10 idea mudah buat duit cara ‘online freelance’

Apa maksud freelance & freelancer? Saya pernah menulisnya pada artikel terdahulu (apa itu freelancer). Anda boleh membacanya kemudian.

Secara ringkas, ‘freelance’ adalah bekerja secara bebas. Tiada kontrak, tetapi lebih kepada bayaran “per job”.

Manakala orang yang melakukan sesuatu kerja itu (yang menerima upah), mereka dipanggil sebagai freelancer.

Kelebihan menjadi freelancer adalah ia bebas dan boleh mengambil job daripada sesiapa sahaja dan daripada mana-mana pihak perniagaan. Ia juga tiada komitmen jangka panjang. Freelancer adalah salah satu cabang dalam bidang perniagaan dan biasanya ia bergerak secara solo (individu).

Dari segi online, begitu banyak bentuk perkhidmatan yang freelancer lakukan, biasanya bergantung kepada kemahiran, pengetahuan, kepakaran dan bakat mereka.

Berikut adalah 10 idea mudah yang kadang-kadang ia dipandang sebelah mata, namun boleh dijadikan sebagai satu perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan:

  1. Perkhidmatan menulis artikel (pendek & panjang)
  2. Perkhidmatan menyediakan order form (jangan tersenyum, kerana sehingga kini saya masih melakukannya sejak tahun 2005). 😉
  3. Perkhidmatan menulis post untuk FB Page, blog dan juga forum online.
  4. Perkhidmatan menulis ayat iklan, slogan, mencipta nama perniagaan dan sebagainya.
  5. Perkhidmatan khidmat nasihat untuk tajuk-tajuk yang mudah
  6. Perkhidmatan proof reading (menyemak tulisan) & menyunting tulisan (editing)
  7. Perkhidmatan membina iklan banner
  8. Perkhidmatan membina imej header untuk blog/website
  9. Perkhidmatan upload video ke puluhan laman web video (video sharing site)
  10. Perkhidmatan  memberi komen di blog-blog berkaitan.
  11. Perkhidmatan meletak iklan di laman-laman web dan direktori iklan percuma. (opss, sudah 11 idea)

Saya banyak memberikan idea-idea mudah sebegini kepada ramai orang, tetapi mereka tidak memulakannya. Adakah mereka mahu idea-idea yang gempak? Atau tidak yakin dengan idea kecil sebegini? Ironinya, mereka masih bergelumang untuk mendapatkan RM1.00 yang pertama dari Internet, tetapi menolak untuk melakukan sesuatu yang mudah dan segera seperti idea di atas.

Caj untuk servis/perkhidmatan idea-idea mudah di atas boleh bermula dengan caj minima RM10. Modal pula biasanya RM ‘kosong’ sahaja (bergantung kepada jenis servis tertentu).

Biarlah kita bermula dengan kecil-kecilan dan kembangkan ia seiring dengan pergerakan masa. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Apa pun, tepuk dada tanya selera.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Salam, terima kasih untuk perkongsian ini tuan. Walaupun selalu dengar, dan pernah tahu poin-poin di atas… Seperti yang tuan nyatakan di atas, ramai yang tidak mahu memulakannya…