Archive for May, 2006

Cetak Rompak Ebook: PERLU DIBANTERAS!!

Wednesday, May 31st, 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Kita dikejutkan dengan berita, beberapa buah ebook usahawan internet kita telah dicetak rompak dan disebarkan secara PERCUMA. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini amat-amat menyedihkan dan sedikit memberi kesan negatif kepada usahawan internet.

Rata-rata rakyat kita tidak begitu peka dan sensitif dengan hak cipta orang lain dan dengan begitu mudah menyebarkan ebook (terutamanya) secara percuma. Apakah komen anda? Ada cadangan penyelesaian? Undang2 mcm mn? Jom kita bincang agar mereka yg tidak bertanggungjawab yg tidak menghormati hak orang lain tidak berani dan sukar untuk melakukan kesalahan.

Bagi saya buat masa sekarang, suka saya nyatakan, BINALAH KERJASAMA DAN UTUHKAN HUBUNGAN kita dengan usahawan internet yang lain. Sama-sama bantu membantu.. JANGAN MASYUK SORANG DIRI.. BAHAYA.. Kalau mereka yang melakukan sesuatu yang salah dan ada komuniti sendiri dan ada kekuatan, kenapa kita yg di jalan benar ini tidak boleh bersatu dan bantu-membantu?

Jadi, berikan cadangan dan komen anda demi industri yg sedang meningkat naik ini.

Popularity: 25%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

RM1 juta? Mustahil atau tidak??

Tuesday, May 30th, 2006

Satu persoalan yang sering dipertikaikan ramai orang… “Mana logik nak dapat RM1juta melalui internet..”. Malah ada yang megetawakan, bahkan yang lebih teruk menganggap orang yang membuat duit sebanyak RM1juta di internet sebagai penipu, gimik dan tidak benar! huhu.. Tak per tak per, saya golongkan orang sebegitu kepada dua:

1. Yang tidak tahu langsung apa itu perniagaan internet beserta teknik-tekniknya

2. Yang dengki, busuk hati, dan susah nak terima kejayaan orang lain…

Ehem, kalau yang pertama tu ok lagi, cuma jenis yang kedua jangan cepat menafikan..

Oklah, itu hanya mukaddimah sahaja. Sebelum itu, perlu diulangi lagi, RM1 juta melalui PERNIAGAAN INTERNET, BUKAN PROGRAM WANG / PELABURAN. ;)

Sebagai pendek ceritanya, anda boleh membaca perbincangan mengenai RM1juta ini di sini:

http://mohdsuhaimy.com

http://www.saifulsham.com

Popularity: 20%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Rahsia Affiliate Terbongkar..

Thursday, May 25th, 2006

Di kali ini, Sabri sekali lagi menyumbang satu artikel / tulisan yang begitu praktikal dan bermanfaat untuk anda semua. Kali ini, beliau menulis mengenai tips atau rahsia yang perlu anda ambil serius jika inginkan kejayaan di dalam program affiliate.

Selamat membaca.

“Pelik, Mengapa Program Affiliate Yang Anda Sertai Tidak Memberikan Pulangan Walaupun Bagai Nak Rak Anda Mempromosi?”

Jawapannya Terkandung Dalam Artikel Ini. Ketahui Rahsia Sebenar Buat Duit Dengan Program Affiliate.

Salam Ceria Buat Pembaca Dihormati,

Setiap affiliate sudah tentunya mengidamkan komisen yang tinggi hasil promosi dan pemasaran yang dilakukan untuk produk peniaga tersebut. Kadang-kadang mereka menganggap bahawa program affiliate adalah tonik ajaib buat menjana pendapatan di Internet tanpa mempunyai produk sendiri.

Dan yang sedihnya, 80% daripada affiliate di Internet gagal menghasilkan jualan bukan sahaja untuk menyara hidup merekan, bahkan untuk melepasi tahap minimum pembayaran yang ditetapkan oleh peniaga pun mereka tidak mampu.

“3 Taktik Mudah Super Affiliates”

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan kewujudan program-program affiliates tempatan yang kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebenarnya, memasarkan produk sebagai affiliates tidak sukar jika kena caranya.

Dan ia juga tidak mudah seperti yang diidamkan walaupun peniaga telah menyediakan banner, email & iklan-iklan yang boleh digunakan untuk anda. Tanpa membuang masa, mari kita lihat kunci kejayaan Super Affiliates.

Menggunakan Laman Web Unik Bagi Niche Berbeza

Sebelum anda mendaftar dengan program affiliates pilihan anda, seperti perniagaan internet lain, anda perlu mempunyai pelan perniagaan untuk diikuti. Anda perlu maklum, sebagai affiliate anda mempunyai satu kekurangan daripada penjual produk tersebut. Anda kekurangan fleksibiliti. Jadi, pelan perniagaan anda harus menumpukan kepada kekuatan dan kepakaran anda.

Contohnya, jika anda bermodal besar, mungkin anda akan menumpukan kempen pemasaran anda sekitar Enjin Carian Pay Per Click seperti Adwords & Yahoo Search Marketing. Jika anda mempunyai email list pula, kerja anda lagi mudah. Anda hanya perlu menghantar emel rekomendasi kepada subscriber anda.

Namun, bagi kebanyakan anda yang baru bermula, secara amnya saya boleh berkongsi satu petua berharga untuk anda.

Wujudkan Sebuah Laman Web Khas Mengandungi Testimoni, Review & Ulasan

Di laman web ini anda menceritakan sedikit sebanyak pengalaman anda menggunakan produk yang anda promosikan itu. Ceritakan serba sedikit bagaimana keadaan anda sebelum dan selepas anda menggunakan produk tersebut.

Jangan campur adukkan program masakan dengan program latihan nyanyian dan tawaran pelancongan. Bahkan dalam buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kami telah menyentuh mengenai peri pentingnya sesebuah laman web tersebut mempunyai fokus yang akan menjaga kredibilitinya.

Anda juga boleh membandingkan produk tersebut dengan saingan-saingan terdekatnya dalam niche yang sama. (lebih baik lagi jika anda juga adalah affiliates kepada produk satu lagi) Jadi anda tidak akan rugi jika pelawat memilih produk A atau produk B.

Fenomena ini anda dapat saksikan dengan jelas jika anda menaip “hosting review” di Google. Laman web-laman web review ini sebenarnya hanyalah umpan affiliates-affiliates yang ingin mempromosikan pakej hosting berkomisen besar. Lihatlah, setiap link ke laman web hosting berkenaan di letakkan link affiliate mereka.

Pintar bukan?

Memasarkan Dengan Virus Automatik

Anda juga boleh mewujudkan demam dengan menyebarkan virus automatik kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi laman web anda. Awas! Ini bukan jenayah ;)

Anda boleh memberi mereka Laporan atau Ebook Percuma berkenaan dengan niche program affiliate yang anda sedang promosikan. Kekuatan Pemasaran Viral ini adalah apabila pengunjung anda dibenarkan menyebarkan laporan dan ebook percuma tersebut kepada rakan-rakan mereka.

Di dalam ebook dan laporan tersebut pula, anda tidak lupa untuk meletakkan link kembali ke laman web anda ataupun link affiliate anda supaya jika mereka membuat belian, anda yang mendapat komisen.

Saya beri satu contoh;

Jika Ahmad mendownload ebook Petua Pengiklanan Berkesan di http://iklanberkesan.saifulsham.com secara percuma, setelah membacanya beliau mendapati ia sangat menarik dan berfaedah. Beliau menghantar pula ebook tersebut kepada Abu & Ali secara sukarela. Dan situasi ini berulang beberapa kali. Dari seorang bakal pelanggan, anda kini boleh mempunyai sehingga 100 orang bakal pelanggan!

Bagaimana jika seperti kami, anda mempunyai 500 pendownload ebook tersebut dari laman web anda? Tidakkah saban hari, jumlah yang demam akan bertambah banyak dengan berganda-ganda?

Lebih best lagi, bakal pelanggan anda tidak perlu keluarkan sesen pun! Bahkan anda pun tidak kisah jika dicetak rompak. Brand awareness anda juga yang semakin meningkat.

Tapi pastikan juga ebook & laporan ringkas tersebut berkaitan dengan produk yang anda jual.

Dapatkan Sebanyak Mungkin Pelawat Berpotensi

Dalam buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kami telah memberi satu situasi di mana beriklan di radio kecil seperti Radio 3 Pahang adalah lebih menguntungkan dari beriklan di radio-radio Nasional seperti Radio Era. Mahu tahu? Jangan lupa dapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Cuba anda fikirkan, jika laman web anda dikunjungi oleh pelawat yang tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan, sudah tentu mereka akan pergi dan tidak kembali lagi. Bagaimana pula jika laman web anda adalah laman web yang membuat ulasan terhadap novel-novel terbaru yang berada di pasaran. Sentiasa dikemas kini dengan ulasan-ulasan muktahir. Anda juga menghubungkan laman web ulasan anda dengan Amazon.com di mana anda adalah affiliate mereka.

Jika seorang peminat novel datang ke laman web anda dan mendapati ianya penuh dengan informasi, sudah tentu mereka tidak keberatan untuk datang lagi bukan? Bahkan mereka juga akan bookmark laman web anda untuk dilawati berulangkali!

Setiap kali ada buku baru yang menarik yang anda cadangkan, setiap kali itu jugalah mereka beli! Dan setiap kali itu jugalah anda mendapat komisen! Wah, wah, wah… Inilah yang kami katakan buat duit dengan Internet tanpa produk!

Jadi bagaimana caranya anda hendak mendapat pelawat berpotensi ke laman web anda?

Banyakkan menulis artikel-artikel, ulasan-ulasan untuk disumbangkan di direktori-direktori berkaitan!

Secara ringkasnya, inilah 3 kunci asas kejayaan Super Affiliates menjana pendapatan automatik dari internet tanpa sebarang produk. Cuba anda praktikkan tips-tips ini untuk beberapa program affiliates yang anda sertai. Nescaya, hasilnya tidak mengecewakan.

Baiklah, sebagai satu hadiah untuk anda, anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah.

Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan dengan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda

Kotak Informasi:

Sabri Hassan Assa’ari adalah Pengasas SaifulSham.com, Portal Informasi Keusahawan No. 1 Malaysia. Beliau juga merupakan penulis buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di http://www.Saudagar.com.my.

Untuk lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman seperti ini, anda boleh mendaftar sebagai ahli kelab SaifulSham.com di http://www.saifulsham.com/subscribe.php.

=====================================
Produk Berkaitan:

>> Pelajari asas program affiliate dan cara meningkatkan pendapatan affiliate anda. Klik di sini untuk informasi lanjut.
=====================================

Popularity: 100%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Program Internet tu Bisnes ke?

Tuesday, May 23rd, 2006

Kekadang, kita amat mudah teruja apabila sahabat kita atau sesiapa sahaja menceritakan yang dia mendapat income yang banyak melalui internet sahaja. Dan anda dengan keter-ujaan itu, anda pun ingin melakukan hal yang sama sahabat anda buat tersebut. TUNGGU!!

Jangan cepat dan mudah terpengaruh dengan ‘momokan’ mereka kerana pada hakikatnya kebanyakan program di internet amat besar dan tinggi risikonya! Sila jawab soalan ini:

Mahukah anda tidur dengan tidak lenanya kerana memikirkan wang anda ‘di internet’?

Mahukah anda asyik memikirkan untung rugi yang tidak menentu?

Setiap masa dan ketika, anda dikuasai ‘ketakutan’ yang mendalam kerana anda mungkin rugi bila-bila masa sahaja…

Persoalan tersebut akan menghantui anda jika anda menyertai beberapa program wang di internet. Tidak perlulah saya menyebut apakah program tersebut. Jika anda tahu, tahulah, jika tak tahu, inilah yang saya ingin bercerita dan berharap. Cerita apa? Ceritanya, anda jangan cepat menyertai program-program sebegitu. Kenapa? Saya bukan ingin menghalang anda, hanya sekadar pandangan.. Yang mana satu yang anda mahukan, risiko yang rendah atau risiko yang tinggi? Yang kukuh atau yang mudah rapuh?

Program wang begitu disukai oleh ramai orang kerana ia mudah, tapi pada hakikatnya anda perlu melakukan pelaburan dan jika untung, anda akan untung besar, jika rugi, mudah juga untuk rugi besar.. Tambahan, ia tidaklah sekukuh perniagaan internet. ;-)

Harapan? Saya cuma berharap dan mencadangkan, lakukanlah sesuatu yang tidak menyusahkan anda. Cuma satu perkara yang anda perlu tahu, program wang BUKAN bisnes.. Dan ia sudah semestinya tidak akan kekal atau mudah rapuh berbanding empayar bisnes.. Ya, perniagaan juga boleh digulung tikar, itu lain cerita, tetapi bagaimana dengan perniagaan yang kekal berzaman?

Rajinlah berusaha, jangan malas.. Ketahuilah, kita tak akan sampai ke mana kalau hanya ingin melakukan perkara yang mudah rapuh. Alih-alih sampai ke tempat yang sama juga..

PS. Program wang yang dimaksudkan di atas tidak termasuk program affiliate (program ini sah dan termasuk dalam model biz internet).

Popularity: 18%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Streamyx Oh Streamyx | Kerja Saya | Strategi

Saturday, May 20th, 2006

Assalamu’alaikum,

Semoga anda sihat semua.. Syukur kepada Allah, sebab beberapa perkara sudah selesai, tapi ada lagi yang tak selesai. Tak apa, masalah itu adalah perkara yang normal bagi manusia yang hidup.. hehe.. Tak ada masalah, tak normal lah tu.. ;-)

Apapun, kini saya dah boleh online 24 jam sehari, 7 hari seminggu, di rumah sendiri. :) Pagi tadi baru dapat online setelah ‘bertungkus-lumus’ setting sendiri untuk sambungan ke internet.’

Kini, dapatlah saya memfokus segala kudrat yang ada untuk membuat ebisnes yang selama ini hanyalah sekadar part time yang juga sumber sara hidup. Mungkinkah saya akan melakukan ebisnes ini secara full-time? Mungkin ya, mungkin tidak.. Perancangan dan strategi perlu diatur. Yang perlu makan dan minum bukan hanya perut sendiri, tetapi tanggungjawab untuk keluarga juga sudah mula terpikul di bahu ini.

Jika shuth (http://mohdsuhaimy.com) mendapat income pertama di internet sebanyak RM9.00, saya pula mendapat RM5.00 hasil menjual CD Linux Knoppix. Saya cuba menjual untuk mendapatkan pengalaman dan trial and error. Daripada situ, satu demi satu saya menjual dan membuat servis secara online. Serius dari hati, saya amat kurang suka keluar dari rumah untuk melakukan bisnes kerana ia begitu memakan masa yang amat banyak. Namun, tiada jalan senang dan tidak boleh kita menumpukan kepada satu teknik atau cara sahaja. Offline jangan ditinggalkan jika ia memberikan kita pendapatan.. Siapa tak nak duit? Sila angkat tangan.. yang penting adalah perancangan dan strategi anda. InsyaAllah, anda akan lebih jelas dan mudah melakukan jika ada panduan yang terang.

Oklah, setelah ber-offline lebih kurang 2 minggu, kini saya akan ber-online setiap hari jika tiada aktiviti atau program di luar.

Wassalam. :)

PS. Kepada yang belum ada streamyx, rasailah dunia broadband ini. Untuk mendaftar, boleh hubungi saya melalui emel sales(@)smartusaha.com. ;-)

Popularity: 17%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!