Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

[Terhad] Pakej Artikel PLR – Facebook Marketing

UPDATE 20 Mei, 9.00 am : Tinggal 10 slot saja lagi.

Facebook Marketing Semakin Hangat Mendapat Sambutan. Semakin Ramai Usahawan dan Peniaga Internet Mahu Mempelajarinya. Dapatkan Mereka Melalui Artikel-artikel Ini dan Tawarkan Mereka Apa-apa Produk Premium ataupun Ebook Panduan Berkaitan.

Salam sejahtera.

Artikel PLR terbaru untuk dimiliki. Artikel ini ditulis sepenuhnya oleh saya. Masih lagi panas… 

Amat sesuai untuk digunakan bagi mempromosikan mana-mana ebook affiliate yang tengah hot sekarang. Bukan setakat itu, anda boleh hasilkan pelbagai bentuk produk yang baru seperti audio dan video.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Sebaik-baik Perniagaan Internet adalah….

Sebaik-baik perniagaan Internet adalah perniagaan yang diautomasikan, sama ada sepenuhnya ataupun sebahagian.

Automasi di sini bermaksud ia tetap beroperasi walaupun tanpa penglibatan kita. Proses automasi itu sama ada sehingga ke tahap produk dihantar kepada pelanggan, ataupun setakat menerima tempahan dan bayaran daripada mereka sahaja.

Bisnes Produk Fizikal

Bisnes ini boleh diautomasikan dengan menggajikan pekerja ataupun menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. Untuk memastikan bayaran disahkan tanpa pekerja atau pihak ketiga itu membuat semakan ke akaun bank, gunakan perkhidmatan pembayaran daripada pihak online payment yang begitu banyak sekarang.

Bisnes Produk Digital

Kelebihan menjual produk digital di Internet seperti ebook, audio dan video adalah, kita boleh mengautomasikan perniagaan ini sepenuhnya. Salah satu kaedah bayaran yang kerap digunakan adalah dengan menggunakan Paypal. Untuk automasikan pembayaran melalui online banking, gunakan kaedah yang dinyatakan dalam artikel ini.

Bisnes Perkhidmatan

Bisnes perkhidmatan adalah berbeza dengan bisnes produk fizikal dan produk digital. Ini kerana, bisnes perkhidmatan tetap memerlukan tenaga manusia untuk menyiapkan sesuatu tempahan oleh pelanggan. Namun kita tetap boleh automasikannya dengan menggajikan pekerja ataupun menggunakan pihak ketiga.

Kelebihan Automasi Bisnes

Mengautomasikan perniagaan online akan menyebabkan pelanggan berpuas hati kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat respons daripada kita. Contohnya produk berbentuk digital, ia sewajarnya lebih cepat diperolehi berbanding produk fizikal ataupun servis.

Pada artikel akan datang, saya akan senaraikan apakah perkara yang boleh kita automasikan dengan menggunakan tools yang ada di Internet.

Tip Pemasaran Facebook: Setiap Pakar Ada Kunci Rahsia

Setiap orang yang berpengalaman berjaya memasarkan, mempromosi dan menjual produk di Facebook, memegang ‘kunci rahsia’ masing-masing.

Selagi kita boleh, mampu dan mahu, ambil peluang untuk belajar dengan ramai orang berpengalaman itu. Kita akan mula melihat pemasaran Facebook dengan pandangan yang lebih besar dan meluas.

Pemasaran Facebook tidak hanya mengenai teknik, malah ia juga melibatkan konsep asas bisnes, seni, trik, sains, teknologi, bahasa dan strategi.

facebook marketing malaysia

Daripada pemerhatian yang saya lakukan selama ini, setiap pakar pemasaran Facebook memegang rahsia tersendiri, manakala rahsia lain tidak mereka ketahui.

Ambil peluang untuk belajar daripada mereka terutama apabila mereka membuka peluang untuk mempelajari rahsia-rahsia yang mereka gunakan selama ini.

Setelah kita belajar lebih daripada seorang, kita umpama mencantumkan ‘kepingan-kepingan rahsia’ sehingga menjadi satu kepingan yang lebih lengkap.

7 Langkah Mudah Menjadi Usahawan Hebat dalam Masa Singkat

Mustahil? Tiada yang mustahil selagi Allah izinkan.

Berikut adalah beberapa langkah bagaimana untuk menjadi usahawan hebat dalam masa yang singkat. Jika ditanya berapa lama masa singkat itu, ia mungkin sekurang-kurangnya tiga bulan.

1. Kenal pasti potensi diri. Tidak perlu beli buku berkaitan potensi diri, sudah memadai terlebih dahulu menyenaraikan kelebihan, kepakaran dan kemahiran yang kita miliki. Senaraikan juga perkara yang kita suka lakukan tidak kira siang dan malam, lapar dan dahaga.

2. Pilih potensi diri itu yang mempunyai potensi dalam pasaran. Bermaksud, apabila kita menghasilkan sesuatu produk ataupun servis, produk itu ada potensi untuk dibeli.

3. Mulakan apa yang ada di tangan. Bermaksud, gunakan dahulu kemampuan dan peralatan yang kita ada. Ini adalah langkah bijak apabila kita kekurangan sumber kewangan (modal).

4. Berhenti: Belajar, berfikir, merancang, baca buku, mencari maklumat di Internet dan berhenti menyertai mana-mana seminar.

5. Merancang. Rancang tindakan yang mudah dilaksanakan. Jangan “over planning”!

6. Mulakan. Mulakan usaha perniagaan dan senaraikan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan.

7. Teknik pemasaran. Gunakan teknik pemasaran yang sedia ada kita ketahui. Saya yakin, ramai di kalangan kita sudah banyak tahu, tetapi adakah sudah banyak tindakan? :)

Bagaimana Menjual Tanpa Menurunkan Harga

Cara mudah untuk tidak menurunkan harga jualan adalah dengan menambah nilai (value added) produk yang dijual.

Cara dan teknik ini saya gunakan sejak beberapa tahun yang lepas lagi. Contohnya, saya menjual produk-produk RR dan PLR dengan harga yang premium. Paling tinggi RM290.

Tawaran yang diberikan harus:

1. Membuatkan pembeli rasa eksklusif. Contohnya kita jual kepada 10 orang sahaja dengan harga RM290. Mereka rasa eksklusif sebab hanya 10 orang sahaja yang memiliki pakej ini berbanding ribuan/jutaan orang yang tidak memilikinya.

2. Pakej tawaran kita ada unik dan tidak ada di tempat-tempat lain.

3. Berikan item tambahan yang membantu mereka. Contohnya kita jual panduan memulakan bisnes Internet, dalam masa yang sama kita berikan panduan membina website dan cara menggunakan Cpanel.

4. Serba dalam satu (lengkap). Contohnya kita menjual Pakej Memulakan Bisnes Internet. Panduan dan material yang diberikan adalah lengkap, dan dari A hingga Z. Pembeli akan rasa tidak perlu lagi membeli mana-mana panduan lain.

Bergantung kepada situasi, tujuan dan strategi masing-masing. Harga rendah juga adalah strategi. Di sini pula saya berbicara mengenai bagaimana cara untuk meletak harga premium atau mengekalkan harga sedia asa tanpa merendahkannya.

Bagaimana Bertanya dengan Lebih Tepat

Soalan yang kurang tepat:

Macam mana cara nak buat perniagaan Internet?

Soalan yang lebih tepat:

1. Buku dan seminar apa yang boleh saya sertai untuk belajar mengenai perniagaan Internet?

2. Adakah kelas ataupun bimbingan secara peribadi yang boleh saya sertai?

Setiap soalan juga seeloknya disertai dengan tekad sepenuh hati. Betul-betul mahu memulakan bisnes Internet dan bukan saja-saja mahu tahu. Dengan tekad itu, kita akan terus berusaha dan tidak berhenti.

Jika kita bertanya soalan yang kurang tepat, ia menyebabkan kita mengambil banyak masa untuk bermula atau akan terus membiarkan keinginan kita begitu sahaja.

Sebaliknya, apabila kita bertanya dengan betul dan soalan itu adalah soalan “apakah tindakan yang akan dilakukan”, kita akan terus bertindak dan bukan sekadar mahu mendapat maklumat.

Dalam bisnes, tidak ada yang percuma. Modal tetap diperlukan. Ini hakikat. Jika tidak ada modal, maka adalah tanggungjawab kita berusaha mencarinya.

Statistik Pengguna Facebook

[Setakat 9 Mei 2012]

1. 71.76% pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook.

2. Daripada jumlah penduduk Malaysia, kira-kira 46.37% adalah pengguna Facebook.

Statistik ini memberi ‘signal’ penting kepada usahawan dan perniagaan untuk menggunakan Facebook sebagai salah satu saluran pemasaran.

Sumber: Socialbakers.com

Apa itu PLR?

PLR adalah ringkasan kepada Private Label Rights. Perkataan Label itu bermaksud “melabelkan” sesuatu pada sesuatu produk dengan sesuatu nama sama ada nama kita, jenama atau nama perniagaan.

Dalam pasaran tempatan (offline), begitu banyak produk serbuk kopi segera. Kebanyakannya adalah daripada kilang yang sama. Cuma, setiap usahawan dan perniagaan akan membeli hak melabel, dan buat ‘packaging’ sahaja.

Begitu juga dalam bidang Internet Marketing, produk-produk PLR begitu banyak dan meluas sekali. Daripada artikel, video, audio, template website dan sebagainya. Kita boleh buat apa sahaja dan menukarnya kepada bentuk format yang lain.

Namun sedikit unik dalam Internet Marketing, produk-produk PLR ada syarat yang disertakan bersama. Apabila disertakan syarat, bermaksud ia adalah produk PLR “terhad”. Jika boleh buat apa sahaja tanpa syarat, bermaksud ia adalah produk PLR “tanpa had”.

Produk PLR adalah umpama bahan mentah, seperti tepung gandum. Kita masukkan pelbagai bahan lain, pewarna dan perisa ke dalam tepung itu, akhirnya terhasillah pelbagai jenis kuih yang sedap.

Begitu jugalah dengan ‘bahan mentah’ PLR seperti artikel dan ebook. Apabila kita ubah suai, design semula pakej, tambah dengan kandungan lain, tukar bentuk font, design layout ebook agar lebih kemas, masukkan imej (screenshot), buat ecover khas dan lain-lain lagi, maka terhasillah sebuah produk kita yang unik.

Kesimpulan: Produk PLR membolehkan kita menjadi usahawan produk informasi (penerbitan) dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat.

Sumber artikel:Komuniti FB PLR SmartUsaha.com

.

Kredit foto: http://www.foodepedia.co.uk/articles/2010/mar/bread_making.htm

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)