dari waktu itu, sedikit demi sedikit saya belajar dan usaha sendiri, gunakan sepenuhnya buku-buku di perpustakaan, beli buku rujukan, rujuk di internet, trial and error dan mengikuti kursus berbayar.
Alhamdulillah, walaupun rekabentuk website yang saya bina tidaklah sebagus mana, tetapi sekurang-kurangnya saya tersenyum kepuasan…. Usaha beransur-ansur kini sudah menghasilkan wang untuk poket-ku…… ‘Poketku tersenyum riang’… :p
Itulah kuasa keyakinan, kepercayaan pada diri, kesabaran dan kesungguhan. Percayalah, jika anda tidak percaya pada diri-sendiri, anda tidak akan sampai ke mana.. Beranilah untuk mencapai kejayaan, dan janganlah takut untuk gagal. Mulakan sedikit-sedikit, sehari selembar benang, lama-lama jadi kain….
Perhatikanlah mereka yang berjaya, semuanya bermula dari bawah, dari kemiskinan, dari kesusahan, dari kaki lima, dari dalam stor, dari bilik tidur, dari tak tahu apa-apa… Mereka semua mengambil masa untuk berjaya, banyak kali mencuba, bukan sekali atau dua kali..
Moga anda mengerti tulisan saya kali ini. Ia berbentuk motivasi dan inspirasi. Bertujuan agar anda tahu bagaimana untuk berjaya di dalam sesuatu perkara dan supaya anda tahu, ‘tidak mudah’ untuk berjaya.. Ia perlukan usaha, kesungguhan, kepercayaan dan keyakinan..
Saya cabar anda untuk berjaya, yakin boleh!!
PERHATIAN: Curahkanlah ilmu anda seikhlas yang mungkin jika ada orang yang datang meminta bantuan. Tidak kisahlah, berbayar atau percuma (hal ini perlu dikupas lebih lanjut, jadi jangan cepat bersangka)... Janji ikhlas…… Namun sebaiknya, berikanlah secara percuma selagi tidak membebankan anda. Anda beri satu, Allah gandakan 100. Tak percaya?? Cuba dulu. Fullstop.
Incoming search terms:
- cerita main dalam stor
- sikit sikit lama lama jadi bukit

















Komen Terkini