Web designer is NOT web marketer
Thursday, June 29th, 2006Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Wahh, tajuk kali ni dalam bahasa omputih lak yer.. Jangan takut, smartusaha.com akan terus ditulis dalam bahasa Melayu untuk tatapan semua. Tapi kekadang, apa salahnya tulis sikit dalam BI kan? Sebab kita kena pergi global. Oh ya, anda perlu tahu, penulisan saya dalam blog ini dalam BM bukan bermaksud agar kita guna BM di dalam perniagaan internet kita. Penulisan di sini adalah sebagai rujukan anda, dan terserah kepada anda nak pergi global atau tempatan, tapi kata yang pakar dan mengikut kajian, kuasa belian orang Malaysia di internet masih rendah. Penulisan dalam blog ini adalah untuk rujukan bagi mereka yang ‘tidak suka’ dan susah nak faham bahasa inggeris. Tapi dalam masa yang sama, belajar lah ekk bahasa inggeris tu..
Ok, berbalik kepada topik kali ni, perekabentuk web BUKAN ‘pakar’ pemasaran internet, kebanyakkannya.. Saya pernah mendengar seorang web designer memberi komen kepada salah sebuah site yang dikatakan design tidak berapa bagus (memang betul), tapi sayangnya, pandangannya hanya tertumpu kepada rekabentuk sahaja. Apabila melihat dua buah website miliknya, wahh, memang cantik! Tapi, kekurangan ciri-ciri pemasaran internet yang efektif. Hanya design, gambar produk dan form order sahaja..
Aspek yang pertama saya melihat adalah penggunaan Title website dan juga kandungan meta-tag. Lain-lain lagilah, seperti teknik-teknik yang lain.. Cukup dua aspek tersebut, aspek lain saya tak tengok, sudah menggambarkan dia tidak begitu menekankan konsep SEO dan beberapa teknik yang lain.
Pendek cerita di sini adalah, sehebat mana pun seseorang web designer tersebut, mereka belum tentu mengetahui mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pemasaran internet ini.
Ops, sebelum itu saya memohon maaf kepada web designer, saya tak bermaksud semua, tetapi kebanyakan. Dan anda juga perlu tahu, saya juga adalah web designer..
Pokok pangkal di sini adalah, jika anda ingin mencari web designer atau web developer, pastikan mereka mengetahui serba sedikit mengenai konsep pemasaran internet, agar website anda bukan setakat kemas pada rekabentuknya, malah ada ciri-ciri yang boleh menarik pelawat untuk membeli.
Wassalam.
PS. Design kemas + Teknik Pemasaran Efektif = $$$$
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!














