Apa khabar anda hari ini? Hari ini adalah 8 Januari, begitu pantas masa berlalu. Pada dua hari yang lepas, saya begitu sibuk dengan dua projek website yang perlu disiapkan untuk client dan partner saya. Yang menarik adalah, saya bersama dua orang lagi bekerja hanya berhubungan dengan Yahoo Messenger sepenuhnya.
Seorang di Terengganu dan seorang lagi tidak berapa jauh dari tempat saya ini. Saya terpaksa menyiapkan projek laman web tersebut dahulu dan kemudian barulah dapat fokus kembali kepada projek e-book kompilasi yang sedang tertangguh seketika..
Kedua, mengenai theme blog saya ini, saya akan membiarkannya begini terlebih dahulu. Sehingga satu masa nanti, saya akan mengubahnya kepada theme atau bentuk yang lebih menarik. yang penting sekarang adalah informasi yang ingin disampaikan.
Hanya sekadar bertanya, adakah anda telah mempunyai idea untuk perniagaan internet? Atau telah pun bermula? Hmm, terjebak ke dalam program wang? Pastikan anda melakukan sesuatu yang sah dan betul.. Demi masa depan anda.
Lawati komuniti perniagaan internet pertama di Malaysia, ilham dari seorang anak muda yang juga usahawan internet Malaysia. Lawati di sini: http://wangcyber.com.
Wassalam.









Komen Terkini