Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Usahawan Internet VS Usahawan Konvensional : Apa bezanya?

Pada kali ini, saya ingin menyentuh sedikit perbandingan di antara usahawan internet dan usahawan konvensional. Apakah bezanya di antara dua kategori ini? Banyak bezanya bahkan tidak kurang juga banyak persamaannya.

Perbezaan yang paling ketara adalah cara usaha atau perniagaan yang dilakukan. Usahawan internet melakukan di depan komputer, menggunakan kuasa internet dan kebanyakan perkara dilakukan oleh sistem (automatik). Maka, usahawan internet lebih banyak masa yang terluang untuk perkara-perkara yang lain seperti bersama keluarga, sosial atau apa sahaja. Berlainan pula dengan usahawan biasa ataupun offline, mereka perlu mengejar masa, kerana mereka perlu bersesak-sesak di jalan raya, perlu menepati masa, perlu berdepan dengan pelanggan, dan bermacam lagi. Sebaliknya usahawan internet hanya menggunakan emel, online chatting, support forum, newsletter dan lain-lain teknlogi untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Namun, bukan itu yang saya ingin tekankan pada kali ini. Tidak kisahlah anda menjadi usahawan siber ataupun offline sekalipun, ia tetap memerlukan usaha yang kuat, komitmen, kesungguhan, kerajinan, ilmu, strategi dan pelbagai lagi aspek yang lain. Inilah persamaan yang saya maksudkan. Walaupun menjadi usahawan internet itu lebih mudah, cepat dan rendah risikonya, namun jika anda tidak membuat perancangan, lemah di dalam mengatur strategi, tidak mengoptimumkan penggunaan ‘tools’ dan lain-lain, maka hasil yang akan anda dapat adalah tidak memuaskan.

Pendek katanya, ciri utama di dalam usahawan internet dan usahawan konvensional adalah sama sahaja seperti yang saya nyatakan di atas, iaitu adanya ciri pengurusan yang baik, istiqamah, tidak berputus-asa, belajar perkara yang baru dan pelbagai lagi. Itulah jiwa dan sifat dalaman pada seorang usahawan sepanjang zaman.. Berbaliklah kepada erti usahawan yang sebenar, insyaAllah anda akan menjadi usahawan internet yang berjaya. ;)

Dapatkan ebook idea bisnes luar biasa. Satu panduan yang sesuai untuk anda mendapatkan idea perniagaan. Klik!

Panduan pengurusan kewangan praktikal untuk bakal pengantin. Dapatkan sekarang!

Incoming search terms:

  • persamaan antara usahawan usahawan sosial dan peniaga
  • keusahawanan konvensional
  • persamaan usahawan dan usahawan sosial
  • persamaan antara usahawan sosial dan peniaga
  • perbezaan usahawan islam dan konvensional
  • persamaan usahawan dan peniaga
  • apakah keusahawanan sosial
  • persamaan antara usahawan dengan peniaga
  • persamaan antara usahawan dengan usahawan sosial
  • perbezaan usahawan islamik dan usahawan conventional

Buat Duit Dengan Forum

Di forum wangcyber.com, saya adalah menulis mengenai bagaimana dengan forum, kita dapat memperolehi idea dan seterusnya membuat wang..

Ingin tahu? Ikuti perbincangan di sini:

http://wangcyber.com/forum/viewtopic.php?t=447

Semoga berguna dan bermanfaat untuk anda semua.

Incoming search terms:

  • buat duit dengan bank

Wajah-Wajah Internet Marketer Malaysia + Usahawan Internet

Post kali ni hanya sekadar gambar. Orang kata, sekeping gambar itu memberi sejuta maksud.. :-) Mungkin anda ada tafsiran tersendiri mengenai mereka di bawah.. Jika anda ada komen atau pandangan, sila gunakan form komen dengan klik pada link comments.

#1. Irfan Khairi

irfan

#2. Fione Tan

fione tan

#3. Iszuddin Ismail a.k.a Kidino

kidino

#4. Team Saifulsham

saifulsham

Dari kiri, Syazwan dan Sabri.. hensem kan? cayerlah.. ;-)

#5. Sunny Tan

sunny tan

#6. Gobala Krishnan

gobala_krishnan

Incoming search terms:

  • internet marketer malaysia
  • fione tan gobala
  • smartbiz tblog com

Buat Duit Dengan Google Adsense

Apa khabar para pembaca blog smartusaha semua? Diharapkan anda sihat. Walau saya amat kesibukan juga, mungkin seperti anda, namun saya cuba meluangkan masa untuk mengemaskini dan memasukkan tulisan sebagai rujukan anda semua. Oh ya, sebelum saya meneruskan menyentuh mengenai tajuk di atas, suka saya mengulangi, apakah misi dan matlamat smartusaha.com:

Secara mudah, smartusaha ingin menjadi pusat rujukan perniagaan internet terutama bagi rakyat Malaysia,

Menjadi penghubung antara anda dengan internet marketer Malaysia

Menyampaikan kesedaran kepada rakyat Malaysia akan peluang dan perangkap yang wujud di dalam perniagaan internet

Hmm, itulah antara objektif penubuhan smartusaha.com, insyaAllah..

Baiklah, pada kali ini saya hanya ingin menyatakan secara ringkas, buat duit dengan adsense. Mungkin anda sudah tahu, tapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu hari ini juga. Peluang membuat wang tanpa batas dan tanpa MODAL!! Modal di sini bermaksud tidak perlu beli bahan untuk hasilkan produk, kos pembungkusan dan penghantaran.

Seperti di tulisan saya yg lepas, saya ada bercerita mengenai adsense ini. Sila rujuk di sini:

Buat duit dengan adsense + 1 kesalahan fatal..

Baiklah, untuk buat anda ter-uja, mari kita lihat income seorang orang kita ni:

google adsense

Tengok betul2.. USD tu, bukan RM.. ;-) 254.83 darab 3.8 bersamaan RM968.35. Lebih daripada gaji seorang kerani goverment.. hehe..

Tapi tungguu!!! Tidak semudah yang disangka.. Anda perlu belajar dan jangan berhenti kerja anda sekarang… Nak tahu lebih lanjut? Anda boleh baca di sini:

http://wangcyber.com/google/index.html

InsyaAllah, di lain masa kita bincang lagi mengenai adsense ini… ;-)

Wassalam.

Incoming search terms:

  • nyatakan pandangan anda terhadap organisasi kfc tersebut

‘Posting’ Menarik dan Berguna di SaifulSham.Com

Berikut adalah posting-posting yang begitu berguna untuk anda terutama kepada para pemula di dalam perniagaan internet yang ditulis oleh team saifulsham..

1. Menerima Bayaran Dengan Mudah

Di tulisan ini, anda akan dijelaskan apakah cara terbaik untuk menerima bayaran di internet bagi perniagaan anda, berdasarkan jenis produk yang diniagakan. Perbandingan antara paypal dan 2checkout dibincangkan untuk ‘menentukan’ kesesuaian penggunaan masing-masing bagi jenis produk tertentu (fizikal dan digital).

2. Back-end Selling

Satu teknik ‘menambah’ harga bagi meningkatkan pendapatan anda.. Satu teknik yang perlu anda praktikkan jika inginkan hasil lebih termasuk harga asal produk.. Saya telah mempraktikkan kaedah tersebut sebelum ini.. Ehem, McD dan KFC pun dah buat lama dah.. Cuma kita tak perasan.. :p

3. Kupon

Kali ini saifulsham menulis satu ‘rahsia’ atau cara untuk menjimatkan duit anda di dalam membeli sesuatu bagi perniagaan anda iaitu KUPON.

Semoga anda mengambil manfaat daripada penulisan mereka. InsyaAllah.

Liku-Liku Penulis Blog + Panduan

Apa khabar para pembaca blog smartusaha? Hmm, sudah agak lama sikit saya tak update blog ini. Amat sibuk sedikit dengan tanggungjawab dan kerja lain. Inilah cabaran kepada pemilik blog di mana mereka sebenarnya memikul satu ‘tanggungjawab’ untuk memberikan informasi terutama kepada pembaca mereka yang setia. Blog umpama akhbar harian yang akan dibaca oleh pembaca yg sama, namun jika tiada berita atau info terkini, pembaca tadi sudah tentu kecewa.

Bermula Julai tahun lepas (2005), saya mula menulis blog dengan menggunakan blog yg percuma di tblog.com. Sedikit demi sedikit saya mempelajari bagaimana menggunakan blog yang dikatakan boleh dibuat duit itu. Hehe, buat masa sekarang saya tak buat duit lagi dengan blog saya. Tapi dalam ke arah sana, insyaAllah. Jika anda ingin membaca tulisan2 awal saya yg mungkin macam budak baru belajar di tblog tu, boleh download pakej ebook percuma di http://blog.smartusaha.com/download-ebook-percuma.html. Dalam tu ada satu ebook yang bertajuk smartbiz blog. Saya masukkan semua entry dari tblog tu ke dalam satu dokumen untuk memudahkan anda membaca.

Jadi kepada anda yang mahu menjadi penulis blog, pastikan anda mempersiapkan diri dengan dua perkara penting:

1. Tahu menguruskan hal teknikal blog (install, skrip, config, dan lain-lain)

2. Ada niche dan fokus sendiri

Bagi perkara 1, memang anda boleh meminta bantuan orang lain, tapi dalam masa yang sama cuba pelajari dan kuasai. Kelak nanti mudah jika ada masalah seperti error atau ingin menambah sesuatu seperti kod dan menambah fungsi.

Perkara 2, niche atau fokus bermaksud, anda ada topik yang tidak terlalu meluas. Bukan tidak boleh membicarakan semua benda, tapi anda tidak akan ada arah dan tujuan. Lagipun, sudah banyak mereka yang menulis blog aneka perkara. Dari bangun pagi gosok gigi, berbalah dengan kawan, keluhan perasaan, ekonomi, politik dan macam-macam lagi.

Blog saya ni macam mana pula? Ia fokus semua perkara mengenai ebiz. Tidak ada fokus pada satu aspek. Saya akan bincang semua benda berkaitan ebiz. :-) Itulah fokus saya walau ia agak besar. Tapi yg pasti, blog ini antara yang ter-awal membincng mengenai perniagaan internet. Jadi persaingan agak kurang.

Jadi jika anda ingin membuat blog mengenai ebiz, apa kata fokus kepada satu atau dua topik sahaja. Contoh: Blog yang membincangkan tips dan triks program affiliate atau tips SEO. FOKUS… Apa kelebihan fokus? Salah satunya orang akan tahu blog mana yang patut dirujuk jika ingin membaca mengenai SEO atau affiliate. Sudah jelas maksud saya?

Blog saya di sini adalah ingin memudahkan orang ramai merujuk mengenai apa sahaja pasal ebiz. Dan kemudian mereka melakukan sendiri. Contoh: Anda baca posting ini dan anda bina blog sendiri yang ada fokus dan niche. Datang pula sorang ni, dia baca posting saya mengenai affiliate, dia pun buat program affiliate sendiri (next topic). Itu antara tujuan blog ini iaitu membantu mengenai pelbagai perkara dan memenuhi kehendak orang ramai yang berbeza untuk ebiz. Tapi bagi anda, buat dengan fokus dan unik.

Akhir kata, nak setup blog itu beberapa minit saja (kalau anda tahu-lah). Tapi untuk menjadi penulis blog yang berpanjangan dan serius, adalah satu cabaran. Pesan saya, jangan bina blog hanya melepas batuk di tangga. Ingat analogi saya, blog umpama akhbar harian. Sekali orang anggap blog kita tak terjaga dan tak menarik, amat sukar nak suruh mereka datang lagi.

InsyaAllah saya akan sentuh lagi mengenai blog di lain masa nanti.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)