Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Streamyx Oh Streamyx | Kerja Saya | Strategi

Assalamu’alaikum,

Semoga anda sihat semua.. Syukur kepada Allah, sebab beberapa perkara sudah selesai, tapi ada lagi yang tak selesai. Tak apa, masalah itu adalah perkara yang normal bagi manusia yang hidup.. hehe.. Tak ada masalah, tak normal lah tu.. ;-)

Apapun, kini saya dah boleh online 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di rumah sendiri. :) Pagi tadi baru dapat online setelah ‘bertungkus-lumus’ setting sendiri untuk sambungan ke internet.’

Kini, dapatlah saya memfokus segala kudrat yang ada untuk membuat ebisnes yang selama ini hanyalah sekadar part time yang juga sumber sara hidup. Mungkinkah saya akan melakukan ebisnes ini secara full-time? Mungkin ya, mungkin tidak.. Perancangan dan strategi perlu diatur. Yang perlu makan dan minum bukan hanya perut sendiri, tetapi tanggungjawab untuk keluarga juga sudah mula terpikul di bahu ini.

Jika shuth (http://mohdsuhaimy.com) mendapat income pertama di internet sebanyak RM9.00, saya pula mendapat RM5.00 hasil menjual CD Linux Knoppix. Saya cuba menjual untuk mendapatkan pengalaman dan trial and error. Daripada situ, satu demi satu saya menjual dan membuat servis secara online. Serius dari hati, saya amat kurang suka keluar dari rumah untuk melakukan bisnes kerana ia begitu memakan masa yang amat banyak. Namun, tiada jalan senang dan tidak boleh kita menumpukan kepada satu teknik atau cara sahaja. Offline jangan ditinggalkan jika ia memberikan kita pendapatan.. Siapa tak nak duit? Sila angkat tangan.. yang penting adalah perancangan dan strategi anda. InsyaAllah, anda akan lebih jelas dan mudah melakukan jika ada panduan yang terang.

Oklah, setelah ber-offline lebih kurang 2 minggu, kini saya akan ber-online setiap hari jika tiada aktiviti atau program di luar.

Wassalam. :)

PS. Kepada yang belum ada streamyx, rasailah dunia broadband ini. Untuk mendaftar, boleh hubungi saya melalui emel sales(@)smartusaha.com. ;-)

Pindah rumah | Streamyx | Diri Saya.. :p

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Fuuh, rasa seperti tak lengkap hidup ini tanpa adanya internet, atau sekurang-kurangnya dapat melayari internet 2, 3 jam sehari. Ya lah, boleh dikatakan sebahagian wang poket saya selama ini adalah dari internet.. Umpama ikan yang kelemasan di darat, hehe.. Nak guna CC? Kalau sejam RM2, seminggu RM14, sebulan dah dalam RM56 gitu, baik apply streamyx, lagi selesa.. :)

Apapun, maaf dipinta kepada pembaca semua kerana tidak meng-update blog saya ini atas sebab ‘susah’nya untuk memasuki internet, tambahan sekarang baru pindah ke rumah baru. Semalam angkut barang dan terus berkemas sedikit.. Namun masih banyak lagi beberapa perkara yang perlu disettlekan dalam minggu ini.

Untuk streamyx, tadi dah ke Telekom Skudai, dan dah buat bayaran untuk talian trelefon, dan maybe esok akan daftar streamyx.. Ehem, saya akan daftar dengan diri saya sendiri, sebab saya ni agen streamyx… hehe.. Murah sikit untuk kali pertama ni.

Sekarang ni saya sedang berada di Dewan Komputer UTM. Dewan komputer terbesar di Malaysia.. :)

Oklah, masa yang ditunggu oleh ramai orang. Ramai yang minta saya letak gambar saya di blog ini.. Ya, masa sudah tiba untuk saya dedahkan diri.. Kalau terserempak tu, tegurlah yer.. hehe.. Inilah diri saya yang tak seberapa.. :)

Amacam?? Hensem tak? Boleh kalah shah rukh khan tau.. hahaha.. Gurau ajer.. Gambar tu gambar lama, 2 tahun lepas. Tapi jangan risau, tak banyak yang berubah. Janggut je kot yang bertambah.. hehe.. Apapun, semoga industri perniagaan internet terus meningkat maju di Malaysia!

Wassalam.

PS. Maaf jika ada ayat-ayat di atas yang tak begitu ‘sedap’. Sekarang ni saya begitu kejarkan masa.. Minggu ni amat sibuk dengan beberapa perkara.

PPS. Kalau nak no tel saya, leh tanya member2 di wangcyber.com :)

PPPS. Maaf kepada yang hantar emel atau pertanyaan kepada saya. InsyaAllah, mana-mana persoalan yang belum terjawab akan saya jawab kemudian.. :)  

yang benar,

mohd zulfadli.

Buah Tangan Kedua!!

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Moga anda semua sihat dan berbahagia hendaknya.

Oklah, seperti yang dijanjikan, saya akan mengumumkan apakah buah tangan yang dimaksudkan tempohari. Buah tangan pertama sudah diumumkan, buah tangan kedua…..

Ebuku eusahawan Terunggul siri 1, terbitan dari krew Tuah Emas telah dilancarkan secara pada hari ini. Tiada komen yang dapat diberikan secara detail, namun setelah membacanya, ia sarat dengan fakta dan mudah difahami.. Amat sesuai untuk para pemula!

Ermm, tak payah banyak cakap, sila ke link di bawah untuk info lanjut dan men-download SECARA PERCUMA..! ;)

http://www.tuahemas.com/forum/showthread.php?t=16

http://www.myusahawan.com

PS. Jangan download dan buat hiasan jer tau, baca dan faham betul-betul.. :)

Wassalam.

Buah Tangan Pertama..

Semalam saya ada berjanji untuk umumkan sesuatu..

Tak perlu taip panjang-panjang, hanya nak beritahu, ‘buah tangan’ yang pertama dah dilancarkan. Ia adalah sebuah ezine atau e-majalah mengenai perniagaan internet. Edisi 1, Mei 2006.

ezine percuma

Nak tahu apa ada dalam emajalah tu? Sila ke http://wangcyber.com

Di sana, anda boleh mendownload ezine tersebut dan anda juga akan mendapat interview eksklusif bersama team saifulsham sepenuhnya jika menyebarkan kepada 3 orang rakan anda mengenai ezine ini..

Moga bermanfaat..

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)