Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Giliran Anda Pula Menulis!!

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar para pelawat blog smartusaha.com? Diharapkan anda sihat dan sukses di dalam melakukan aktiviti seharian anda.

Baiklah, pada kali ini saya tidak akan menaip panjang lebar seperti mana di hari-hari yang lepas. Pada hari ini, saya ingin anda pula menaip di bahagian komen. Itupun jika anda mahu sajalah.

Apa yg perlu ditaipkan oleh anda? Mudah sahaja, saya hanya mahukan anda memberi pendapat anda terhadap industri perniagaan internet di Malaysia, adakah rakyat kita sudah bersedia atau belum? Bagaimana dengan kelengkapan, kemudahan dan teknologi? Penggunaan kad kredit? Kesedaran rakyat Malaysia terhadap perniagaan internet dan tahap kefahaman mereka di takat mana? Mengapa program skim cepat kaya menyalahgunakan nama perniagaan internet? Apakah jalan penyelesaian? Atau, apa-apa sajalah komen, pendapat, harapan dan pandangan anda mengenai perniagaan internet di Malaysia.

Kepada para pembaca, tidak kiralah anda zero atau tak tahu langsung pasal perniagaan internet, taip sahaja, saya tak tahu, atau saya baru nak bermula, atau saya baru nak ambil tahu.. Kepada yang dah berpengalaman, kami mengalukan pendangan dan kritis ilmiah anda terhadap perkembangan bidang ini di Malaysia.

Saya akan menunggu anda menaip walau sepatah perkataan.. ;-)

Terima kasih.

Tips Khusus Perniagaan Affiliate : Jangan Tak Baca

Saya telah menulis 2 siri tips mengenai program affiliates, tetapi ada satu lagi perkara yang saya tertinggal. Oh ya, ini bukan buah tangan istimewa yang saya janjikan tu, tapi ini adalah tips KHUSUS untuk anda sebagai agen online bagi sesuatu produk.

Dalam kata mudah: JANGAN LAKUKAN SPAM!

Apa itu SPAM? Saya yakin, tidak ramai yang tahu istilah ini. Saya amat yakin. Kenapa? Apabila saya menegur orang yang melakukan e-mel spam ke emel saya, rata-rata mengatakan, “maaflah, saya tak tahu. Budak baru belajar.”. Alasan ini boleh diterima dan tidak boleh diterima. Mengapa boleh diterima? Sebab biasanya pendatang baru atau newbie ke arena perniagaan internet mengambil masa untuk mengetahui mengenai istilah seperti ini.

Dan mengapa pula tidak boleh diterima? Kerana mereka mesti berusaha dan belajar dahulu perkara-perkara asas dan juga etika di internet. Mereka perlu peka. Samalah seperti memandu kenderaan di jalan raya, kalau anda melakukan kesalahan, adakah pihak berkuasa akan menerima alasan anda tidak tahu?? Tidak bukan? Bahkan anda akan tetap disaman. Jadi, begitu juga dengan dunia internet, anda perlu tahu etikanya.

Hmm, jadi apa itu SPAM? Spam adalah emel yang dihantar ke akaun emel orang lain yang anda tidak kenali atau mereka tidak mengenali anda, untuk membuat promosi bagi sesuatu program wang, mempromosi produk jualan anda atau dalam bahasa yang mudah, emel yang tidak diperlukan. Itu adalah maksud yg mudah.

Tetapi, spam ini bukan hanya pada emel, bahkan pada bahagian forum atau ruangan iklan yang tidak berkaitan dengan produk tersebut. Biasanya, emel spam ini akan dihantar kepada banyak penerima dalam satu masa dan secara berulang-kali (kandungan emel yang sama).

Apakah kesannya? Si penerima emel akan memarahi anda, melainkan mereka tidak kisah. Tapi, khusus bagi program affiliate, yang akan memberi kesan mendalam adalah kepada pihak penganjur program affiliate itu sendiri. Sebenarnya, dalam mana-mana program affiliate, spam amatlah dilarang walau mereka tidak menyatakan pada terma dan syarat.

Si penerima emel spam juga terganggu dengan emel spam dan membazirkan masa mereka sahaja kerana mereka tidak memerlukan pun emel itu atau info yang anda berikan. Anda juga perlu tahu, pihak syarikat hosting juga akan terlibat dalam hal ini iaitu hosting yang disewa oleh pihak produk affiliate. Syarikat hosting amat melarang keras spam kepada si pemilik hosting (penyewa – pihak produk affiliate) di dalam terma dan syarat mereka.

Jika di luar negara, sudah ada undang-undang untuk spam ini, bahkan sudah banyak kes spam yang telah dibawa ke mahkamah!! Anda yang melakukan spam bernasib baik (tapi sampai bila?), kerana di Malaysia belum ada undang2 sebegitu. Saya masih kurang pasti, adakah negara kita Malaysia sudah ada undang-undang yang khusus untuk SPAM ini.

Apa yang saya tahu, belum ada, tetapi spam ini termasuk secara umum di dalam Akta Komunikadi dan Multimedia. Mereka yang melakukan spam sebenarnya boleh didakwa dengan akta tersebut yang mana kesalahan melakukan spam telah tersebut secara umum di bawah seksyen 233 (1) (b) yang melarang sebarang komunikasi menggunakan perkhidmatan aplikasi (termasuk internet dan perkhidmatan telefon selular) dengan tujuan untuk mengancam, mengganggu, menyalahgunakan dan menimbulkan kemarahan individu.

Pastikan, anda tidak didakwa, hati-hati. Hehe.. Ini bukan gurauan dari saya, tapi jika anda berani mengambil risiko, teruskan amalan spam anda! ;-)

Dapat kita lihat, bahawa spam ini amat memberikan kesan buruk kepada pelbagai pihak, bukan hanya kepada anda (hilang nilai profesional) kerana dianggap tidak beretika, nama penganjur program affiliate juga mendapat kesan tersebut, dan begitu juga kepada pihak syarikat hosting.

Bagi pihak penerima, emel spam juga mengganggu produktiviti kerana jika penerima emel itu adalah pekerja di sebuah syarikat (maksudnya menggunakan akaun emel korporat), ataupun penerima itu adalah orang bisnes, proses produktiviti mereka akan terganggu kerana emel SPAM! Ya lah, mereka membazirkan masa hanya kerana emel anda spam anda, yg sepatutnya mereka gunakan untuk bekerja dan menghasilkan produktiviti.

Selain itu, pihak pemilik emel terutamanya pihak korporat, terpaksa melabur wang semata-mata untuk membeli dan menyelenggara sistem penapisan emel spam. Walau sesaat, anda perlu tahu, dan anda tahu, masa sekarang amat bernilai.. Jadi, janganlah lakukan SPAM ke emel orang yang anda tidak kenali. Jangan sesekali!

Kepada pihak hosting dan juga pihak pengurusan program affiliate, jangan lupa menasihati atau ambil serius mengenai hal ini. Ia menentukan reputasi dan nilai profesional anda, di samping melancarkan perniagaan anda. Salah satu cara, hantarkan info kepada peserta affiliate anda melalui newsletter dan letakkan di dalam terma dan syarat penyertaan.

Persoalannya sekarang, apakah jalan lain untuk membuat promosi melalui emel dengan cara yang sah selain melakukan emel spam? Salah satunya, rujuk siri ke-dua tips program affiliate saya. Salah satunya adalah memungut emel bakal pelanggan anda dengan menggunakan teknik mailing list atau dikenali juga opt-in list. Saya akan sentuh mengenai teknik ini kelak.

Saya akan menyentuh lagi hal SPAM ini di lain masa nanti. Sila rujuki laman web ini untuk info mengenai spam:

http://tinyurl.com/rbonj – takrifan SPAM (carian google, define:SPAM)

http://www.niser.org.my/news/2004_10_11_02.html – Pengguna terbabit aktiviti spam boleh didakwa
11th October 2004 (Berita Harian)

http://spam.abuse.net

http://www.spamlaws.com/federal/index.shtml – contoh undang2 di Amerika

http://www.spamlaws.com/cases/index.shtml – contoh kes mahkamah :-) *anda perlu perisian PDF untuk melihat contoh2 kes

no spam :-) hehe..

* sumber imej: http://www.sigg3.net/blogger/spam.jpg

Siri 2 : 5 Tips Mudah Program Affiliate

Setelah anda mengetahui sedikit-sebanyak apa itu program affiliate, dan anda telah mendaftar program affiliate tertentu, sudah tiba masanya untuk anda mempromosikan. Sebelum itu, ingin saya nyatakan bahawa saya tidak menceritakan sejelasnya semua bentuk program affiliate dan saya juga tidak menyatakan, bagaimana untuk memilih program affiliate yang sesuai dan yang sepatutnya. Mengenai huraian saya di sini, saya hanya mengaitkan pay-per-sale sahaja terlebih dahulu. Dan saya telah mencadangkan dua program affiliate di Malaysia iaitu maskahwin.com dan ideabisnesluarbiasa.com.

Pemilihan program ini adalah kerana kedua program tersebut adalah dipercayai dan tiada unsur scam selain tuan empunya sendiri tidak menyembunyikan info perobadi mereka. Program sebeginilah yang patut anda ikuti. Mengenai soal komisen, rendah atau tinggi, pada pendapat peribadi saya, itu perkara kedua kerana yang pertama sekali adalah anda boleh menggunakan program tersebut untuk menceburi bidang ini (affiiate). Apabila telah ‘menguasai’ teknik-teknik dan strategi, anda boleh lah mencuba dan menyertai program affiliate di luar. Namun terserah, anda juga boleh terus melakukan program affiliate di luar sana bersama dengan program affiliate di negara sendiri.

Baiklah, pada siri kedua, saya akan memberikan beberapa tips ringkas yang boleh anda lakukan untuk proses pemasaran produk affiliate ini.

1. Laman web yang niche atau unik. Seeloknya, anda mempunyai website khusus untuk membicarakan mengenai sesuatu yang berkaitan dengan produk tersebut. Sebagai contoh, anda membina sebuah website atau portal khusus untuk membincangkan mengenai hal ehwal perkahwinan. Hmm, ini idea saya ni, jangan sesiapa ambik yer.. hehe.. Kemudian, letakkan banner, atau iklan di portal tersebut di mana-mana ruang yang strategik.

2. Newsletter. Dan tidak cukup dengan hanya meletak iklan atau imej produk pada laman web, anda juga perlu atau boleh menyediakan newsletter percuma di laman web tersebut. Hantarlah apa-apa info/newsletter mengenai perkahwinan (jika produk berkaitan perkahwinan seperti buku maskahwin yang hilang), dan di akhir tulisan tersebut, letakkan info mengenai produk yg dipromosi tersebut. Namun, anda sebenarnya tidak wajib pun memerlukan website untuk mempromosikan produk affiliate, tetapi saya amat menggalakkannya.

3. Menulis Artikel. Teknik ini amat berkesan dan saya telah berhasil mendapat jualan dengan cara ini. ;-) Tulis artikel mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan produk affiliate tersebut. Contohnya bagi produk ideabisnesluarbiasa.com, anda boleh menulis mengenai pentingnya idea yang unik, idea kecil membawa hasil dan apa sahaja yang berkaitan! :-) Letakkan artikel tersebut di mana-mana direktori artikel seperti di http://artikel.smartusaha.com (trafik boleh lah tahan.. ;) ) atau di ruang-ruang forum yang disediakan. Boleh juga meletak di laman web anda sebagai artikel rujukan dan benarkan artikel tersebut di-edar oleh orang lain dengan meletakkan syarat isi artikel dan info anda tidak diubah.

4. Menyertai forum. Anda selalu ‘membazirkan masa’ di forum? Kini tiba masanya menambah pendapatan di samping ber-forum. Haaa, jangan ngada-ngada nak letak iklan sesuka hati k. :-) Jika forum tersebut menyediakan ruang iklan, gunakan ruang tersebut. Dan, jangan lupa satu fungsi lain iaitu meletakkan link anda di bahagian signature. Harap anda ambil tahu fungsi ini. Dengan meletak link ini di bahagian signature, orang akan selalu melihat link tersebut kerana ia berada tepat di akhir ayat tulisan anda. Satu bahagian yang strategik. Seperkara yang perlu anda ingat, apabila ber-iklan di forum, bersiap-sedialah untuk melayan pertanyaan dan komen orang lain.. hehe.. Anda kena rajin sikit buat follow-up kat forum dengan melayan pelbagai karenah dan kata-kata manusia. Maksud saya, jika anda mengiklan di ruangan iklan di forum yang menyediakan ruang tersebut.

5. Pertukaran Link. Lakukan pertukaran link URL laman web anda atau URL produk affiliate dengan laman web orang lain. Satu pesanan, pilih hanya website yang mempunyai trafik yang tinggi. Ini amat baik untuk laman web anda. Tidak bermakna website yang trafiknya rendah tidak perlu dibuat pertukaran link, ambil apa sahaja ruang yang ada. Rezeki manusia siapa yang tahu? Buatlah pertukaran dengan kawan-kawan siber anda.
Cukup lima tips itu terlebih dahulu secara ringkas. Ada lagi teknik lain yang boleh anda aplikasikan, tetapi teknik-teknik di atas walaupun nampak mudah, tetapi ia berkesan.

Peringatan daripada saya, jangan hanya fokus kepada satu teknik sahaja, tetapi pelbagaikan. Dan anda perlu tahu, tidak semestinya laman web yang ber-trafik tinggi yang terletaknya URL web anda, tidak semestinya semua trafik (pelawat web) akan klik URL anda, tetapi kelebihannya adalah peratusan untuk anda mendapat trafik ke web affiliate anda lebih besar. Sebab itulah saya menyarankan anda mempelbagaikan teknik.

Dan tahukan anda?? Tips-tips di atas sebenarnya adalah juga untuk mempromosikan produk anda sendiri (jika ada). Dan, saya hanya menyentuh mengenai teknik secara online sahaja tanpa menyentuh teknik secara offline seperti flyers, poster, iklan di akhbar dan lain-lain lagi. Jika anda ingin menggunakan teknik offline, silakan.. Saya tak akan terangkannya di sini sebab ingin fokus kepada teknik online sahaja.. ;-)

Walaupun tips yang saya kongsikan bersama tidaklah hebat sangat atau boleh didapati di laman web lain (biasanya english), saya hanya ingin berkongsi dan semestinya di dalam bahasa melayu. ;-) Matlamat saya adalah untuk membantu mereka yang ingin melakukan perniagaan internet walaupun saya bukanlah di tahap pakar..

Dan kepada yang dah expert atau yang dah tahu, ketahuilah, blog saya ini saya lebih fokuskan kepada newbie atau yang masih kosong atau masih baru bermula. Jadi, mungkin tulisan saya agak menjemukan anda. ;-) Harapan saya, berilah tips atau idea yang bernas di bahagian komen yang disediakan. Mungkin saya tertinggal info atau fakta, anda tambah atau betulkan..

Baiklah, apakah tips dan teknik yang akan saya berikan selepas ini? Ermm, saya sendiri pun belum pasti lagi.. hehe.. Apa kata anda praktikkan lima teknik di atas terlebih dahulu. InsyaAllah, saya ada lagi buah tangan untuk anda, tetapi bila, saya tak dapat berjanji, tetapi saya akan usahakan. Sesuatu istimewa untuk anda.. Saya akan cuba.. ;-) Cuma tugas anda, selalulah menjenguk blog yang usang ini.. :-( hehe..

Wassalam, jumpa lagi!

Siri 1 Tips Affiliate : Bagaimana Program Affiliate Berfungsi

Hmm, adakah anda setia menanti janji saya? Jangan takut janji saya tak ditunai.. InsyaAllah saya akan tetap menunaikannya walaupun saya amat sibuk dengan pelbagai tanggungjawab di sini. Demi anda yang mahu membina perniagaan internet, saya sudi membantu!

Pada siri yang pertama ini, tiada tips praktikal yang akan saya berikan. Cuma mukaddimah dan ada satu hadiah untuk anda yg juga merupakan tugasan untuk anda lakukan. Ce wah zul, macam cikgu pulak yer.. hehe.. InsyaAllah, cikgu internet marketing. ;-)

Oklah, untuk mukaddimah siri tips affiliate ini, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai program affiliate. Tak tahu maka tak tahu lah kan? :-) Program Affiliate samalah seperti anda menjadi agen bagi sesebuah syarikat atau penjual sesuatu produk. Namun jika dengan online, anda tidak perlu bersusah payah untuk menapak keluar dari rumah. Hanya perlu berada di depan pc sahaja!! Mudah bukan?

Itulah kehebatan dunia internet.. Lebih-lebih jika anda tahu caranya.. So, mari belajar.. Berbalik kepada program affiliate, terdapat pelbagai jenis program affiliate seperti pay-per-sale, pay-per-click, dan macam2 lagi. Apa yg saya ingin ajarkan kepada anda sekarang adalah pay-per-sale iaitu anda akan mendapat komisen apabila berjaya menjual bagi setiap produk.

Bagaimana ia berfungsi atau bagaimana cara kerjanya? Ok, apabila anda telah mendaftar, anda akan diberikan satu link yang mengandungi id yang telah anda daftarkan. Cara paling mudah untuk mempromosikan produk affiliate itu adalah dengan meletak link itu bersama sedikit keterangan di mana2 ruang iklan atau forum. Itu lah langkah yg paling mudah dan ‘malas’. ;-) Bukan malas bertindak, tapi ‘malas’ di sini bermaksud ada lagi teknik lain yang perlu usaha sedikit yang mana akan lebih memberi momentum kepada pendapatan jualan anda!

Apakah teknik2 itu, siri-siri akan datang akan saya bawakan teknik tersebut. Baik, berbalik kepada link tadi, apabila user atau bakal pembeli klik link anda, sistem affiliate akan automatik memasukkan ‘cookies’ ke dalam pc user tadi. Erkk, bukan biskut cookies yer.. hehe.. Apa itu cookies? ‘Cookies’ ini merupakan satu file yang megandungi maklumat anda agar sistem dapat track pembeli membeli daripada anda..

Jadi, anda tak perlu risau jika user tadi tidak membeli pada waktu itu dengan link anda, kerana di lain masa jika user tadi memasuki laman web produk itu, sistem akan tetap menetapkan user tadi membeli melalui anda. Lainlah jika user tadi telah memadam cookies tadi, tetapi tidak ramai yang tahu cara nak delete cookies tu.. ;-) Nak tahu cara dia, hmm, kena tanya yang tahu.. hehe..

Setelah user tadi membeli, pihak pengurusan akan menyemak pembelian dan akan memasukkan nilai komisen ke akaun anda jika ada pembelian melalui link anda tadi. Memasukkan? Ya, dalam kes Malaysia, rata2 program affiliate menggunakan cara pembayaran menggunakan online banking. Komisen anda tidak secara automatik dimasukkan ke dalam akaun affiliate anda. Jangan risau, sebab segala-galanya akan direkod oleh sistem bahawa produk tersebut telah dibeli melalui link anda dan hanya menunggu pihak admin mengetik mouse sekali sahaja untuk mengesahkan komisen anda.

Rata-rata program affiliate menetapkan nilai minimum untuk pembayaran komisen. Seperti program affiliate di http://ideabisnesluarbiasa.com, nilai minimum adalah RM30. Jadi, setelah mencapai jumlah itu ataupun lebih, barulah pihak pengurusan akan membayar komisen kepada anda. Seperkara lagi, bayaran komisen tersebut adalah setiap bulan dan bagi contoh tadi, pembayaran akan dilakukan pada setiap 15hb bagi setiap bulan.

Mengapa bukan setiap hari? Atau setiap minggu? Itu terserah kepada pihak pengurusan dan yang pasti, ia untuk memudahkan anda juga kerana dengan pembayaran yang berkala, perniagaan affiliate yang anda sertai itu akan terus berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, di samping memudahkan pihak pengurusan mengemaskini data dan sebagainya. Anda akan tahu mengapa apabila anda menjadi bos affiliate kelak.. ;-)

Sekali lagi, saya hanya bercerita mengenai program affiliate yang ada di Malaysia dahulu dan sudah pasti saya akan sentuh hal2 yang kita aplikasikan sekarang seperti penggunaan online banking. Yang lain2 seperti penggunaan kad kredit dan seumpamanya, kita cerita lain kali…

[Siri ke-2, klik di sini]

P.S: Oh ya, sudah mendaftar program affiliate di bawah? Jika belum, daftar sekarang agar anda dapat mempraktikkan apa yang akan dipelajari di sini..

http://www.ideabisnesluarbiasa.com

Jumpa lagi!!

Program Affiliate yang boleh anda sertai..

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Selama ini, agak jarang saya menyentuh mengenai program affiliate yang mana ia merupakan salah satu model perniagaan internet. Dengan perniagaan affiliate ini, anda boleh menambah pendapatan dengan ‘mudah’ tanpa perlu memikirkan produk untuk dijual, tidak perlukan modal bahkan tidak perlu mempunyai website.

Menarik bukan? Inilah kehebatan sistem ini, lebih-lebih jika anda melaksanakan program affiliate sendiri, iaitu melantik agen secara online. Anda hanya mengurus dan agen-agen anda akan membantu membuat jualan untuk anda!

Baiklah, kali ini bukan saya ingin menyuruh anda membuka perniagaan affiliate sendiri, tetapi saya akan menyentuh sedikit mengenai program affiliate untuk anda menambah pendapatan sampingan melaui internet tanpa perlu bersusah payah. Kerja atau tugas anda hanyalah mempromosi sahaja! TETAPI!! Haha, ada lagi tetapi tu.. Ia bukan semudah yang disangka oleh anda. Bukan hanya mengiklan dan memberikan link begitu sahaja, perniagaan affiliate ini juga memerlukan strategi, teknik, triks dan promosi yang betul.

Wahh, susah jugak yer.. Hehe, tunggu! Saper kata susah? Kita berniaga di internet, sama juga berniaga secara offline. Adab, etika, peraturan, teknik semua juga perlu ada di internet. Ia semua akan menjadi mudah jika anda INGIN BELAJAR! maaf jika saya berkata, kebanyakan kita hanya mahu buat duit, tapi amat ‘malas’ membuat duit dengan berilmu. Hmm, macam mana tu zul? Begini, anda perlu pelajari apakah teknik berkesan di dalam melakukan pemasaran atau promosi produk affiliate yang anda sertai. Bukan hanya mengiklan, menyuruh orang membeli, atau buat emel SPAM :-) , tapi ia lebih dari itu. Banyak lagi teknik dan perkara bersangkutan yang perlu anda ketahui…

Oklah, cukuplah mukaddimah saya di atas.. Untuk langkah pertama, anda daftar dahulu program affiliate di bawah. InsyaAllah, selepas ini saya akan memaparkan tips yang berkaitan dengan program affiliate untuk dikongsi bersama.

Program 1: Buku Maskahwin Yang Hilang
http://www.maskahwin.com/agen/

Program 2: Ebook Idea Bisnes Luar Biasa
http://www.ideabisnesluarbiasa.com

* Untuk program kedua, anda perlu klik pada menu menjadi agen di bahagian bawah laman web tersebut. 

InsyaAllah, saya akan memaparkan tips, triks, ebook percuma dan panduan untuk anda di dalam beberapa siri posting saya di blog ini. Tunggu, jangan tak tunggu! :-D

p/s: Ada lagi program affiliate lain, tapi buat masa sekarang, kita daftar yang dua tu dulu untuk proses pembelajaran.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)