17 cara menggagalkan perniagaan internet anda

Sesiapa pun mahu berjaya dalam usaha perniagaan internet dan tidak mahu gagal. Kegagalan pasti akan berlaku apabila kita leka, kurang ilmu dan tidak melakukan sesuatu itu dengan perancangan.

kegagalan perniagaan internet

Begitu banyak sebab kegagalan perniagaan yang dilakukan secara online, dan di sini disenaraikan sebanyak 17 sebab:

[limitread]

  1. Tidak membuat perancangan perniagaan yang jelas. Hanya buat perniagaan internet secara ala kadar. Pandangan ke hadapan begitu kabur. Tiada matlamat.
  2. Tidak melakukan promosi dan pemasaran yang agresif, terancang, efektif dan konsisten. Kita tidak akan mendapat jualan yang banyak kalau trafik yang mahu hanya sedikit.
  3. Melakukan pemasaran softselling tanpa mempunyai senjata jualan yang ampuh. Maksudnya adalah, hardselling. Kita perlu berani dan tidak malu untuk mempromosikan produk kita di mana-mana sahaja, tetapi dengan cara yang betul. Email marketing dan salesletter (surat jualan) adalah antara dua contoh alat jualan yang berkesan.
  4. Pengurusan kewangan yang teruk, malah tidak dipedulikan langsung. Hanya mahu wang masuk, tetapi wang itu tidak diuruskan dengan baik. Wang masuk dan wang keluar tidak direkodkan.
  5. Membazir wang seperti membeli sesuatu yang tidak perlu ataupun boleh dibeli kemudian. Mengawal wang masuk dan keluar adalah sangat penting dalam perniagaan. Aliran tunai adalah nadi utama perniagaan.
  6. Terlalu cepat memasuki bidang lain, walhal bidang yang sedang dilakukan belum sampai kemuncaknya. Sehinggakan, bidang yang sedang dilaksanakan semakin kurang diberi perhatian.
  7. Tidak melakukan kajian pasaran sebelum menentukan produk yang perlu dihasilkan atau dijual.
  8. Melakukan cara pemasaran dan promosi yang kurang berkesan.
  9. Terlalu banyak belajar, tetapi terlalu sedikit ilmu itu dipraktikkan.
  10. Tidak memeriksa statistik pelawat (trafik) ke laman web jualan, sehingga tidak tahu apakah conversion rate (kadar penukaran) jualan. Sekurang-kurangnya perlu tahu berapa orang yang masuk ke laman web dan berapa orang yang telah membeli dalam tempoh sebulan.
  11. Tidak mempunyai mindset seorang usahawan, sebaliknya hanya memikirkan soal buat duit sahaja.
  12. Terlalu cepat mahu membina kejayaan perniagaan sehingga banyak perkara-perkara penting terabai. Boleh sahaja cepat berjaya, tetapi mungkin ia hanya gah di atas tiang-tiang yang rapuh.
  13. Tidak menyimpan wang (hasil perniagaan). Ini berkaitan dengan perkara sebelum ini iaitu pengurusan kewangan.
  14. Tidak mahu belajar daripada orang lain yang telah berjaya. Ego, dengki, ujub, riak, malu dan lain-lain sikap mungkin punca tidak mahu belajar itu.
  15. Laman web hanya disiapkan sekali, kemudian tidak diubah lagi. Kandungan surat jualan perlu sentiasa diperbaiki agar kadar jualan semakin meningkat. Sebab itu ilmu copywriting adalah penting.
  16. Tidak belajar daripada pesaing. Pesaing jangan dijatuhkan, tetapi cuba jadikan mereka sebagai kawan dan rakan kerjasama. Atau sekurang-kurangnya belajar daripada mereka.
  17. Saya, anda dan pembaca lain yang membaca artikel ini ataupun bahan bacaan lain, berkemungkinan sering kali hanya membaca sahaja tanpa mencatat, memahami, menekuni dan cuba mempraktikkan apa yang dibaca. Harap-harap tidak begitu.

Sekian.

[/limitread]

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “17 cara menggagalkan perniagaan internet anda

  1. kadangkala susah juga untuk berjaya jika ada orang yang tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh kita tidak kira betapa kuatnya usaha yang kita buat..
    tips yang patut di ambilkira juga ialah,berhati-hati..

    Sekian

    1. Kita tidak dapat elak daripada dengki orang lain, namun kita tetap ada pilihan untuk mengabaikan mereka. Kuatkan hati dan teruskan fokus. Anggap sahaja dengki mereka itu sebagai tanda kita adalah orang yang berjaya. Selagi mereka tidak hanguskan periuk nasi kita, tidak mengapa. Kalau sudah berlebih-lebih, lapor saja pada polis. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *