“1 Soalan, 1 Keinginan…” + Tip Trafik Tetap

Soalan: Saya ingin tahu, di dalam sehari, berapa kalikah anda melawat blog ini?

Keinginan: Saya ingin mencuba untuk menulis dua kali sehari.

Apa kata anda sebagai pelawat tetap blog ini, adakah anda ‘mampu’ untuk membaca dua artikel sekaligus dalam satu hari di blog ini? Dan, ‘mampukah’ anda memberikan komen pada kedua-dua artikel tersebut?

Untuk pengetahuan anda, saya sudah melakukan ‘testing’ di blog ini dengan menulis dua artikel dalam satu hari atau menulis dalam jarak masa yang dekat. Sambutan dari segi pemberian komen, tidak banyak seperti biasa. Tetapi sebaliknya, jika saya menulis satu artikel dalam satu hari, bilangan komen lebih banyak.

Daripada analisa saya, maka didapati:

1. Jika menulis dua atau lebih artikel dalam satu hari, pembaca tidak dapat mempraktikkan atau memahami tip-tip tertentu dengan baik. Anda faham maksud saya. Jika diberi satu, mudah difahami, tapi jika diberi lebih, konsentrasi atau fokus pembaca akan menurun. Maka sebab itu bilangan komen tidak banyak untuk setiap tulisan.

Untuk memastikan kedua-dua artikel yang ditulis dalam hari yang sama itu mendapat respon daripada pembaca, anda perlulah ‘kreatif’ dengan melakukan sesuatu agar mereka memberikan respon. Untuk bercakap mengenai pemberian komen, sebenarnya banyak faktor yang terlibat. Hal ini saya ada bincang dengan saudara Amirol semasa di Singapura Mei lepas. Ada masa nanti saya kongsikan dengan anda.

2. Pelawat/pembaca blog perlu dimaklumi akan cara penulisan blog. Jika anda mahu menulis dua kali sehari atau tak kira berapa frekuensinya (kekerapan), maka beritahu kepada pembaca blog anda. Contoh termudah adalah majalah di pasaran. Kita tahu, majalah A akan keluar satu minggu sekali dan majalah B akan keluar sebulan sekali. Maka, tak perlu susah-susah kita pergi ke kedai untuk membeli walhal semalam baru keluar siri yang terkini.

Begitu juga anda perlu beritahu, topik apa yang akan anda ‘hidangkan’ (tulis) kepada pembaca setia blog anda. Topik tersebut adalah kekuatan dan keunikan blog anda. Jika boleh, ia susah untuk diperolehi di blog lain. Mengapa pentingnya anda menyatakan perkara ini? Analogi lagi: Majalah A mengatakan, “kalau anda mahu tahu petua-petua kekal sihat, jangan lepaskan siri-siri keluaran kami”. Majalah B pula menyatakan, “Kalau anda mahu tip keusahawanan dan cerita-cerita motivasi, jangan lupa dapatkan majalah kami”.

Maksudnya di sini, pengguna Internet atau pembaca blog akan tahu ke mana mereka perlu pergi (blog mana?) untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Jika anda hanya buat blog tanpa ada pengkhususan atau ciri keunikan tersendiri, maka amat sukar untuk anda mendapat pelawat tetap.

Blog SmartUsaha: Apa sahaja mengenai Keusahawanan Internet + Motivasi Usahawan πŸ™‚

Ehem, blog anda pula pasal apa? Takkan tak ada satu kelainan tersendiri? Pastikan pelawat blog anda tahu, apakah topik utama blog anda jika mahu mereka datang selalu.

Cukuplah saya bagi dua tip / analisa di atas. Amalkannya agar blog anda mempunyai pelawat tetap setiap masa. Anda perlu tahu, kehebatan blog bukan hanya pada ‘tools’ (alatan seperti perisian blogging, plugins, design, navigation, etc…), tetapi termasuk juga ‘kekreatifan’ (traditional way) dan juga kandungan tulisan yang unik.

Akhir kata, saya mahu pendapat daripada anda:

“Bagaimana jika saya menulis dua kali sehari?”. Setuju atau tak?

Jika setuju, saya akan rancangkan sesuatu seperti ‘jadual’ agar anda tahu apa dan bila sesuatu topik atau artikel akan di’publish’kan di blog ini. Jika anda ada idea dan cadangan, saya mempersilakan.

Terima kasih semua.

Tahukah Anda?

Dengan kerap menulis di blog, anda akan banyak belajar sesuatu kerana anda ada momentum yang memaksa anda belajar dan terus belajar (mengkaji). Tanpa penambahan ilmu, idea akan berkurangan dan bermulalah penyakit “bloggers block”. Banyak ilmu, semakin bertambahlah kepakaran anda. Semakin pakar, insyaAllah semakin mudah anda untuk berjaya dan berjaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on ““1 Soalan, 1 Keinginan…” + Tip Trafik Tetap

  1. Topik blog saya adalah panduan dan teknik menguasai bahasa inggeris – cara mudah dan menyeronokkan! Walaupun ada beberapa blog lain yang juga memberi panduan bahasa inggeris, tapi teknik dan pendekatan yang digunakan agak berbeza. Yang pentingnya cara saya mudah dan menyeronokkan. Kalau tak mudah dan seronok, saya tak akan beritahu anda..

    Pada pendapat saya, kalau blog ada ramai pengunjung sesuai juga tulis 2 atau lebih post sehari. Tetapi ianya perlu dijarakkan bagi membolehkan cukup masa untuk orang memberi komen mereka. Satu cara terbaik untuk tentukan bila nak publish post adalah dengan tengok masa paling banyak pembaca. Publish just before masa paling ramai pembaca.. 😈

    Adakah saya masuk blog ini lebih dari sekali dalam masa sehari? Ya, kadang-kadang bukan 2 kali, malah berkali-kali..

    Kenapa? Sebab saya subscribe dari technorati. Bila nampak ada post baru, saya akan baca di blog tersebut. Kadang-kadang kalau memang saja nak mencari ilmu, saya akan korek technorati yang lama-lama.. Kadang2 memang sering terlepas pandang posting yang disiarkan. Maklumlah, saya subscribe banyak juga blog. Sekarang ni ada 82 blog..

  2. Saya rasa takde masalah kot klau nak buat lebih dari satu post sehari. Tengok contoh ni:- Blog Lifehacker

    Boleh menghasilkan lebih dari lima post sehari. Dan postnya adalah pendek2 dan berguna.

    Saya rasa klau buat post pendek2 sesuailah untuk buat lebih dari satu post. Kalau panjang2 macam blog smartusaha ni mungkin kurang sesuailah buat banyak post.

  3. Terima kasih mata-it, satu pandangan yg bernas.

    Cikgu Azleen, thanks. Ya, masa kita publish tu amat penting dan kita perlu tahu bila masa pengunjung ramai datang blog. πŸ™‚

  4. Yup Mr Zul saya content dan cara penyampaian juga memainkan peranan untuk seseorang datang kembali ke blog kita…saya memang sedang memikirkan perkara tersebut secara serius apa yang boleh saya sumbangkan di Blog saya untuk pembaca…. πŸ™„

  5. Sebenarnya perkara yang paling penting ialah ilmu yang disampaikan, jika berguna dan bermanfaat, 2,3 kali tulis pun tak mengapa, pengunjung pasti baca punyer dan dapat ambil manfaat pula darinya.

    Saya mengunjungi blog ni kadang-kadang 2, 3 kali sehari, kerana blog ni antara blog no 1 dan sumber rujukan utama saya kerana penuh dengan maklumat dan ilmu pengetahuan.

    Semuanya terpulang atas kemampuan dan masa Zul je…..kalau Zul tak sibuk dan berkemampuan untuk menulis 2 kali sehari, ok je.

    Cuma jangan panjang sangat dah le, letih biji mata nak membacanya nanti… πŸ™‚

    1. sama lah…
      saya pun datang 2-3 kali sehari..
      paling kurang pun mesti datang sekali sehari…
      tu wajib…hehe
      penuh dengan ilmu…
      so tak boleh kalau tak datang…rugi tu…

      han

  6. Blog saya pulak bercerita mengenai the Law of Attraction.

    Frekuensi saya ialah, saya blog 1 post sehari. Tak boleh post banyak-banyak lah. Pasal kena tulis artikel untuk submit ke artikel directory lagi.

    Saya mulakan blog ini sejak 7 haribulan Mei lalu, maklumlah traffik tak banyak lagi. Alexa hanya menunjukkan 697,428. Jauh lebih rendah daripada Bang Zul punya.

    Seperti kata Cikgu Azleen, masa post penting jugak. kalau nak post lebih daripada 1 blog sehari.

    Thanks for sharing.

  7. Eh …. lupa isi penting pulak selepas banyak merepek.

    Saya prefer 1 post sehari dan post yang tidak terlalu panjang.

    Biasanya saya tak dadpat fokus baca post yang terlalu panjang. Sebab, sambil baca, sambil fikir, “Bila nak baca habis ni?” πŸ˜›

    Sebab itu saya kontrol jugak post kat blog saya. Kalau terlalu panjang, saya bahagikan kepada beberapa bahagian untuk dipostkan buat beberapa hari.

  8. Ok guys… Terima kasih banyak-banyak. πŸ™‚

    Paypal2u, yup betul, katakan sebuah blog tu ada 1000 pelawat, tak semua merka bagi komen, sebab ada yg segan. πŸ™‚

    Abooain, thanks. Saya mungkin akan cuba dulu menulis 2 artikel sehari atau guna strategi tertentu.

    Raymond, thanks for sharing. I’m sorry because I just read your email last night. I’ll reply soon ok. πŸ™‚

    Anggaplah pertanyaan saya ini umpama sebuah akhbar atau majalah kesukaan ramai yg bertanya kepada pembeli tetapnya. Saya mahukan pendapat anda agar blog ini lebih banyak manfaat dan lebih mudah untuk anda melayarinya.

    So, saya dah dapat beberapa perkara yg pelawat saya mahukan. πŸ™‚

    Thanks all.

  9. keputusannya untuk mendapatkan trafik tetap adalah dengan memaklumkan kpd pelawat berkenaan trend anda menulis dan juga gaya yang anda miliki untuk kemudahan ramai orang membuat terjahan dan penantian artikel dari anda…

    buat masa nih saya pakai hentam sahajalah menulis… hihihiii

  10. Gua rasa ikut dr penulis blog tue sendiri ler..klu dia mampu buat post 2 kali sehari, buat ler..yg penting kualiti sesebuah post tue yg paling penting..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *