Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

101MelayuBoleh di-indeks Dalam Masa 17 Jam Sahaja

Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya.

Hmm, di Johor ini, hujan kembali datang dan tak henti-henti, maksudnya begitu kerap hujan. Saya di rumah tidak merasa apa-apa kesan, tetapi mereka yang bekerja di luar sudah pasti sedikit terpaksa meredah hujan. Juga, diharapkan beberapa tempat tidak kembali banjir. Wallahu ‘alam.

Baik, tulisan kali hanya ingin menyatakan blog yang baru saya create untuk pertandingan SEO wangcyber.com telah pun di-indeks oleh Google hanya dalam masa lebih kurang 17 jam sahaja. Tempoh ini bertentangan dengan kenyataan orang lain bahawa untuk masuk ke database google atau yahoo, masa yang diperlukan adalah berminggu-minggu atau berbulan lamanya.

Saya tidak akan berkongsi apakah cara mudah yang saya gunakan pada tulisan ini tetapi semua apa yang saya lakukan untuk pertandingan ini akan saya kongsikan nanti. :) InsyaAllah.

Sekali lagi, di-indeks bukan bermaksud sudah naik ranking top 100, tetapi ia baru hanya masuk ke database google sahaja. Matlamat saya adalah ingin memastikan sekurang-kurangnya blog melayu boleh saya itu berada di kedudukan top 100 di google atau yahoo. Dan jika boleh, top 10. ;)

Pertandingan ini sedikit ‘rumit’ apabila saya menggunakan blog yang bermula dari ‘zero’. Kalau saya gunakan blog smartusaha ini, adalah satu perkara mudah untuk dapat naik ke top 10, lagipun sekarang blog smartusaha ini sudah pun berada di kedudukan top 50 di google untuk keyword melayu boleh. Namun begitu, saya tidak mahu mengambil jalan mudah dalam pertandingan ini kerana seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya mahu mencuba dari asas. Melakukan pelbagai teknik SEO untuk menaikkan ranking blog melayu boleh saya itu ke kedudukan yang lebih baik.

Diharapkan blog melayu boleh ini bukan hanya naik ke ranking yang baik, malah ia akan berkekalan dengan tulisan-tulisan yang bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Wassalam.

Facebook comments:

13 Responses to “101MelayuBoleh di-indeks Dalam Masa 17 Jam Sahaja”

  1. hapisol says:

    zul, tahniah. anda mmg hebat.

    kalau sudi, kongsilah ilmu anda amalkan utk menjayakan blog melayu boleh tersebut.

  2. ktom says:

    Syabas….usaha yg baik pasti dapat hasil yg baik…
    Sebelum ni ktom ada baca ttg blog berbahasa Melayu takkan di indeks oleh google atau yahoo…tp blog Zul tu berbahasa Melayu….dpt ranking dlm masa 17 jam je…Boleh cite sikit.

    Lepas ni kongsilah cara mudah tu ya……

  3. pak_aen says:

    selamat berjaya, terus kan usaha anda Zul…
    hidup melayu boleh :)

  4. along_vtx says:

    Harapan saya cabaran melayu boleh bukan sekadar perlumbaan mengejar ranking di search engine.
    Pengisian dalam melayu boleh tu boleh merubah wajah bangsa melayu sendiri.
    Sekurang2nya dapat memberi manfaat untuk warisan seterusnya.

  5. Blog Melayu Boleh saya tak dapat nak update. Internet slow giler… Arghh tensionnyer..

  6. smartzul says:

    Ermm, ambsmart, sabor je laa. :) Skang ni memang prob. Kejap dapat kejap tak.

    To all, thanks. :)

  7. ijoi7007 says:

    Masa mula-mula dlm bidang SEO ini, memang mcm tak percaya website kita boleh di index dlm beberapa jam shj. Pernah juga saya terpaksa menunggu berminggu-minggu utk google indexkan website saya. Tp kini semuanya dah tak mustahil, dlm beberapa hari je dah bleh di indexkan..blog smartusaha dan blog-blog byk membantu semua ni.

    thanks all ;-)

  8. nizam says:

    Satu pencapain yang baik untuk orang melayu…Sememangnya teknik SEO ni amat berkesan…x heranlan ia mmng teknik pilihan IM yang hebat2

  9. Maizul says:

    Wow cepatnya hebat tu. teruska usaha zul.

  10. cjcm says:

    Melayu, Cina, India, Mat Salleh, Jepun…. semuanya boleh asal rajin usaha dan tak denki dan iri hati dengan kejayaan orang lain.. :)

  11. abdfatah says:

    wohohooo… melayu boleh? boleh memang boleh kalo rajin berusaha dengan jayanya…

  12. Han says:

    melayu boleh!
    malaysia boleh!
    kita boleh!

    pertandingan ni entah siapa yang menang hari tu…??

    han

  13. Jimmy says:

    Sekarang ni keyword ni dah tak relevan dah. Cuba baca posting aku ni.http://www.hartaweb.co.cc/241-keyword-melayu-bogel-dan-melayu-boleh-sudah-tidak-relevan.html

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)