1001 Karenah Pelanggan
Saya tidak mahu menulis panjang pada kali ini, tapi saya hanya mahu membawa anda ke dua perbincangan/artikel berikut yang membicarakan mengenai karenah pelanggan. Satu topik yang agak menarik juga untuk dibincangkan:
Link 1:
Koleksi Kerenah Pelanggan Perniagaan Internet – Forum WangCyber
*Anda digalakkan mendaftar forum WangCyber (WC) untuk mendapat akses yang penuh di forum tersebut. Sila daftar percuma di sini jika anda belum menjadi ahli WC:
http://www.wangcyber.com/forum/register.php
Link 2:
Koleksi Karenah Pelanggan – ditulis oleh Sham RajaAdsense
Apakah pendapat anda mengenai “karenah pelanggan” ini? Adakah pelanggan akan sentiasa betul (always right)? Bagaimana untuk melayan karenah mereka ini? Dan adakah si usahawan hanya perlu angguk-angguk sahaja mengaku ‘bersalah’ walaupun ternyata si pelanggan itu bersalah? Atau bagaimana? Mungkin anda mempunyai pengalaman dan tip untuk dikongsikan.
.
ps. Kepada para pemenang kuiz tekaan tempoh hari, saya telah hubungi sebahagian daripada anda. Kepada yang saya tak contact tu sebab saya tahu anda sudah miliki Ebook Panduan FTP. Sila tunggu emel saya untuk hadiah yang lain. Nanti saya akan umumkan di blog ini ok.









Pada pendapat saya, memang kita kena pegang prinsip ‘customers always right’..Memang kekadang dlm perniagaan ni kita tak dpt lari dr berjumpa customer yg buat kerenah.. Tapi mcmana pun kita kena layan jugak tanpa dia rasa bersalah walaupun kita tau dia salah
Nak jadi usahawan yg berjaya kita kenalah tabah menghadapi segala kemungkinan dan memang kita akan berdepan dgn pelbagai kerenah pelanggan.. Itu just pandangan saya. Kalau ada pandangan lain leh kongsikan
Betul kata kuasadua tu, saya pun berniaga dan menghadapi dengan pelbagai karenah pelanggan. Tp inilah yang membuatkan pernigaan kita semakin mantap. Kita dapat tau pelbagai sikap pelanggan yang berbeza dan kita akan semakin dapat menanganinya.
Perkongsian karenah pelanggan ini bukanlah untuk kita tengok dari sudut negatif, tetapi positif di mana perkara yang sama mungkin berlaku kepada kita. Bagus perkonsian ni!
Usahawan harus sedar karenah pelanggan itu adalah suatu kunci kejayaan. Bayangkan jika seorang usahawan itu dapat menyelesaikan hampir semua masalah pelaggan berkaitan produknya. WOW! HEBAT!! Usahawan ini bakal disanjungi…
Saya pun percaya customers always right. Tapi janganlah sampai bagi pijak atas kepala.
Kalau customer nak minta lebih, saya akan bagi dengan syarat kenakan bayaranlah.
Kalau lepas beli ebook tu nak pula personal coaching, boleh. Cuma saya akan kenakan bayaran RM800 sejam. Pas tu tanya dia berapa jam dia nak supaya saya boleh hantarkan link paypal kepadanya.
Kan senang dan menguntungkan.
hoi…
mahalnya raymond…hehe
ada ke customer yang sanggup bayar?
rasa kalau 1000 baru ada 1 je yg sgp byr…hehe
Tu lah tinggi nya yuran tu… Mcm nak sindir customer tu jer…
Mana mahal, masa saya pergi berguru dulu, lagi mahal.
Bagus juga kalau mereka tak mampu. Faham-faham sendirilah.
Em..Raymond, boleh tahan harga tu!
, tp itulah yg patut kita lakukan jika 1 jam ilmu yg kita ajar boleh digunakan untuk menghasilkan pendapatan atau mengubah cara hidup mereka. Idea yang baik!
Hah, tentang karenah pelanggan tu, saya rasa ada satu perkara yg kita perlu tahu. Kita sebenarnya perlu bijak untuk membezakan pelanggan dengan orang yang hanya nak merosakkan perniagaan kita. Ramai sebenarnya orang2 yg tidak tahu berniaga..tetapi kesalahan mereka itu ditujukan kepada kita.
Mereka ini tidak akan menyalahkan diri sendiri, jika mereka tidak berjaya, mereka juga akan menjatuhkan perniagaan orang lain dgn mengatakan pelbagai tomahan dan maki hamun menyalahkan perniagaan kita.
Nie memang golongan yg malang…bukan saja merosakkan diri sendiri, tetapi juga merosakan perniagaan orang lain…
Jika seseorang yang perlukan coaching saya itu pandai tanya dan rajin mengambil tindakan, saya rasa RM800 itu amat murah baginya.
Akan tetapi, jika orang tu tak tahu apa yang nak ditanya dan jenis yang suka cari jalan pintas tanpa berusaha, maka harga tu mahal baginya.
Mahal ke tidak, terpulanglah kepada orang itu. Yang pasti harga RM800 itu, memang tak terlebih.
Kalau dibandingkan dengan harga yang aku bayar untuk coaching serta kegagalan yang aku hadapi dulu, Harga RM800 itu cuma secebis sahaja.
kalau nak dikutkan karenah pelanggan macam-macam ada.Pening kepala jugak nak memikirkannya.Tapi semua tu kita boleh jadikan pengalaman dan pengajaran tentang produk yang dijual.
Boleh diperbaiki apa yang kurang dan bersedia apa yang perlu.
Kerenah pelanggan ni kadang kita tak dapat nak jangka.. senyap tak semestinya servis kita baik, kalau banyak soal, tak semestinya bagus..
Jadi, sebarang komen dan pendapat dari mereka, kita ambil.. then lihat pada komen2 tersebut, dan lihat pada diri atau produk kita.. adakah apa yang dikatakannya benar atau hanya untuk mengutuk dan menguji kesabaran kita?
ps. : IM yang paling hebat pasti risau kalau tak ada sesiapa yang komen mengenai produknya.. betul tak?