18 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Di dalam Usaha Perniagaan

Selama hampir 4 tahun saya melakukan perniagaan secara sepenuh masa, berikut adalah di antara beberapa kesilapan yang pernah saya lakukan sendiri. Mungkin ia bermanfaat untuk diketahui oleh anda semua.

Saya akui… Teramat sukar untuk mencapai satu tahap yang memuaskan atau dikatakan sebagai sempurna. Namun, yang penting adalah ada usaha ke arah ‘kesempurnaan’ tersebut. Teruskan usaha tanpa ada rasa putus asa untuk terus ‘berjuang’.

Jika terbuat juga kesilapan-kesilapan di bawah, usah gusar kerana kita tetap terus belajar dan terus cuba melakukan yang terbaik. Yang penting adalah usaha yang berterusan.

18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan

1. Tidak mengenalpasti dan jelas bidang utama. Akhirnya melakukan semua model bisnes tanpa sebarang kejayaan.

2. Semua kerja dilakukan sendiri tanpa mahu ‘delegate’ (upah, outsource, guna khidmat orang lain).

3. Menangguhkan kerja.

4. Tidak meluangkan masa untuk membaca buku.

5. Melakukan kerja separuh jalan (melompat dari satu idea kepada idea yang lain).

6. Tidak memperbanyakkan sumber pendapatan. Amat bahaya jika bergantung kepada satu sumber sahaja. Namun pada peringkat permulaan, mulakan dengan satu dahulu.

7. Tiada matlamat, tujuan, visi dan misi perniagaan yang jelas.

8. Tidak mengikut perancangan yang telah dilakukan, sebaliknya terus menerus melakukan kerja tanpa disiplin.

9. Mudah mengambil peluang yang tidak penting untuk perniagaan.

10. Terlalu banyak merancang, tetapi tidak bertindak atau melaksanakan perancangan tersebut.

11. Banyak duit keluar berbanding duit masuk. Tanpa dana (wang), bisnes sukar untuk bergerak ke hadapan.

12. Berbelanja kepada perkara yang tidak penting untuk bisnes.

13. Terlalu banyak ‘sesi lepak’ bersama para usahawan untuk borak-borak kosong. Melainkan jika bisnes sudah berjalan automatik atau separa automatik, dan sudah menghasilkan pendapatan, tidak salah untuk melakukan kerja secara ‘santai’. Tetapi jangan berlebih-lebihan kerana kita tetap perlu ‘bekerja kuat’.

14. Terlalu fokus kepada masalah berbanding memikirkan penyelesaian. Jika sesuatu usaha tidak berhasil, fikirkan apakah penyelesaian yang boleh dilakukan.

15. Tidak menguasai kemahiran berkata “TIDAK” kepada permintaan atau peluang yang tidak penting untuk bisnes.

16. Menambah-nambah maklumat sehingga mengalami limpahan maklumat yang terlampau. Ini menyebabkan usaha atau tindakan akan terbantut.

17. Banyak menghabiskan masa kepada perkara-perkara yang kurang produktif walaupun kerja-kerja yang lebih penting belum siap.

18. Mudah lemah semangat apabila melihat kejayaan orang lain yang lebih hebat. Itu adalah rezeki mereka dan kita perlulah berusaha untuk membina kejayaan kita sendiri…

Semoga bermanfaat dengan tip-tip di atas, dan teruskan usaha untuk mencapai tahap yang lebih baik daripada hari-hari semalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

47 thoughts on “18 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Di dalam Usaha Perniagaan

  1. no. 2, saya rasa itu kesilapan yang selalu orang buat. kesilapan pada no. 2 juga menyebabkan masa untuk launch produk kita lebih panjang. saya pernah alami kesilapan ni dulu..harap tak berulang.

    thx smartzul for sharing

  2. Bagi saya ini adalah antara kesilapan-kesilapan yang saya sendiri juga pernah lakukan sepanjang bergelar Usahawan Internet. Thanks bro Zul

  3. Salam Bro Smartzul..

    Saya suka yang no 16 n 18 tu. memang kena kat saya lah.

    Saya ni jenis yang senang overload information skit.byk sgt produk yang dibeli.lain2 bidang plak tu. hehehe. Tapi bagus saudara Zul kongsi kesilan tersebut supaya menjadi teladan kepada semua.

    yang no 18 tu, memang saya agak down mula2 bila tengok orang lain berjaya, tapi saya convert perasaan down tu kepada bersaing. bersaing untuk terus maju supaya kita menjadi sama atau lebih hebat dari orang tersebut.

    Salam
    AmrilMuidz

  4. Wlaupun dah 10thn berniaga, namun saya pernah dan masih melakuan BEBErapa keslahan yg di atas, antaranya no2. Pada 2thn pertama berniaga saya beNAR2 menjadi ‘hamba’kpd syarikat dan 2 thn seterusnya ‘syarikat’ pula menjadi ‘hamba’ kpd saya. Saya juga melakukan kesalahan no.4, no.6 dan juga no 14. Apa2 pun terima kasih pd Smartzul yg tidak jemu2 dgn pesanan dan peringatan kpd kita sebagai ushawan wlupun saya bukanya ushawan internet namun artikel En.Zul amat terBErkesan pd saya juga. Terima kasih dan teruskan usaha murni Smartzul.

  5. Rakan Kongsi tidak semestinya Rakan Baik Anda. Buat keputusan atas dasar business deal. bukan atas dasar rupa, kulit, simpati dan yang lebih penting bukan atas dasar BAGI RASUAH.

  6. Salam En Zul,

    Panjang list ni, tapi kesilapan yang paling jelas saya lakukan ialah no.3 dan 14 tu. Sy ni suka semua preparation dah ok baru nak start jalan.. Tapi last2 langsung tak jalan, hehe.. InsyaAllah akan cuba perbaiki kelemahan2 yang ada pada diri ni..

    Thanks atas perkongsian ini.

  7. Salam SmartZul:)
    Bagi saya ia adalah tip-tip motivasi yang amat berguna dan peringatan kepada semua. Ini memuhasabah diri untuk terus bersaing secara sihat dan melangkah maju ke hadapan:)

  8. Alhamdulillah , itulah cabarannya bekerja sendiri dan saya juga sering mengalaminya ..InsyaALLAH bila sentiasa ada peringatan dan panduan-panduan sebegini kita akan sentiasa lihat laluan sebenar kita kemana … Terima Kasih

  9. Hampir semua kesalahan itu memang atau bakal terjadi kepada para usahawan baru atau yang sedang meningkat naik.Kerja yang bagus Zul kerana telah menghuraikan isu ini dalam bentuk point.

  10. Assalammualaikum,

    Terima kasih atas artikel tersebut. Serba sedikit dapat membantu saya menentukan arah tuju saya dalam perniagaan internet.Berkaitan dengan aspek no. 1, saya dulu pun mencuba semua model bisnes, tetapi kini saya hanya tertumpu kepada list building kepada beberapa halaman web saya. Yang no. 2 pula saya sekarang banyak outsource kerja-kerja pembinaan website.

    Artikel ini berguna kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan internet sendiri. Boleh saya letakkan di blog saya? saya akan letak link ke blog saudara.

    1. Melakukan kesilapan tidak apa. Ia tidak salah. Yang penting, apabila buat silap, cuba cari penyelesaian. Hatta orang yang berbisnes puluhan tahun pun masih buat silap, inikan pula kita yang masih setahun jagung…

  11. Salam En Zul,
    Satu perkongsian menarik dan berkualiti. Memang inilah kesilapan yang selalunya kita buat dalam menjalankan perniagaan. Terutama bahagian “menumpukan pada masalah lebih dari penyelesaian”

    Terima kasih

  12. trimass smartzul. mcm terkena batang idung sndiri plak rse nye. macam semua je yg ada pada sy. he3.. anyway, tnx 4 sharing smartzul. tiba2 terasa bersemangat pulak.. 🙂

  13. Salam En Zul,
    *Menangguhkan kerja.
    *Tidak meluangkan masa untuk membaca buku.
    *menumpukan pada masalah lebih dari penyelesaian
    –>antara kesilapan saya. memang rupanya halangan nak berjaya sentiasa wujud dan senarai ni membuktikan semua orang mendepaninya..,
    mohon cadangan penyelesaian bagi 18 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Di dalam Usaha Perniagaan.

    perkongsian yang bagus! terima kasih

    1. Salam Razizainon. Penyelesaiannya amat mudah. Cuma perlu terbalikkan sahaja. Contohnya buang perkataan tidak pada kesilapan tersebut.

      Kalau tidak baca buku, tukar kepada luangkan masa untuk baca buku. Jika menangguhkan kerja, maka tukar kepada fokus dan pengurusan masa dan sebagainya…

  14. Berani Berubah Dan Merdekakan Diri Dari HutangProgram bantu membantu telah direka khas oleh Dato Dr.Farid Ismail Profesor UIA dan juga Pakar Ekonomi Islam,Bertujuan untuk membantu orang2 islam merdekakan diri dari pelbagai hutang seperti Kad kredit,PTPTN,Rumah,Kereta atau Bebas dari masalah keewangan……Adalah penting untuk anda ketahui bahawa program ini BUKANLAH MLM, Piramid, Binari mahupun Skim Cepat Kaya. Program hebat ini hanya mereka yang benar-benar ingin melangsaikan hutang piutang. Jika anda salah seorang daripadanya, tunggu apa lagi… Hubungi saya segera untuk mendapatkan Info Percuma daripada saya. http://jadijutawanekspress.blogspot.com ( program ini berjalan mengunaka perkhidmatan kerajaan)

  15. terima kasih atas perkongsian ini.. memang imabiz byk gak melakukan kesalahan di atas.. tapi aper nak buat.. dah ceburi bidang ini kene la teruskan hingga berjaya,,,

  16. saya nak tambah lagi, beberapa sebab yg boleh membantutkan kejayaan dalam bisnes.

    ini pendapat saya dari segi bisnes hartanah, (sebagai agen).

    *mesti jujur dengan customer.
    *tidak memburuk-burukkan pesaing.(agen lain)
    *tidak menipu. ( meletakkan caj tersembunyi semasa pembayaran)

    ini pengalaman saya yang penah jumpa dengan seorang agen hartanah yang berniat nak menipu.

    kena letak duit booking dulu, baru boleh tahu berapa jumlah fees kena bayar. ( menjerat customer)

    penyebaran maklumat dari mulut ke mulut amat penting, samada baik atau buruk. kalo buruk silap gaya boleh lingkup bisnes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *