Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tips Persaingan Sihat..

Ingin saya nyatakan terlebih dahulu kepada anda, saya pasti dan akan pasti merujuk kepada panduan Agama Islam di dalam menulis sesuatu topik di dalam blog ini. Mesti ada yang bertanya, mengapa begitu? Kita kan masyarakat majmuk, berbilang Agama..? Ketahuilah bahawa, Islam itu datang untuk semua bangsa dan manusia, sesuai digunapakai oleh sesiapa sahaja, bersifat universal.. -tamat jawapan-. :-)

Berkaitan dengan tajuk di atas, saya akan mengemukakan tips persaingan dan dalam kes ini adalah perniagaan internet. Seringkali kita melihat, kebanyakan usahawan internet yang menjual produk yang sama akan meng-klaim (mendakwa) merekalah yang terbaik. Itu ok lagilah, namun yang paling tak ok dan tak baik, nama pihak lain disebut-sebut akan kelemahan dan kekurangannya.

Tahukah anda, kita tak perlu pun memperbandingkan atau susah-susah memperkatakan kelemahan orang lain? Di dalam perniagaan internet, para pakar memberi tips: SEBUTLAH KEISTIMEWAAN PRODUK ANDA & PRODUK ANDA ITU ADA NICHE/UNIK. Mudah bukan? Jika orang jual hosting, dan kita pun nak jual hosting, kita buatlah plan pemasaran hosting yang lain dari yang lain. Kalau boleh, buat yang tak pernah orang buat lagi dan mampu dimiliki oleh semua orang.. – Ehem, apa khabar sempoihosting.com? – Begitu juga dengan produk-produk lain, jika orang jual buku cara mengurut badan, anda juallah buku cara mengurut untuk menghilangkan penyakit sembelit! Ops, boleh ker tukang urut? Ya ada, urut refleksi.. Agak-agak, berapa ramai yang sakit sembelit yer. Nampak tak? Bidang sama (urut), tapi tajuk kedua lebih spesifik. Orang yang sakit sembelit tak nak tahu pasal sakit lain, mereka hanya nak tahu dan nak sembuhkan penyakit sembelit mereka sahaja!!

Nampak idea ini? Itulah niche dan itulah salah satu cara untuk anda bersaing dengan mereka yang lain. Nampak macam tak bersaing bukan? So, terjawablah, tak perlu lagi untuk anda membawa dan memperkatakan kelemahan produk orang lain!

Itu niche.. Tak cukup ada produk yang niche, anda mesti berulang kali menyebut-nyebut kelebihan dan keistimewaan produk / servis anda. Sebut dan sebut dan sebut.. :-) Berapa kali sebut daa.. hehe, yer, kena sebut banyak kali dan berulang kali. Keistimewaan di sini bermaksud, apa yang pembeli/pengguna akan dapat? Sebut dan sebut. Sebab itu yang mereka nak tahu. Mereka tak nak tahu sejarah, mereka tak nak ambil tahu cerita lain, tapi mereka nak tahu apa yang mereka akan dapat.. Itulah biasanya. Anda pun begitukan semasa ingin membeli produk? “Hmm, sos tiram ni boleh bagi masakan aku lebih sedap ker?”. Jeng jeng jeng!! Terbukti bukan?

Sebut dan sebut di sini bukanlah menyebut benda yang sama di dalam laman web anda. Boleh, tetapi yang dimaksudkan juga sebut berulang-kali adalah anda senaraikan pelbagai keistimewaan produk anda. Bukan hanya senaraikan, tetapi ada sedikit penjelasan yang terang dan mudah difahami.

FORMULA : NICHE + SEBUT KEISTIMEWAAN – CERITA KEBURUKAN PRODUK LAIN

Tahniah, anda telah bersaing dengan hebat! :-)

Pesanan: “jangan cari lawan, tapi cari kawan..”.

mohd zulfadli,
bakal perunding cara pemasaran internet, insyaAllah.

Incoming search terms:

  • kebaikan persaingan
  • apa itu persaingan sihat
  • apakah persaingan dalam internet marketing
  • cara nak sembuhkan sembelit
  • kebaikan persaingan dalam perniagaan
  • keburukan persaingan dalan bisnes
  • persaingan dalam perniagaan islam
  • persaingan sihat dalam perniagaan
  • persaingan tidak sihat dalam perniagaan

Bila Sudah Berjaya…

Mungkin topik kali ini lari tajuk sedikit, tapi ia juga ada kaitan dengan perniagaan dan keusahawanan internet. Ini hanyalah pendapat saya semata, mungkin ada salah dan silap.. Perbetulkan.
Kelak, bila anda sudah berjaya menjadi usahawan internet, telah menerbitkan buku, menjadi pengajar mengenai perniagaan internet (mengadakan seminar, bengkel, kursus..), apakah yang akan anda lakukan? Dan, bagaimanakah anda ketika itu?

Daripada pemerhatian saya, tidak kisahlah di negara mana sekalipun, kebanyakan usahawan internet yang telah berjaya masing-masing ingin mengatakan mereka adalah yang terbaik, yang terbagus dan tidak perlu merujuk orang lain lagi. Cukup mereka seorang sahaja. Sifat ini bagi saya bukanlah satu sifat yang wajar diutamakan.. Lebih-lebih lagi jika kita mengatakan, kita datang membawa kelebihan yang tiada pada usahawan internet yang lain, lantas mengatakan mereka yang lain itu hanya teori semata-mata, hanya mahukan wang semata-mata..

Jika kita melakukan sebegini dengan menyatakan yang kita hebat, lain dari yang lain, produk kita bagus; dengan membuat pernyataan sebegitu, sebenarnya kita telah ‘menempah’ satu tiket ‘kebencian’ daripada pelbagai pihak.. Ya, andaikata kata-kata kita itu tidak terbukti, maka kita akan dicaci, dikeji dan akan ‘disenarai-hitamkan..’. Hati-hatilah di dalam berkata-kata, kerana ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..’. Setelah berkata, anda sudah mula berada di dalam ‘zon bahaya’.

Jadi apa yang perlu kita katakan? Pertama, jika benar dakwaan orang lain ada kekurangan, apakah salahnya jika kita saling bantu-membantu? Hulurkan idea, pandangan dan cadangan yang bernas untuk mereka memperbaiki apa yang silap atau kurang itu? Bukan dengan menperkatakan mereka, kerana ia amat mudah tergolong di dalam fitnah dan umpatan.. Amat besar kesannya.. Selain itu, cukuplah kita melaksanakan apa yang kita ada, gunakan kelebihan kita dan bukan mengambil kelemahan orang lain untuk memperjatuhkan mereka.

Dalam soal ini, adalah menjadi hak pengguna untuk memilih, menilai dan menentukan siapakah yang terbaik, bukan kita. Kita hanya menyatakan apakah perbezaaan kita dan kelebihan kita, bukan berlebih-lebih mengatakan kita adalah yang terbaik. Dan kita hanya menyatakan apa yang patut atau tidak patut dilakukan. Orang kata, angkat bakul sendiri; Walaupun hakikatnya benar kita adalah lebih hebat daripada orang lain, namun kita tidak layak untuk mendakwa kita adalah yang terbaik.

Kesimpulannya di sini, janganlah merendah-rendahkan orang lain dan jangan memperburukkan orang lain walaupun dengan cara sindiran, lebih-lebih lagi apa yang mereka lakukan adalah perkara yang betul, walaupun ada ruang-ruang kekurangan. Jangan terus menolak mereka, kerana ia umpama berlian yang diselaputi lumpur.. Sama-sama kita mengambilnya dan menggilapnya.. Tinggal yang kurang dan ambil yang baik.

Harapannya agar, kita tidak bersaing dengan cara yang ‘kotor’. Di dalam Islam, persaingan dengan menjatuhkan dan merendah-rendahkan orang lain adalah dilarang sama sekali, lebih-lebih lagi orang yang kita perkatakan itu samada dengan sindiran atau terangan adalah saudara seIslam kita sendiri. Persaingan cara kotor itu adalah metod dan kaedah yang tidak terdapat di dalam Islam. Sebaliknya Islam mengajar kita bekerjasama, tegur-menegur dengan hikmah dan saling lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain. Pokoknya adalah, BUKAN KEPENTINGAN INDIVIDU, tetapi kepentingan bersama. Islam juga melarang kita memperkatakan kelemahan dan keburukan orang lain secara terang-terangan lebih-lebih lagi mereka itu bukanlah golongan yang merbahaya. Kaitan dengan kita sebagai pengajar atau usahawan internet yang telah berjaya, adalah, hati-hati dengan ayat-ayat ataupun tulisan kita samada semasa berkata, berceramah, di laman web, artikel atau buku.

Ketahuilah, tiada manusia yang sempurna atau lengkap di dunia ini! Semua saling perlu memerlukan, bantu-membantu.. Jika anda mengatakan orang lain tidak hebat, tunggulah masanya untuk orang lain pula mengatakan anda bukanlah hebat sangat!

“jangan menipu diri sendiri dan jadilah orang yang cerah akal dan hatinya..”.

Ikhlas,

mohd zulfadli

Bakal Perunding Cara Pemasaran Internet. :-) InsyaAllah.

Local Market Vs International Market

Apabila anda ingin melakukan atau telah melaksanakan perniagaan internet, satu persoalan yang biasanya timbul adalah, pasaran mana yang perlu anda ‘kuasai’ dengan produk dan servis anda?

Persoalan ini dapat dijawab dengan mudah iaitu lihat apakah servis / produk anda. Jika produk yang anda jual itu sesuai dengan semua masyarakat antarabangsa, maka silalah mengambil peluang untuk memasarkan produk anda ke international market tersebut. Salah satu keuntungan apabila anda menjual produk ke luar negara, keuntungan anda adalah 3 hingga 8 kali ganda berbanding dengan nilai setempat anda (negara). Jika RM1.00 untung jualan anda, maka RM3.80 untung anda bagi pasaran luar negara jika menggunakan matawang USD.

Jika produk anda hanya menumpu kepada pasaran setempat, anda perlu mempunyai strategi. Salah satunya adalah ‘niche’ (unik). Sebab itulah sebelum anda memilih produk, anda perlu mengkaji pasaran sedia ada terlebih dahulu. Maksudnya, melihat kepada keperluan yang amat sangat bagi sesuatu pasaran sasaran. Anda perlu tahu, tidak semua produk sesuai untuk pasaran antarabangsa. Jika anda menjual produk yang sudah ramai orang menjualnya di internet, bermaksud anda memasuki persaingan yang sengit..

Oleh itu, sebelum anda memulakan perniagaan internet anda, pastikan pasaran manakah yang anda ingin masuki. Salah satu atau kedua-duanya? Jika kedua-dua, apakah produk yang sesuai untuk kedua-dua pasaran itu? Jika setempat, pastikan produk anda itu dikehendaki ramai. Jangan melihat hebatnya produk anda, tetapi produk itu mestilah sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai (pasaran bertumpu). Ini kerana, tidak semestinya produk yang hebat, semua orang memerlukannya. Mengenai pasaran bertumpu ini, saya ada menerangkan pada tulisan yang lepas. Jadi, buatlah kajian terlebih dahulu, apakah masalah yang dihadapi ramai orang dan jual sesuatu produk/servis untuk selesaikan masalah mereka. Konsep atau kaedah ini boleh diaplikasikan untuk pasaran setempat ataupun global.

Terserah kepada anda, pasaran mana satu yang anda ingin sertai. Cuma, jika pasaran global, anda perlulah mempunyai pengetahuan bahasa inggeris yang asas. Tahu menulis, mendengar, bercakap dan membaca. Jika itu anda sudah ada, sudah tiba masanya untuk anda meluaskan perniagaan anda ke luar. Namun, jika pasaran setempat anda lupakan, anda telah melepaskan sebuah pasaran yang mudah untuk anda kuasai, sebab ia adalah ‘kawasan’ (negara) anda sendiri..

“hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Lebih baik negeri sendiri..”. :-)

Lakukanlah yang terbaik walau pasaran manapun yang anda sertai..

Zulfadli.

http://www.smartusaha.com

http://homebiz.smartusaha.com

Incoming search terms:

  • local market and international market
  • pasaran local dan luar negara

AWAS Pemilik Blog WordPress : SPAM!!

Saya mempunyai blog lain selain daripada yang ini. Hampir setiap hari blog saya di-spam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan software automatik.. Saya pun tak tahu software tu macam mana. :-) Tapi, software atau tools yang dipakai itu akan menghantar komen SPAM ke blog kita secara automatik. Komen yang sama, tetapi dihantar banyak kali.

Tujuan mereka ialah supaya pemilik blog atau pelawat blog kita mengunjungi laman web mereka untuk keuntungan. Samada mereka menjual barang atau apa saja seperti judi/poker.

Namun anda jangan risau (samada anda sudah kena atau akan kena :-) ). Terdapat plug-ins yang boleh anda gunakan. Seperti sekarang, saya menggunakan dua pelug-ins. Hehe, saja nak bagi kebal lebih sikit..

Salah satu plug-ins adalah pengguna yang ingin memberi komen, perlu menjawab soalan matematik mudah iaitu hasil tambah dua nombor. Satu lagi adalah pengguna perlu memasukkan kod yang terpapar ke dalam textbox.

Untuk install, mudah sahaja. Download dahulu plug-ins tersebut dan unzip-kan jika fail tersebut dalam bentuk zip. Kemudian upload ke dalam folder wordpress anda di /wp-content/plugins. Untuk upload, salah satu caranya ialah menggunakan FTP atau File Manager Cpanel Hosting anda.

Masuk ke dalam control panel (bahagian admin) blog anda dan klik menu Plugins. Anda akan dipaparkan senarai plugins yang ada. Activatekan plugins yang anda telah upload tadi. Ada plugins yang memerlukan anda setting di bahagian options. Sila baca file readme atau keterangan di laman web plugins yang anda download untuk cara gunanya.

Di sini saya berikan link plugins untuk kaedah satu tadi iaitu soalan matematik:

http://www.herod.net/dypm/

Lain-lain plugins anda boleh rujuk dan download di sini:

http://codex.wordpress.org/Plugins/Spam_Tools

Semoga anda BEBAS daripada serangan SPAM.. :-)

Kriteria Usahawan Internet

oleh: Irfan Khairi

Salam sejahtera,

Sering saya di tanya, apa yang perlu ada pada seseorang itu untuk berjaya dalam bidang perniagaan Internet. Apakah kriteria seseorang usahawan Internet.

Bila difikirkan, jawapannya tidak jauh lari daripada apakah kriteria seorang usahawan bukan Internet. Kreatif, inovatif, berpandangan jauh, sanggup mengambil risiko, tidak mudah putus asa, bijak membahagikan tugas dan sebagainya menjadi norma bagi kriteria seorang usahawan. Untuk menjadi usahawan Internet yang berjaya, kesemua kriteria yang dimiliki oleh usahawan bukan Internet perlu ada pada diri sendiri.

Namun, apabila dilihat dengan lebih terperinci, terdapat beberapa kriteria tambahan yang perlu ada pada Usahawan Internet untuk berjaya berbanding dengan usahawan bukan Internet. Berikut adalah kriteria-kriteria tambahan yang dimaksudkan:

Aktif dalam pemasaran
Salah satu kebaikan perniagaan di Internet adalah pasaran dunia. Dengan kos yang minima, seseorang itu boleh meniagakan produk atau perkhidmatannya kepada pelanggan serata dunia.

Apa yang perlu diingat juga adalah, apabila anda mengembangkan perniagaan anda untuk mencapai pasaran dunia, pesaing anda juga adalah pesaing-pesaing global. Untuk berjaya, usahawan Internet perlu aktif dalam memasarkan perniagaan Internetnya. Perniagaan menjadi semakin kompetetif oleh kerana anda harus bersaing dengan usahawan-usahawan luar yang berlumba-lumba memberi kualiti terbaik di serata dunia.

Bijak memenuhi peluang pasaran yang ada
Perniagaan Internet di Malaysia masih di tahap yang baru. Terdapat banyak ruang kosong dari segi peluang pasaran yang belum dipenuhi. Ini merupakan satu kelebihan bagi mereka yang bijak mengambil peluang memenuhi kekosongan tersebut untuk memulakan perniagaan.

Tidak seperti negara-negara barat, hampir kesemua kategori pasaran telah dipenuhi dengan laman perniagaan yang berkaitan. Di Malaysia, masih banyak peluang terbuka dan mereka yang bijak memenuhi ruang pasaran tersebut akan berpeluang menjadi ketua kategori perniagaan Internet tempatan.

Pemikiran yang unik
Seseorang usahawan Internet perlu memberi suatu keunikan kepada perniagaannya. Sememangnya perniagaan yang unik adalah penting untuk perniagaan bukan Inetrnet juga, namun, di Internet, ianya adalah lebih penting oleh kerana pesaing anda hanyalah satu klik dari pada anda.

Tidak seperti perniagaan bukan Internet, pesaing anda mungkin berada di bandar lain, dan disebabkan batasan logistik, ianya mungkin sukar untuk mencapai pesaing. Tetapi, di Internet, pesaing anda hanyalah satu klik daripada anda. Untuk mencapai laman web perniagaan pesaing anda, pelawat hanya perlu membuat carian online, dan mereka boleh beredar dari laman anda dalam masa beberapa saat sahaja.

Pendekatan perniagaan yang unik adalah penting untuk memastikan pelawat anda menganggap perniagaan anda adalah penyelesaian kepada masalah mereka. Dengan pendekatan yang unik, anda berpeluang mengetengahkan kelebihan perniagaan anda berbanding dengan pesaing anda seperti mana Domino’s Pizza menjanjikan “Penghantaran dalam masa 30 minit atau pizza percuma!” dan Amazon.com menjanjikan pelawat bahawa mereka adalah “Kedai buku terbesar di bumi”

Kesabaran dan kecekalan hati
Oleh kerana kegagalan perniagaan di Internet adalah amat tinggi oleh kerana ramai yang masih tidak faham dengan medium perniagaan era baru ini. Kesabaran dan kecekalan hati dalam meneruskan usaha perlu ada pada setiap usahawan Internet.

Dalam proses membina perniagaan di Internet, terdapat kesukaran yang akan di hadapai. Sebagai usahawan Internet yang berjaya, ambil segala kesukaran sebagai satu cabaran untuk terus memahami perniagaan di Internet. Apa jua benteng yang ada di hadapan, boleh di elakkan dengan mencuba kaedah-kaedah perniagaan Internet tertentu.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, di Malaysia perniagaan Internet masih lagi setahun jagung. Pada ketika ini, tiada banyak rujukan perniagaan-perniagaan Internet tempatan yang berjaya boleh di ambil iktibar. Rujukan boleh dilakukan dengan laman-laman web perniagaan antarabangsa.

Di atas adalah beberapa kriteria usahawan Internet yang berjaya.

Untuk berjaya di dalam perniagaan maya, usahawan perlu mengabungkan kriteria-kriteria untuk berjaya di bisnes bukan Internet serta kriteria-kriteria tambahan usahawan Internet. Untuk berjaya dalam apa jua bidang termasuk perniagaan Internet, ilmu pengetahuan adalah yang paling penting. Dalam kes ini, ilmu perniagaan digabungkan dengan ilmu internet.

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

Incoming search terms:

  • kriteria usahawan berjaya
  • kriteria usahawan
  • kriteria seorang usahawan
  • keteria usahawan
  • kriteria untuk menjadi usahawan
  • kriteria usahawan yang berjaya
  • kriteria yang perlu dimiliki seorang usahawan
  • kritiria untuk menjadi keusahawan
  • peluang buka pernigaan Domino Pizza

Perancangan Jangka Panjang SmartUsaha.Com

Di sedikit kesempatan yang ada ini, saya ingin menulis beberapa perkara mengenai perancangan dan strategi smartusaha.com terutama peracangan jangka panjang.

Seperti sedia maklum, smartusaha.com terutama melalui blog ini lebih fokus kepada perniagaan internet dan juga memperbincangkan mengenai keusahawanan internet. Untuk pengetahuan anda, saya juga sering mengkaji dan mengikuti perkembangan perniagaan berasaskan di rumah yang tidak melibatkan internet.

Saudara/i pembaca, tidak semua orang mempunyai internet dan inilah salah satu faktor mengapa begitu ramai orang tidak dapat melakukan seperti yang orang lain lakukan. Namun jangan risau dan resah, lemah semangat atau rasa terpinggir.. Saya akan membimbing dan memberikan tips mengenai perniagaan ber-asaskan di rumah (home-based business).

Tahukah anda, di negara-nagara barat, industri perniagaan di rumah adalah antara bidang yang berkembang pesat..

Oleh itu, salah satu misi smartusaha.com adalah memberikan info, tips dan panduan di dalam melakukan kedua-dua bidang yang saya nyatakan iaitu perniagaan internet dan juga Home-based Business..

InsyaAllah, nanti anda akan dapat menyertai bersama dengan saya dan juga mereka yang lain.. Anda hanya memerlukan sedikit masa untuk membaca dan memahami informasi dan pengetahuan yang diberikan oleh kami di smartusaha.com.

Buat masa sekarang, lapangkanlah mas aanda untuk melawati blog saya ini dan juga blog mengenai home business di http://homebiz.smartusaha.com.

“Anda perlu faham, ada ’1001′ cara untuk membuat duit dengan mudah..”.

Akhir kata, lapang-lapangkanlah masa anda untuk membaca.. :-)

Jumpa lagi, wassalam.

Incoming search terms:

  • jangka masa memulakan perniagaan
  • cara penulisan perancangan jangka masa pendek
  • pelan perniagaan jangka masa pendek
  • perancangan jangka pendek perniagaan
  • strategi perniagaan dalam jangka pendek
  • strategi perniagaan jangka pendek

Laman Web Artikel Percuma SmartUsaha.Com

Assalamu’alaikum/Salam Sejahtera,

Saya kini walaupun sibuk dengan pengajian di semester terakhir ini, namun saya tetap meluangkan sedikit masa untuk memastikan laman web smartusaha.com bertambah dan berisi.. Saya telah merancang, di laman ini akan diletakkan dengan pelbagai kemudahan yang dapat digunakan oleh semua orang termasuk anda.

Oklah, di sini saya ingin memaklumkan bahawa, satu laman artikel percuma telah dibuka untuk anda semua. Namun, ia masih lagi di tahap asas, tetapi telah dapat digunakan. Anda dijemput masuk ke sana untuk membaca atau menyumbang artikel.

Artikel-artikel di sana adalah percuma dan jika anda ingin menyumbang, pastikan di akhir artikel anda, sila letakkan sedikit mengenai diri anda.. Jangan lupa juga alamat laman web anda.. :-)

Sila masuk di sini: http://artikel.smartusaha.com

Incoming search terms:

  • artikel percuma
  • laman web artikel
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)